Tatkala negara kita dihangatkan oleh bahang pilihan raya kecil Bagan Pinang yang bakal menjelang, saudara serumpun kita di negara jiran pula dikelami malapetaka.Gempa bumi yang melanda Padang,Sumatera Barat baru-baru ini telah meragut sejumlah besar nyawa serta meranapkan jutaan harta-benda. Bencana alam ini cukup untuk meruntun hati sesiapa sahaja yang melihat, mendengar, apatah lagi yang mengalaminya.Namun, penulis percaya bahawa ia bukan sekadar satu fenomena bencana alam, tetapi adalah satu ketetapan Qada’ dan Qadar yang telah ditulisNya.
![[gempa+padang.jpg]](http://4.bp.blogspot.com/_rD3fj5P8gmE/SsQgwywaIKI/AAAAAAAACPs/PdHDZ-Ayim8/s1600/gempa%2Bpadang.jpg)
Rata- rata pengkaji Al-Quran telah menemui beberapa bukti yang mengaitkan bencana ini dengan kalam Allah, antaranya gempa bumi yang berlaku di Padang pada 30 September tepat jam 5.16 pm [ atau jam 17:16 ] dan gegaran kedua berlaku pada jam 5. 58 pm [ atau jam 17 : 58 ] . Sementara esoknya [ 1 Oktober ] jam 8.52 am berlaku gegaran susulan di Jambi .
Apabila diselaraskan masa berlaku gempa bumi dengan surah dan ayat al quran , akan ditemui persamaannya seperti berikut . [ Jam 17 : 16 = Surah ke 17 ayat ke 16 ] [ Jam 17 : 58 = Surah ke 17 ayat ke 58 ] [ Jam 8:52 = Surah ke 8 ayat ke 52 ]
17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”
17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tidak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”
8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”
Ayat-ayat tersebut adalah ayat-ayat azab yang Allah timpakan ke atas penghuni sesebuah negara yang derhaka kepadaNya.Ia seolah-olah satu layangan kad merah kepada hambaNya agar menjauhi perbuatan mungkar,jika tidak, kita akan diarahkan untuk keluar dari ‘’padang Allah’’ ini.
Hari ini mungkin Indonesia , tetapi tidak mustahil ia boleh berlaku di negara kita Malaysia pula jika maksiat dan mungkar makin membarah,nauzubillah.
Sungguhpun terdapat beberapa kontroversi seperti tindakan sekumpulan kecil warga Indonesia yang mengisytiharkan perang terhadap Malaysia, dan dakwaan Malaysia menghantar bantuan makanan yang telah luput tarikh,misi bantuan kemanusiaan tetap diteruskan, demi membantu warga negara jiran ini yang berkongsi budaya daripada rumpunan yang sama.
Tidak ketinggalan, negara jiran Filipina turut diuji oleh taufan tropika Ketsana dan Parma yang juga telah meragut beratus-ratus nyawa dan harta.

Walau apa pun yang berlaku, penulis ingin mengajak semua umat Islam agar merajinkan diri untuk menadah tangan,berdoa supaya mangsa-mangsa ujian ini tabah dan sabar,serta dikurniakan keinsafan untuk memperbaiki kehidupan yang lebih diredhai Allah.Kita di sini juga,janganlah hanya memandang sepi terhadap peristiwa ini,tetapi carilah sudut-sudut iktibar dan kesedaran supaya kita juga tidak termasuk dalam golongan yang dilaknat Allah.
Wallahualam.
No related posts.





Subhanallah..a very very interesting fact indeed..teringat status facebook seorang kawan arituh, ‘funny how hearts don’t shake when even EARTH quakes’..indeed it’s true..kadang2 kita x rasa takut pun sedangkan bala Allah dah ada depan mata..Nauzubillahiminzalik..
salam…skrg ni mmg byk bencana alam..mmg kesian kat saudara kita yg ditempa bencana..smoga Allah beri ketabahan kat drg..n semoga kita amik pengajaran from this..i.a…kdg2 bila duk senang je…mmg mudah lupa..