Posted by fairuz_azmi83 | Posted in Miscellaneous | Posted on 03-09-2009

Aku kelu,
Aku marah,
Aku pelik,
Aku geram,
Telatah manusia yang makin tak masuk akal,
berkopiah putih,
berserban,
berbaju melayu,
baru sahaja menemui Illahi,
pada hari jumaat Sayyidul Ayyam,
Hari-hari awal Ramadhan,
Entah syaitan mana yang merasuki,
Entah diletak mana akal yang dikurnia Illahi,
Entah mana naluri manusiawi,
berkumpul,
berarak,
bersama kepala lembu yang tak berdosa,
sambil melaung takbir,
Aku tergamam,
Jenis manusia apakah mereka ini?
Mencampur pahala dan dosa yang nyata,
Memalukan,
Memalukan,
Memalukan,
Aku terus tergamam…

Pada kawan-kawan yang mampu menontonnya, sila lawati :
Perarakan Membantah Pemindahan Kuil
Related post(s):Agak-agaknya siapa ye Muhammad bin Idris ini? Mungkin ada yang mengenali, atau mungkin pernah terdengar nama ini. Mungkin juga ada yang pernah menghafalnya ketika...
ASAS-ASAS UMAT ISLAM PADA SETIAP MASA DAN TEMPAT Firman Allah S.W.T: “Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada...
Esok, 28 Mac 2009 merupakan Global Earth Hour. Mungkin ramai yang tidak mengetahui apa yang dimaksudkan dengan Earth Hour ini dan apa mesej yang nak...





x paham kenapa takbir ditukar kepada ‘take beer’..mmg cam pelik org2 ni..
rentetan isu…Dialog tidak bertamadun: Selangor tangguhkan pemindahan kuil
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22386&Itemid=1
rasanya take beer ni pasal kes arak di shah alam … sedangkan yang usaha nak hapuskan arak datang dari kerajaan sekarang .. people need to be just more rationale
kadang2 people just chose to be an ignorant one and let them be conquered by emotion.without thinking about the consequences esp in term our religion.