Akhirnya Ramadhan muncul lagi buat kali ini. Alhamdulillah syukur bebanyak kerana Allah masih berikan kita peluang untuk menghayati Ramadhan..Insyallah peluang yang luas untuk menunaikan ibadat padaNya..Untuk tingkatkan ketaqwaan kita.

Wahai orang-orang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas umat sebelum kamu, mudah mudahan kamu bertaqwa.
Memang diri kurang bersedia untuk menyambut Ramadhan kali ini. Sebabnya anggarannya 1 Ramadhan jatuh pada 22/23 hb Ogos, tup2 Ireland buat surprise kali ni.. Syaaban terhenti sehingga 29hb sahaja. Makanya, kenalah bermula puasa esok.
Apatah lagi, Raamdhan kali ni jatuh pada hujung2 summer, makanya bersedialah utk berpuasa shgga 17jam ye. Subuh +-4am dan Maghrib +-9pm. Insyaallah masanya akan semakin pendek..tapi tetap mencabar.
Lagi2 pula, diri mmg gagal mencuri peluang puasa sunat Rejab dan Syaaban..too many obstacles. Hmm..actually pk2 balik, banyak sgt alasan. Yelah, kalau hendak, seribu daya kan? Sakit, Banyak aktiviti , tak sahur etc hanya alasan semata-mata.
Konklusinya, diri mmg tidak bersedia.
Tapi, ini lah dia.. Dalam banyak-banyak keadaan, Manusia mmg jarang bersedia..selalu lengah membuat persiapan. Sedangkan apabila saatnya tiba, nak tak nak.. kena jugak harungi. Sedia atau tidak..puasa tetap kena mula esok. Malam nih dah kena terawikh. Malam nih jugak kena masak utk sahur. Semuanya mesti dilakukan walaupun diri tak bersedia sebagai persediaan menghadapi hari esok.
Begitulah juga dengan kematian. Apabila telah tiba saatnya, memang tidak akan diawalkan atau ditangguhkan hatta sesaat pon. Sudah tentu kita tak mahu dijemput bertemu Allah dalam keadaan tak bersedia kan? Perkara sekecil Ramadhan pon kita tak bersedia, macam pula dgn perkara sebesar kematian? Ramadhan sekurang2 nya ada laa jugak announcement dan pemberitahuan.. Tapi kematian ….? Semuanya adalah rahsia Allah. Kenapa? Untuk menilai keimanan sesorang hambaNya itu.
Agaknya kalau semua manusia diberikan alamat tentang kematian yang mendatanginya dalam masa terdekat, pastinya insan tersebut cepat2 menyegerakan diri membuat persiapan bagi mendepani Malaikat Izrail, Munkar dan Nakir. Betul kan?
Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahui-Nya itu kepada sesiapapun; melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redai-Nya; maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan). [al-Jinn 72: 26-27]
Allahua’lam. Fikir-fikirkan lah sahabat semua. Semoga Ramadhan yang penuh barakah membawa seribu kebaikan kepada kita semua. Didoakan Ramadhan tahun ini lebih baik daripada Ramadhan yang lepas. Sahur, Terawikh, Qiam, Membaca Al-Quran, Bertukar-tukar Juadah etc.. Ayuh gandakan semua ibadat ini. Ambil peluang terhadap syaitan yang dibelenggu daripada menyesatkan manusia kini.
Akhirul kalam, Saya tinggalkan semua dengan sepotong Hadith Qudsi yang dipetik dari terjemahan sebuah buku Imam Al-Ghazali bertajuk “Nasihat dan Bimbingan Hadith Qudsi” keluaran Al-Hidayah Publisher, yang maksudnya :
“Wahai sekalian manusia, Aku hairan melihat orang yang meyakini kematian, tetapi masih bergembira. Aku hairan melihat orang yang mempercayai hari berhisab, tetapi masih terus mengumpul harta. Aku juga hairan melihat orang yang meyakini akan masuk kubur, tetapi masih tertawa. Aku hairan melihat orang yang meyakini akhirat, tetapi ia masih bersenang lenang.Aku hairan melihat orang yang meyakini hidup dunia dan segala bencana nya tetapi masih terus tenteram bersama nya.
Aku hairan melihat orang yang alim dengan lidah tetapi jahil dengan hati. Aku hairan melihat orang yang mensucikan dengan air, sedangkan hati nya tidak bersih. Aku hairan melihat orang yang sibuk dengan aib dan cela orang lain, tetapi ia melupakan aib dan cela diri nya sendiri; atau melihat orang yang tahu bahawa Allah sentiasa memerhatikan tingkah laku nya, tetapi ia masih terus berbuat maksiat.
Begitu juga dengan orang yang tahu bahawa maut itu dilalui seorang diri, kubur itu dihuni nya seorang diri, dihisab seorang diri, tetapi ia masih berjinak-jinak dengan manusia.
Tidak ada Tuhan selain Aku sebenarnya dan sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba dan Rasulku.”
Wassalam.
Rajin-rajin baca artikel-artikel ini
atau
Dengarkan nasyid Ramadhan ini.
Related post(s):Ramadhan hampir menjangkau usia separuh purnama.Cepat benar masa berlalu.Baru-baru ini penulis berkesempatan berborak panjang dengan sahabat-sahabat di tanah air.Rata-rata isi ceritera mereka berkisarkan aktiviti harian...
Assalamualaikum wbt… Semoga kita semua berada dalam manis iman hendaknya. Pada tahun ini, bersempena dengan bulan Ramdhan yang penuh Barakah, Kelab Umno Cork dan...
RAMADAN datang lagi. Umat Islam di seluruh dunia kini begitu sibuk beribadah, termasuk menggandakan ibadat pada bulan yang mulia ini. Ramadan amat sinonim dengan salah...
(Dipetik dari buku Ramadhan: Tetamu Yang Dirindui) Bulan Ramadhan bukan hanya terkenal sebagai pusat latihan ibadah kepada umat Islam, malah ia juga terkenal dengan peristiwa...
oleh Ustaz Abdul Kareem as-Saquofi- Imam Masjid Hidayatul Islam (terjemahan) Perayaan 17 ramadhan adalah sebenarnya untuk mengingati Peperangan Badar yang berlaku pada tarikh tersebut....





