Atap Hijau Rss

Salam perpisahan buat sahabat

0

Posted by fairuz_azmi83 | Posted in Miscellaneous | Posted on 03-08-2009

Assalamualaikum semua,

Tatkala daku kini sedang bergembira meraikan hari-hari terakhir di Malaysia bersama isteri dan keluargaku yang makin bertambah bilangan ahlinya, aku teringat wajah-wajah sahabatku yang sudah lama tak kutemu. Kudoakan semuanya sentiasa sihat belaka dan iman sentiasa berada pada tahap yang baik.

Tulisan ini kutujukan pada sahabatku Ameen, Fahmi dan Syukri yang sudah bertapak di bumi perjuangan yang nyata. Semoga kalian lebih bergembira dengan keluarga masing-masing. Semoga segala cita-cita kerjaya tercapai dengan cemerlangnya. Semoga kalian terus istiqamah meredah cabaran dan dugaan dunia. Kami di sini bakal menyusul tiba.

Jua buat sahabat lama Ammar yang baru sahaja menjejak bumi Serambi Mekah. Terima kasih atas layanan sahabat sejati tatkala tinggal di rumahku. Jazakallah. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa. Sampaikan salam pada Kak Siti, Luqman, Hariz dan Ahlam. InsyaAllah bila-bila ada masa nanti, kita jumpa lagi.

Buat sahabat-sahabat yang lain, mari kita terus ke hadapan. Aku sedar tatkala kita keseorangan di mana-mana jua, banyak cabaran dalaman dan luaran yang datang sehingga kadang-kadang kita lupa pada agama dan Tuhan. Semoga sesi akademik kali ini akan lebih membakar semangat juang semua.

Selamat menghabiskan masa masing-masing dengan perkara yang memanfaatkan Islam. Doakan daku agar aku lebih kuat dan utuh dengan Islam yang satu.

Salam jihad ! salam mahabbah !

fairuz
68000 ampang

Related post(s):
  • Warkah Buat Embun
    Assalamualaikum wbt.. Antara Filem Melayu kegemaran penulis adalah Filem Embun arahan Erma Fatima, dan penulis telah berulang kali menonton filem tersebut lantaran kesan mendalam...
  • Buat Yang Menyayangi Ibu
    Buat tatapan semua.. Ambillah iktibar daripada kisah ini. Adakah kita boleh melakukan sepertinya.Sama-samalah kita renungkan. IBU MITHALI Ibu Mithali – Nadamurni Belaian Ibu –...

  • Post a comment

    FUIYO
    PPIMI