‘Assalamualaikum sedare,cukup-cukup la wat keje macam nih sedare,tak baik’
‘takper2.aku muda lagi..umur aku baru 17.sweet 17 la katakan.nanti dah tua aku bertaubat la’
‘eh sedare ni.muda-muda la kena buat perkara yang berfaedah’
‘engkau ni.penyibuk betul.nanti agak-agak umur aku dah 40 aku berenti la buat perkara-perkara tak berfaedah ni’
Allah s.wt menganugerahkan peluang secara percuma untuk hambanya.Kita diminta untuk merebut peluang tersebut serta memanfaatkan sepenuhnya.jika seseorang itu cuai atau terlalai daripada merebutnya,pasti mereka akan menanggung kerugian kerana disebalik peluang percuma itu akan muncul pula perkara negatif yang akan membawa penyesalan.
Diriwayatkan oleh at-tarmizi dan muslim daripada amru bin maimun R.A bahawa pada suatu hari rasulullah telah menyampaikan pelajaran kepada seorang lelaki,sabda baginda
‘rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain.iaitu masa muda engkau sebelum datangnya masa tua,masa sihat engkau sebelum didatangi sakit,masa kaya engkau sebelum engkau jatuh papa,masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian’
peringatan ini diberikan oleh rasulullah s.a.w dengan suatu tawaran berfaedah,agar tidak mensia-siakan peluang yang diperoleh secara percuma.Ibarat mendapat harta ghanimah, keuntungan tanpa perlu modal sedangkan orang lain berniaga memerlukan modal.
Justeru,kesempatan yang datang secara percuma itu dianjurkan oleh rasulullah agar tidak membiarkannya berlalu sia-sia kerana sekiranya seseorang itu diberikan umur yang panjang oleh Allah pasti akan menempuh masa muda.masa muda itu diberikan secara percuma tanpa perlu diminta.
Masa muda jangan dibiarkan berlalu tanpa erti,kerana masa muda itu penuh dengan kecergasan mental dan fizikal.pergerakan jasmani yang kuat untuk melakukan amal ibadah dan kekuatan mental remaja yang cerdas memberikan ruang yang cukup untuk menuntut ilmu pengetahuan dan pengalaman.
Masa muda itu tidak akan bertahan,kerana usia akan menjangkau dewasa dan akhirnya tibalah hari tua.setiap detik yang berlalu tidak akan berulang lagi.masa muda remaja akan tinggal kenangan.jika masa muda tidak digunakan dengan selayaknya,pastilah akan meninggalkan kesan yang pahit di hari tua.
dipetik dari buku TAQWA
tuan guru dato’ nik abdul aziz nik mat
Related post(s):Keadaan yang paling meruncing dalam minda seseorang adalah di saat mendapati diri terlalu banyak masa terluang tanpa diisikan dengan aktiviti yang bermanfaat dan berguna...
At-Thoriq ilal Qulub (Jalan menuju Hati) karangan Abbas As-Siisi Daie yang membuka hatinya untuk hampir kepada Allah swt pasti akan diberikan kemudahan untuk mendekati...
Kebahagiaan merupakan antara elemen terpenting dalam kehidupan seseorang manusia.Nikmat yang dikejar dan ingin dikecapi oleh semua orang. Bahkan, salah satu perkara yang diburu oleh ramai...
Alhamdulillah, bertemu lagi kita dalam Kunci-Kunci kebahagiaan Siri 2. Kunci kebahagiaan yang keenam: Memandang urusan dunia lebih rendah daripada urusan akhirat Sabda Rasulullah saw:...




Assalamualaikum,
Bagaimana orang-orang muda di zaman sekarang dapat mempergunakan masa mudanya untuk perkara-perkara yang berfaedah.
Program-program realiti yang terlalu melalaikan tumbuh bagai cendawan di negaraku Malaysia yang tercinta.
Sedarlah para pemerintah,anda akan ditanya tentang amanah yang telah dipikulkan ke atas anda.