Atap Hijau Rss

Hikmah Berwudhuk

1

Posted by Trick Tracks | Posted in Fikh, Ibadah, Penulisan, Politik, Tazkirah | Posted on 22-06-2009

1.Ketika berkumur, niatlah “Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini.”

Ini kerana kita hari-hari bercakap tentang perkara yang tidak  berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, niatlah ” Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, janganlah kau hitamkan muka ini.”

Ini kerana ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3.  Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku melalui tangan kanan ku ini.”

Ini kerana ahli syurga diberikan hisabnya melalui tangan kanannya.

4.  Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisabku melalui tangan kiri ini.”

Ini kerana ahli neraka diberikan hisabnya melalui tangan kiri.

5.  Ketika membasuh kepala, niatlah “Ya Allah, lindungilah aku dari terik matahari di Padang Masyar dengan Arasy-Mu.”

Ini kerana panas di Padang Masyar macam matahari terletak hanya sejengkal di atas kepala kita.

6. Ketika membasuh telinga, niatlah “Ya Allah, ampunilah dosa telingaku ini.”

Ini kerana setiap hari kita tidak akan terlepas dari mendengar orang mengumpat dan memfitnah.

7. Ketika membasuh kaki kanan, niatlah “Ya Allah, permudahkanlah aku untuk melintasi titian Siratul Mustaqim.”

Ini kerana ahli syurga melintasi titian Siratul Mustaqim dengan pantas.

8. Ketika membasuh kaki kiri, niatlah “Ya Allah, bawalah aku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan ke tempat-tempat maksiat.

Ini kerana Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah.

Ramai antara kita tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya tersendiri.  Pernahkah kita terfikir kenapa kita mengambil wuduk?

Pernahkah kita terfikir kenapa kita dilahirkan sebagai umat Islam?

Sekadar peringatan….

Dari Nu’im bin Mujmir r.a, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya umatku akan dipanggil pada hari Kiamat nanti dengan ‘Ghurran Muhajjilin’ kerana bekas wudhuknya yang bercahaya… (AL BUKHARI)

Sempurnakan wuduk, ratakan basuhan, jangan membazir air, lebihkan dari sempadan anggota wudhuk dan makruh melebihi 3 basuhan.

Bersyukurlah dan bertaubatlah selalu.

Author: Unknown

Edited by: Trick Tracks

No related posts.

Comments (1)

Sekadar perkongsian untuk pembaca di blog atap hijau,

Suatu hari ada seorang pakcik telah bertanyakan beberapa soalan kepada saya.Mendengarkan soalan tu saya jadi betul-betul insaf dan bersyukur kerana dilahirkan dalam agama Islam yang suci.

Anda cuba baca perbualan antara saya dengan pakcik tu.

Pakcik : Pernahkah anda memilih Islam sebagai agama?
Saya : Tak pernah pakcik.
Pakcik : Habis bagaimana anda Islam?
Saya : Kerana ibu bapa saya seorang Islam.
Pakcik : Pernah tak anda berfikir nak tukar agama Islam?
Saya : Tak pernah pakcik.
Pakcik : Baik,sekarang cuba anda bayangkan kalau anda lahir dalam agama Hindu,atau Kristian,atau agama-agama lain selain Islam.

Pakcik pun akan tanya kepada anda soalan yang sama macam soalan pakcik tanya tadi.Dan akhirnya,anda akan mengatakan bahawa anda tak pernah terfikir untuk tukar agama.Alangkah malangnya anda akhirnya mati dalam agama selain Islam.

Jadi bersyukurlah anda sekarang kerana dengan hanya kerana rahmat dan kasih sayang Allah anda telah dipilih Allah untuk lahir dalam keluarga Islam.

Renung-renungkanlah pembaca sekelian.Betapa kita bernasib baik kerana dilahirkan dalam keluarga Islam.Jadi,bersyukurlah kerana syukur itu menjadi penyebab kepada berkekalannya nikmat.

Post a comment

PPMC
PPIMI
puisi
FUIYO