Atap Hijau Rss

Hadiah Mahkota Perhiasan Syurga Buat Ibu

5

Posted by Nur Islam | Posted in Cerpen, Dakwah, Ibadah | Posted on 19-05-2009

Hidupku serba kekurangan. Dilahirkan dalam keluarga yang miskin, namun kaya dengan kebahagiaan. Hari ini Hari Ibu tiba lagi. Di sekolah kawan-kawan sibuk bercerita dan sibuk membanding-banding hadiah untuk ibu mereka. Ahmad membelikan ibunya seutas jam tangan, Ali menghadiahkan ibunya seutas rantai dan Aminah bercadang membelikan sejambak bunga buat ibunya. Melihat gelagat mereka hatiku sedih dan hiba.

‘Azim, tahun ni kau bagi hadiah apa untuk mak kau’?Aku terpaku sejenak mendengarkan pertanyaan Ali. Belum sempat ku menjawab Cikgu Saadiah masuk ke kelas dan Ali beralih ke mejanya.
‘Hari ini Hari Ibu, maka jangan lupa untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu dan belikan hadiah untuk ibu kamu’ kata Cikgu Saadiah memulakan bicara.

Hatiku dihambat kecewa dan luka. Setiap tahun apabila tibanya Hari Ibu, aku pasti sedih kerana aku tak punya wang yang cukup untuk membeli hadiah buat ibu. Aku rasa sungguh tidak berdaya. Dihimpit kemiskinan dari segenap sudut, mana mungkin untukku mampu membelikan seutas jam, rantai dan juga bunga buat ibuku.

Ku pulang ke rumah dengan hati hampa dan gundah gulana. Makan tengahari itu ku jamah dengan tidak bermaya. Ibu yang sedari awal memerhati gerak langkahku hanya tersenyum manis. Mungkin dia sudah dapat mengagak apa yang bermain di fikiranku. Setelah habis menjamah, aku bergegas untuk pergi ke kelas Al-Quran.

‘Anak-anak sekalian, tahukah apakah hadiah yang terbaik buat ibu kita’? Tanya ustaz Amin pada kami. Abu menjawab keputusan peperiksaan yang cemerlang, Awang menjawab sebuah rumah agam buat ibulah yang terbaik dan pelbagai lagi lagak jawapannya. Namun, Ustaz Amin segera mengingatkan kami bahawa dunia hanya sementara namun akhirat jua yang kekal abadi. Ustaz Amin memulakan kelas dengan bercerita sebuah hadis nabi.

Rasulullah s.a.w juga telah bersabda: “Belajarlah kamu akan Al-Qur’an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, ” Kenalkah kamu kepadaku?”

Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : “Siapakah kamu?”

Maka berkata al-Qur’an : “Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari.”

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur’an itu: “Adakah kamu al-Quran?” Lalu al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membacanya mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangannya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayah dan ibunya yang muslim pula diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : “Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?”

Lalu dijawab: “Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur’an.”

Kisah ini bertepatan dengan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Mu’adz bin Anas ra bahawa Rasulullah saw bersabda:

“Barangsiapa membaca Al-Qur’an dan mengamalkan isinya,
Allah memakaikan pada kedua orang tuanya di hari kiamat suatu mahkota yang sinarnya lebih bagus daripada pada sinar matahari di rumah-rumah di dunia. Maka bagaimana tanggapanmu terhadap orang yang mengamalkan ini.”
(Riwayat AbuDawud)

‘Maka, anak-anak sekalian kena tekun belajar Al-Quran dan perlu membacanya setiap hari’. Kata Ustaz Amin mengingatkan kami semua.

Mendengarkan kisah Ustaz Amin ini, hatiku girang bukan kepalang. Desir hatiku berbisik aku masih berpeluang untuk memberikan hadiah Hari Ibu yang terbaik buat mak. Aku berazam untuk tekun belajar Al-Quran dan membacanya setiap hari. Setelah tamat kelas Al-Quran, aku bergegas pulang.

Setiba dirumah, kupeluk ibu dengan erat dan kuucapkan Selamat Hari Ibu pada mak. Airmata ku mengalir lesu. Ibu hanya tersenyum manis

‘Mak, kalaulah Azim ni anak Perdana Menteri, Azim akan hadiahkan semua benda yang Ibu nak dalam dunia ni. Tapi Azim gembira jadi anak mak’. Kataku memula bicara

‘Mak, sama macam tahun-tahun lepas, Azim tiada hadiah buat mak sempena Hari Ibu. Azim sedih kerana tidak dapat belikan hadiah untuk mak. Azim tak dapat nak hadiahkan segunung permata dunia buat mak tapi Azim berjanji untuk menghadiahkan selautan intan permata syurga buat mak. Azim berjanji akan menghadiahkan mak sebuah mahkota perhiasan syurga di akhirat kelak, hadiah yang mana seorang anak Perdana Menteri pun belum tentu dapat memberikan hadiah ini untuk ibunya’. Kataku dengan nada sebak

‘Ya Allah, diakhirat kelak kau hadiahkanlah ibuku sebuah Mahkota yang sinarnya lebih terang dari pancaran matahari, Kau hiaskanlah ibuku dengan perhiasan syurga yang cahayanya menyinari sanubari, Kau serikanlah ibuku dengan wangian kasturi bidadari syurga, agar ibuku menjadi wanita tercantik yang pernah disentuh mata, agar ibuku menjadi wanita paling bahagia di Firdausi sana’. Doaku pada Ilahi dalam pelukan ibu.

Ibu menatapku sambil tersenyum dan berkata ‘Azim, terima kasih. Ibu akan nantikan hadiah dari Azim di syurga kelak dengan penuh sabar’

Selamat Hari Ibu

Related post(s):
  • Warkah Buat Embun
    Assalamualaikum wbt.. Antara Filem Melayu kegemaran penulis adalah Filem Embun arahan Erma Fatima, dan penulis telah berulang kali menonton filem tersebut lantaran kesan mendalam...
  • Tafsir Al-Quran : Membeli Syurga
    Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh...
  • Hadiah Dari Atuk
    *picture from www.cyrusphotography.com.my* Lewat petang itu, selesai kerja-kerjanya di bendang seperti kebiasaannya selalu, atuk duduk disampingku meneruskan kegemarannya yang satu itu. Mencari sedikit ruang,...
  • War: Jalan ke Syurga
    …Final Exam May 2010… Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu, dari Rasulullah saw bersabda : Siapa yang menyelesaikan kesulitan seorang mu’min dari berbagai kesulitan-kesulitan dunia, nescaya Allah...

  • Comments (5)

    alhamdulillah… bagus betol post ni… pengajaran jugak utk sume.. Quran bukan stakat utk menjadi bhan bacaan harian, ambillah inisiatif utk amalkan dan cube memahami isi kandungannya.. subhanallah.. selamat hari ibu n guru!! semoge allah balas pengorbanan mereka dengan ganjaran yang x ternilai di syurga kelak…aminnn

    salam nur islam,boleh sy minta utk ditukarkan perkataan makhluk yg dinamakan sbg alquran tu ditukar kepada perkataan lembaga atau yg lain ke sbb ini persoalan aqidah iaitu alquran kalamullah bukan makhluk dan qadim bermakna ia telah ada seiring dgn Allah azza wa jalla.tlg tukar walaupun perkara ini nampak spt di luar konteks klu berdasarkan pengamatan cerita akhi. tlg tukar ye sbb sy bru terperasan n terkejut.sory.harap membantu

    waalaikumussalam…minta maaf yer semua..translation hadith diatas dipetik dari internet dan saya kire ada sedikit masalah dari segi translationnye..saya telah gantikan dengan translation yang baru yang lebih sesuai yang saya petik dari laman web jakim..link adalah seperti dibawah..

    http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=1314

    Terimasa kasih yer Faimee and sorry pada semua atas keculasan saya dalam menulis..

    ana kasik 2 thumbs up kepada nur islam kerana penulisan yang sungguh matang dan gaya bahasa yang sungguh mengasyikkan.

    Wow… sad touching story… the writing is AMAZING!!! Seriously!!

    Maybe, just add in a bit more dramatic moments/gesture to make the effect more pronounced..

    excellent JOB!

    Post a comment

    D.I.A