Posted by kalam hamba | Posted in Akidah, Concern, Perbincangan, Politik | Posted on 26-04-2009
Assalamualaikum wbt,
Sahabat-sahabat ada terbaca berita di bawah?Apa pandangan semua? Tak tahu laa nak kata apa pada individu Islam yang boleh buat keputusan sebegini. Dan inilah yang berlaku apabila Ulama dan Umara’ tidak lagi bergandingan dalam urusan kepimpinan. Wallahua’lam.
Anutan anak ibu bapa tukar agama kekal
KUALA LUMPUR 23 April – Kabinet memutuskan bahawa anak kepada pasangan yang menukar agama yang masih di bawah umur hendaklah dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka semasa melangsungkan perkahwinan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, mesyuarat semalam turut memutuskan mana-mana pasangan yang memeluk Islam harus menyelesaikan segala isu berkaitan perceraian dan penjagaan anak-anak di mahkamah sivil dan bukannya mahkamah syariah.
Katanya, langkah itu selaras dengan pendirian Kabinet bahawa undang-undang syariah hanya boleh digunakan terhadap perjanjian berkaitan perkahwinan yang dibuat bermula dari tarikh individu itu memeluk Islam dan bukannya sebelum itu.
‘‘Kita juga memutuskan bahawa perkahwinan individu yang memeluk Islam yang dibuat menerusi proses sivil tidak akan terbatal secara automatik.
‘‘Ini bagi memastikan tiada mana-mana pihak yang tidak bersalah diperlakukan secara tidak adil dan mengelak pasangan menggunakan alasan memeluk Islam untuk lari daripada tanggungjawab,’’ katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen di sini hari ini.
Beliau memberitahu, keputusan itu dibuat sebagai penyelesaian jangka panjang bagi menangani isu tukar agama dan terbaru berkaitan dengan kes K. Pathmanaban dari Ipoh yang membawa tiga anaknya memeluk Islam, baru-baru ini.
Kata Mohamed Nazri, keputusan itu adalah berdasarkan pandangan jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyelesaikan kes Pathmanaban atau nama Islam, Mohd. Ridzuan Abdullah, 40.
Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Nasional dan Pengurusan Prestasi), Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon turut disertai Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom; dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Tiga kanak-kanak berkenaan iaitu Tevi Darsiny, 12; Karan Dinesh, 11 dan Prasana Diksa, setahun, yang dibawa memeluk Islam oleh Mohd. Ridzuan pada 12 April lalu dengan hanya menggunakan bukti sijil kelahiran.
Beliau juga telah membuat permohonan untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap tiga kanak-kanak terbabit di Mahkamah Syariah.
Bagaimanapun, tindakan Mohd. Ridzuan itu dibantah oleh ibu kanak-kanak berkenaan, M. Indira Ghandi, 35, yang mahukan anak- anaknya kekal dengan agama Hindu.
Dalam pada itu, Mohamed Nazri berkata, walaupun Kabinet telah membuat keputusan, kerajaan tetap bersedia mendengar pandangan rakyat sekiranya mereka berpendapat langkah terbaru itu mempunyai kelemahan.
Related post(s):Firman Allah S.W.T.: “Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang...
Politik itu seumpama BARA. Jika digenggam terlalu erat ia akan melecurkan tangan, tetapi jangan pula ditiup untuk memadamkannya, kerana semakin ditiup semakin marak ia...




salam..ada terbaca gak hal ni..pelik gak..kabinet boleh wat keputusan camni..x tahu la dah rujuk ulamak ke x..nampak cam x pun…dulu dah penah silap…xkan silap lagi kali nih…ada terbaca jgk mufti pun dah bersuara mengatakan keputusan ni bercanggahan dengan syarak…tp x ingat la pulak baca kat mana..x dapat nak kasi link..
1.Peralihan kuasa ke mahkamah sivil.Mahkamah syariah buat apa je lepas ni?
2.Jika kedua-dua ibu bapa memeluk Islam [misalnya], sedangkan agama asal mereka ialah Hindu, siapa yang nak membesarkan anak-anak mereka dalam agama Hindu? Datuk? Pak cik? Mak cik?
3.Ni gaya nak ambil hati siapa…
menarik soalan jamilah, agaknya lepas nih mahkamah syariah akan dimansuhkan sedikit demi sedikit mungkin?hmm..
Dan kalo kita tgk pon, jawatankuasa yang dibentuk tuh diwakili oleh menteri2 (org yang terlibat dalam politik dan mungkin politically bias), Bukannya orang-orang yang arif dalam bab agama. Sebaiknya golongan yang arif dalam agama masing2 turut dilibatkan supaya keputusan yang dibuat tidaklah menentang ajaran agama.
Soalan ke2 jamilah, bak kata seorang blogger “mak ayah nak pindah ke mesir, anak plak ditinggalkan di mlaysia.” (Blogger skrg study kat mesir, sbb tuh guna contoh mesir). Apa kejadah laa~~~
~~Geleng2 kepala~~
Yang stress prepare utk SSM Exam!!
Owh, nak kongsi penulisan Ustaz Nasruddin ttg hal nih. http://episodeperjuangan.blogspot.com/2009/04/isu-status-agama-anak-bawah-18th.html
SEKULARISME~~~~The New Turky is on the rising…aiyyaaa..apa kes ahli jawatankuasa x der golongan ulama’ pun..nih isu agama bukan isu perkauman yg bg menteri di jabatan perdana menteri(portfolio menteri perpaduan) jadik pengerusi wat paaa..tanyer la mufti kaaa..tok guru2 kaaa..nih x, tanya abang soo koon ngan abang subramaniam..depa mana tauuu.adeyhsss..bukan ker tugas pemimpin dan pemerintah tuh menjaga agama ker??owh mungkin begini caranya manifestasi penjagaan agama pada zaman ini..owhh baru sayer paham..
salam…sekadar follow up issue..
http://www.youtube.com/watch?v=RzE0-i66qjo&feature=player_embedded
http://www.youtube.com/watch?v=o5wp8RFSrLw&feature=player_embedded