
Masih teringat zaman kecil2 dulu…
Bila musim main guli, semua ramai-ramai pakat main guli…aku akan pulun ajak ayah pergi ke kedai untuk membeli guli untuk dipertaruhkan di medan bulat atas tanah..sasaran ku tuju, guli-gulian ku perolehi…setelah beberapa bulan, musim guli pun tamat…guli-guli yang beraneka warna tu aku letak bersepah2…akhirnya mak juga yang menyimpannya untuk aku kerana dia tahu, pada tahun depan musim guli akan tiba lagi dan aku akan kembali mencari guli-guli ku untuk dipertaruhkan….
Masih teringat zaman kecil2 dulu…
Bila musim terjun sungai, semua pakat ramai-ramai terjun sungai…aku akan pulun mencari seluar pendek dan mengajak abang-abang dan kawan-kawan ku ke sungai…mak kata bahaya tapi aku pergi juga..zaman kanak-kanak, cabaran pasti ku suka…terjun sungai pelbagai gaya, bila dah besar nak berenang pun masih tak kena gaya, terkuak2 dalam air mengapung haramnya tidak…setelah beberapa bulan musim terjun sungai pun tamat, seluar pendek ku campak entah kemana… akhirnya mak juga yang menyimpannya untuk aku kerana dia tahu, pada tahun depan seluar itu akan ku cari untuk bermandi ria di sungai lagi
Masih teringat zaman kecil2 dulu…
Bila musim laying-layang, semua pakat main laying-layang…aku akan pulun ajak ayah pergi beli layang-layang doraemon kesukaan ku berharga 50sen …bila pulang, benang ku simpul sebagai layar, tali ku lempar sebagai pelayang…layang-layang terbang tinggi, aku pun gembira sakan…jika layang-layang tersangkut dipokok, selipar kulempar, mujur selipar juga tak tersekat. Hampa kupulang kerumah, menyuruh abang membuat laying-layang dari surat khabar…setelah siap ku terbangkannya ke langit…setelah beberapa bulan, musin daun-daun getah dan angin pun tamat menandakan musim laying-layang pun tamat…benang kulempar jauh, laying-layang kubiar sangkut dipokok..akhirnya mak juga yang menyimpannya untuk aku ker ana dia tahu, pada tahun depan musim itu akan kunjung lagi dan aku pasti tercari-cari sang benang
Masih teringat zaman kecil2 dulu…
Bila musim main khemah-khemah di kebun getah belakang taman, semua pakat berkhemah di dalam kebun getah…akan ku ajak ayah membeli khemah dan mainan untuk dibawa kekebun getah belakang rumah..bersama teman, kami bina khemah dan malam tidur dirumah juga…bila lapar kami pulang kerumah bawa bekal makan di khemah…di khemah kami main kereta mainan, main biji getah, dan dengan nakalnya kencing dalam bekas menadah getah penoreh getah sehingga di kejar satu taman dengan lastik getah..namun bila musim main khemah surut, khemahku entah jauh dipelosok mana… akhirnya mak juga yang menyimpannya untuk aku kerana dia tahu, pada tahun depan musim khemah akan tiba lagi dan aku pasti berkepinginkan sebuah khemah…
Masih segar ingatanku 3 bulan lalu…
Saat Palestine dibedil Israel, Demonstrasi memenuhi jalanan, amarah memuncak kelangit, doa’ berutus tak putus-putus Sidratul Muntaha, Tabung bergolek-golek mencari derma…aku suka, aku gembira melihat suasana kaum muslim..Ku lancarkan program mencari derma, ku layarkan kertas-kertas bernota sengsara, Ku bidas musuh-musuh bertulang dusta…aku syukur, aku redha, aku gembira…
Masih segar dalam ingatanku sebulan lalu..
Demonstrasi dianjur kafirun lagi, aku sedih, aku gembira..hari mendung menyejuk sukma, menanti rakan seperjuangan dengan peuh redha..datang menjelma walau tidak seramai mana, tapi aku gembira, aku redha..Kata-kata semangat masih bergema di jalan raya, walau tidak lagi mampu menggegar sukma, namun masih mampu memberi walau sezarah mesej untuk yang buta..
Masih segar ingatanku lewat tengah hari lalu…
Hujan gerimis menyejuk jiwa, menanti rakan seperjuangan yang tak kunjung tiba…aku menghitung detik untuk sama-sama melaungkan kata-kata penuh makna..membebaskan Palestine dari musuh durjana..tapi ku hampa, kerana penantian satu sia-sia, rakan-rakanku entah kemana..yang datang hanya sekerat cuma..kini, tiadalah lagi laungan gegak gempita, yang berjalan cuma sepi tak bernada…lagak seperti demonstarsi aman katanya…menuju ke Tesco tanpa bermaya kerana tiada teman disisi untuk bersama-sama…
Musim Palestine makin menghampiri waktunya..namun, aku bukan lagi kanak-kanak hidup bersulam gembira..aku dewasa beramanahkan Islam Yang Mulia..Islam dan Palestine bukan hanya pada musimnya, tapi perlu dilarut dalam sukma..mak tiada disini untuk mengutip sisa-sisa, tapi aku sendiri harus menyusuri jalan-NYA…aku tidak boleh mengikut musim guli, layang-layang, terjun sungai dan khemah…perjuangan ISLAM tiada surut musimnya seperti permainan kanak-kanak..sentiasa membara, sentiasa bergelora..
Namun kini aku redha, kulihat tabung derma disisi mejaku, kosong nilainya..mak tiada disini untuk menyimpannya buatku jika musim Palestine tiba lagi tahun hadapan, aku sendiri harus menggunakannya setiap masa supaya ku tidak lagi lupa…rakan-rakan, perjuangan itu tidak bermusim seperti permainan kita kecil-kecil…
No related posts.




Peringatan yang sungguh baik untuk diri ini. Segan sebab tidak bersama-sama sahabat-sahabat lain untuk turun berdemo untuk Palestine tengah hari tadi.
“Perkara yang amat sukar dalam hidup ini adalah istiqamah atas kebenaran.”
Mari berdoa semoga kita terus thabat dalam menegakkan yang ma’ruf dan menegah kemungkaran ketika kita senang mahupun ketika kita susah.
a superb entry… ana suka entry ini.. a very good reminder for all of us
i love main guli… Im proud to be anak KG… yeay!!!
menabung amalan mulia… begitu juga mengisi tabung derma… yeay!!!! mari menderma!!! yeay!!!
Jazakallah dan tahniah dik..memang terbukti awak ada bakat dalam penulisan.A very good post with a very heavy or huge message, delivering in a relax and ’santai’ way. Terima kasih banyak2 atas peringatan.
Walaupun akak juga sedikit kecewa dengan bil yg turn up hari nih, tapi takpe,kita buat sesuatu bukan sebab kita ada kawan2 di sini, tapi kerana kita tahu Allah itu sentiasa ada memerhati kita, dan Malaikat sentiasa mencatit;adakah kita telah menjalankan amanah yang Allah sandarkan kepada diri kita.
Buat renungan semua, jika peperiksaan yang berjarak 2 minggu lagi sudah cukup utk kita memberi sebab ketidakhadiran atau komitmen kita, apa jaminan untuk kita terus memberi di kala telah bekerjaya, dan berkeluarga..yang mana tanggungjawab dan pembahagian masa itu lebih sukar.
Semua tak suka dikatakan ‘kain buruk’, semua tak nak jadi ‘kain buruk’, Jadi buktikan yang diri kita masing2 tidak beramal seperti seorang yang digelar ‘kain buruk’.
Mata manusia melihat apa yang terzahir, dan akal manusia diberikan kebebasan utk membuat judgement (dalam ruang lingkup yang masih terbatas), jadi jangan salahkan sahabat2 yang kadang2 berjaya dipengaruhi oleh bisikan syaitan..sehingga mereka membuat nilaian terhadap diri kita.
Sahabt mungkin salah kerana bersu’u zhon, tapi fikirkanlah dan muhasabah laa juga, adakah kita menyumbang sedikit sebanyak kpd sangkaan buruk itu? Wallahua’lam.
P/s Qunut Nazilah, masihkah ia menjadi tasbih harian kita?
@ Kayu Balak,
Maaflah, keceriaan awak tak membantu dan tak diperlukan di sini.
Dan menabung atau menderma bukan isunya. Kita berbicara ttg isu yang lebih besar di sini. Sekiranya awak menyatakan isu menderma atau menabung adalah mesej penulis, rsnya awak telah secara tidak langsung telah underestimate dan mengecewakan penulis.
Maaf kalau terasa.Tapi i-m being honest. Wallahua’lam.
” the number is decreasing”
teringat perbualan sejenak bersama seorang Irish yang murah dengan cerita pengalaman dan perkaitan pekerjaannya dengan Israel…
bila manusia sudah lali dengan sesuatu, imun kata mediknya, mungkin sudah tidak ada nilai pada hati, tidak terkesan pada jiwa…
manusia,,, perlu kepada booster saban waktu,,, mohon agar semangat tidak luntur, iman tidak rebah, genggamlah erat sebab kita tidak pernah tahu mati kita nanti masihkah berlagukan suara jihad atau hanya bernada dunia…
salam wbt sahabat-sahabiah semua…menyesal x kesudah kerana terlelap tatkala para jundullah bangun mengangkat senjata…ana berharap, di hari akan datang, ana tidak lagi menutup mata di saat semboyan mujahid bergema..kepada mereka yg mengimarahkan demo tgh hari tadi, moga2 antum dikurniakan jannatul firdaus oleh yg Maha Pemberi..Islam tidak pernah dan tidak akan terkubur selama-lamanya..ana berharap kita dapat beristiqmah di jalan-Nya sehingga ke akhir usia..moga2 ia menjadi sekelumit amal yg diredhai-Nya…wallahua’lam..jzkk kpd yg meniup semboyan sms dan yg menyemarakkan nafas-nafas perjuangan Islam..
Kepada sahabat-sahabat yang tidak turun atas sebab yang lebih aula’ seperti imtihan tahun akhir, usahlah rasa segan dan sedih. Cukuplah dengan rasa dan niat ingin turun, InsyaAllah Allah Maha Pemberi.
Moga yang turun semalam tidak luntur semangat untuk turun lagi nanti walaupun bilangan yang turun makin lama makin sedikit, malah marilah terus mengajak lebih ramai sahabat untuk sama-sama turun ..
salam jihad !!
Salam ukhwah semua
Pandainya Nur Islam menulis, mesti BM Nur Islam A1 mase SPM dulu. Tahniah!
Nampak mcm dlm artikel ni ade 3 main points:
1. Nur Islam nak ckp MAK memang BEST!! Cara penulisan menunjukkan sekarang ni Nur Islam tgh rindu mak kat kampung — HIHI.. homesick ye?
2. Yang point kena menderma (seperti diutarakan kayu balak) pun ade. Saye nampak point tu bile Nur Islam bagi contoh usahanye untuk bantu Palestin.
3. Kena turun DEMO kalau xde aral melintang. Point ni Nur Islam ckp last2, mungkin Nur Islam cube emphasize perkara ni berbanding point2 sebelum ini.
Jadi, komen kayu balak OK, komen saadah pun OK. Xde sape2 salah tafsir mengenai niat penulis rasenye. These just reflect the way people interpret bahan based on their readings can be different from one person to another. Betul ke ape akak ckp ni, Nur Islam? Kalau salah betulkan tau!
Tahhiah ye pada yg dipilih ALLAH utk ke demo. Awak menjadi inspirasi pada yg lain. Pada yang x pegi, jom same2 kite cube kalau ade lagi pas ni- ikhlaskan diri utk berjuang menentang kezaliman, dgn mengharapkan agar ALLAH memberkati usaha kite. Takut2 juga kalau yg pergi nnt ‘TER’judge org yg x pegi, walau niat di hati bukan mcm tu.
Alhamdulillah, sungguh beremosi (dan bersemangat) komen2 yang diberi -inspired by Nur Islam’s article. Istilah ‘kain buruk’ nampak cam kejam jer.. hihi.. tapi pada saya xde sape2 pun melabel sesape. Yang peliknye, saya pulak suka jadik kain buruk.. wakaka.. pasal kain buruk banyak kegunaannya.. bila air tumpah atau permukaan kotor, kain buruklah org carik untuk membersihkannya
Ibadah lahir dr hati, byk cara untuk menzahirkannya. Dlm bab Palestin, contohnya, ade org pilih utk pegi demo, ade org pilih utk sumbangkan derma, ade org BUAT KEDUA2NYA sekali (which is lebih baik).. Ikutlah kemampuan dan keikhlasan masing2.. cume jgn jadik IGNORANCE udah ler…
Akhir kata, keluar topik terus– pada sume pelajar Final Year (xkire course)- termasuklah hubby ku yg tercinta.. serahkan segala urusan pd ALLAH Ta’ala semasa dan selepas berusaha.
Wallahua’lam.
memori yang mahu dikongsi bersama http://tabibmuda.blogspot.com/
Assalamualaikum
terima kasih cik nur islam atas artikel yang kreatif..tak reti la kalau saya nak tulis artikel mcm ni..anyway, dari artikel ni byk pengajaran yang saya dapat :-
1)kita kena hormati jasa mak kita yang tak putus2 melayan kerenah kita dari kecil – kita buat sepah, dikemaskannya.. dia larang pergi mandi sungai, kita buat juga, kita nak guli, dibelikannya.. sampai la kita besar..mcm2 kehendak kita dituruti mak kita..so she deserves to be respected
(sori la kalau ni bukan pengajaran utama yg dibawa penulis dan mungkin ini bukan nya isu yg besar dlm artikel ni, tapi itu la antara pengajaran yg saya dpt)
2) kita semua dah besar..tanggungjawab kita dah bertambah, bukan setakat buat sesuatu kerana itu adalah trend terkini, or sbb kwn2 kita buat benda tu, ttp kita buat sesuatu kerana amanah sbg khalifah..tak boleh buat kerja ikut musim..perlu istiqamah dan iltizam dgn kerja kita
3) setuju dgn kayu balak – marilah menderma..dulu awal2 rajin org menderma sbb tgh musimnya, tp skrg ni nampaknya makin susut sedikit..tp duit elaun yang diberi xberkurangan pon, jd perlulah istiqamah utk menderma ni..and baguslah Kayu Balak sudi naikkan point tu..
4) demo is one of the way to help palestine but it is not THE only way..tidak perlu bersu’uzzhon dgn ketidakhadiran ramai org..mungkin atas kekangan dan tjwb yang lebih utama menghalang mereka dtg..mana tau kalau lain kali kita pula yg dilanda kekangan dan kita yg xdpt dtg, sudah tentu kita harapkan rakan2 lain memahami dan mereka dtg tolong utk mengimarahkan demo itu pula..
5) dalam AlQuran byk jalan yang diterangkan utk berjihad – dari segi jasad, harta, masa dan tenaga etc..bagi yang ada kekangan masa contohnya, it’s not the end of the world..perlulah diteruskan juga dgn jihad harta, doa atau lain2 jln utk membantu saudara seislam kita
tu je la sedikit sebanyak point yang saya dapat..walaupun mungkin penulis xbermaksud begitu pon, namun bak kata sarahibrahim, lain org baca, lain cara mereka interpret..harap x underestimate or mengecewakan penulis..wallahua’lam
x sabar nak tunggu penulisan nur islam seterusnya =p
baik2…Saya minta maaf kalau terkasar.Saya mengaku apa yang dinyatakan oleh sahabat semua tidaklah silap.
Personally, saya yang tahu pengalaman dan berkongsi perasaan yang dgn penulis merasakan bahawa mesej utama penulis adalah ttg sikap kita dalam memperjuangkan atau melakukan sesuatu secara bermusim. Kadang2 even dalam study pon, kita ikut musim kita. Time near to exam,study pulun betul..Time exam habis,banyak masa utk tgk2 movie etc.
Macam belajar2 sastera F4/f5 dulu laa, dalam sesuatu hasil karya, ada mesej utama dan ada mesej2 lain @ pengajaran lain. Dan saya setuju dgn pengajaran yang dilistkan oleh amirah di ats.
Wallahua’lam. Maaf sekali lagi~~
jazakallah nur islam..
tersentak hati ni membaca n terasa sangat bersalah.. article ni betol2 membuat ana sendiri berfikir, tibe exam je,kerja dakwah mule perlahan.. astaghfirullah… harap ini jadi pengajaran untuk ana dan sahabat yang lain…
semoge nur islam terus thabat dalam perjuangan n menjadi contoh untuk kite semua…semoge Allah permudahkan segala urusan nur islam… wassalam