CHICKEN A LA CARTE – TRUE STORY ABOUT THE HUNGER AND POVERTY BROUGHT BY GLOBALIZATION
Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum wbt,
Sebaik menonton video pendek yang dikongsi oleh saudara Adlan di YG PPIMI ini, saya berasa sangat terkesan dan malu pada diri sendiri. Betapa beruntungnya kita, dengan nikmat dan rahmat yang Allah swt berikan kepada kita, namun kadang-kala diri ini masih lagi mengeluh dan tidak bersyukur dengan apa yang ada.
Mata yang dianugerahi Allah masih lagi menjeling nikmat-nikmat yang dimiliki oleh orang lain, yang tidak dimiliki oleh kita.
Hati sendiri sentiasa iri dengan kejayaan dan kelebihan orang, malah sering juga terdetik mempersoalkan pemberian Allah kepada orang lain, tetapi tidak pada diri kita.
Bisikan-bisikan yang syaitan sentiasa hantarkan kepada kita, hati manusia-manusia yang lemah dengan tipu daya sehingga kita berasa tidak redha dengan apa yang kita miliki. Ada sesetengah orang, berburuk sangka pula dengan Allah swt kerana merasakan Allah swt tidak berdengar doa, rintihan hatinya.Astaghfirullahal ‘azim.
Sebaiknya sebagai seorang hamba yang bersyukur, kita perlu sentiasa memuji dan sekurang-kurangnya berterima kasih kepada Allah swt atas kemurahanNya memberikan kita peluang untuk hidup sehari lagi.
Ingatlah bahawa setiap apa yang berlaku pada diri kita adalah yang terbaik dalam pengetahuan Allah, walaupun bukanlah yang terbaik dan diingini oleh diri kita. Hatta perkara itu merupakan musibah. Ia adalah yang terbaik! Diulangi, yang terbaik, dari Rabb-mu.
“Amat mengherankan sekali keadaan orang mu’min itu, sesungguhnya semua keadaannya itu adalah merupakan kebaikan baginya dan kebaikan yang sedemikian itu tidak akan ada lagi seseorangpun melainkan hanya untuk orang mu’min itu belaka, yaitu apabila ia mendapatkan kelapangan hidup, iapun bersyukur, maka hal itu adalah kebaikan baginya,sedang apabila ia ditimpa oleh kesukaran – yakni yang merupakan bencana – iapun bersabar dan hal inipun adalah merupakan kebaikan baginya.” (Riwayat Muslim)
Sekiranya dalam keadaan senang juga kita lalai untuk bersyukur, apa lagi jaminan yang kita akan mengucapkan syukur ketika dihadapkan dengan kesusahan? Contohi lah Nabi saw yang sentiasa berusaha menjadi hambaNya yang bersyukur. Qudwatun Hasanah ini merupakan sebaik-baik contoh kita.
Dari Aisyah radhiallahu ‘anha bahwasanya Rasulullah s.a.w. berdiri
untuk beribadat dari sebagian waktu malam sehingga pecah-pecahlah kedua tapak kakinya. Saya (Aisyah) lalu berkata padanya: “Mengapa Tuan berbuat demikian, ya Rasulullah, sedangkan Allah telah mengampuni untuk Tuan dosa-dosa Tuan yang telah lalu dan yang kemudian?”
Rasulullah s.a.w. bersabda:”Adakah aku tidak senang untuk menjadi seorang hamba yang banyak bersyukurnya?” (Muttafaq ‘alaih)
Maka, bersyukurlah..bersyukurlah..dan bersyukurlah..pada perkara baik mahupun pada perkara yang kurang disenangi, kerana sesungguhnya Allah suka pada hambaNya yang bersyukur. Dan… betapa ramai lagi insan di luar sana, yang kurang bernasib baik berbanding kita..yang hidup dalam serba kekurangan. Contohnya seperti dalam video tadi.
Malulah kita sekiranya mereka yang hidup dalam kesusahan dan kemiskinan masih punya keimanan dan kesyukuran yang tinggi kepada Allah. Rezeki yang dihidangkan, walaupun bukanlah seenak orang lain, tetap menghadirkan senyum pada insan yang bersyukur. Cuba kalau kita dihidangkan makanan seumpama itu, rasanya memang takkan kita sentuh. Malah, sekiranya makanan yang diberikan sedikit kurang enak atau kurang mencukupi sahaja, mulut sudah berbunyi mengeluarkan celoteh.
Jadi, ingatlah dalam sehari-hari, berbelanja dan makanlah mengikut keperluan. Jangan dibiasakan diri dengan pembaziran. Malah, rezeki yang banyak (elaun sehingga 800euro sebulan itu), kongsi-kongsikanlah bersama mereka yang kurang bernasib baik.
Wallahua’lam.
Worth to read also: GazaFund
Related post(s):Esok, 28 Mac 2009 merupakan Global Earth Hour. Mungkin ramai yang tidak mengetahui apa yang dimaksudkan dengan Earth Hour ini dan apa mesej yang nak...






masyaallah..astagfirullahal’azim…betapa x bersyukurnyer aku..makan nasi beras thai yg kurang enak dr beras basmathi pun aku complain..Masyaallah…*tertunduk malu*
aduhhh..menusuk kalbu sungguh…pasni kene kurangkan mengomen..btul tak nur islam???hehe
sedih…mengenangkan diri yang bersyukur ini
baik peminat atap hijau..saya akan kurangkan mengomen..jika saya komen siler tegur saya..hihih