Atap Hijau Rss

EARTH HOUR: Apa Kena Mengena dengan Kita?

1

Posted by kalam hamba | Posted in Ibadah, Pengumuman, Penulisan | Posted on 27-03-2009

Join Earth Hour; Switch OFF your Light for 60Minutes on 28th March 09, 830pm

Join Earth Hour; Switch OFF your Light for 60Minutes on 28th March 09, 830pm

Esok, 28 Mac 2009 merupakan Global Earth Hour. Mungkin ramai yang tidak mengetahui apa yang dimaksudkan dengan Earth Hour ini dan apa mesej yang nak dibawa.

Earth Hour mula-mula diperkenalkan di Australia bagi menunjukkan keprihatinan mereka kepada ‘global warming’. Setiap orang mempunyai satu undian untuk mendesak pihak berwajib untuk mengambil langkah menyelamatkan bumi daripada terus-terusan dirosakkan. Bagaimana?
Dengan menutup suis lampu di rumah kediaman/premis/bangunan kepunyaan anda.
“Switching OFFyour lights is a vote for Earth, or leaving them ON is a vote for global warming.”

Boleh baca selanjutnya di website: http:www.earthhour.org kerana saya tidak berniat untuk mengulas lebih lanjut tentang perkara ini.

Namun, ada satu persoalan yang ingin saya lontarkan kepada semua pembaca sekalian; ‘Apakah relevannya EarthHour ini dengan kita?Secara specifiknya suka untuk saya tujukan kepada sahabat-sahabat yang beragama Islam

Begitu banyak kerja kita dan begitu sedikit masa yang kita ada, kenapa perlu kita kesahkan tentang Earth Hour ini? Tuntutan dakwah kita sudah terlalu mendesak, jadi kita mungkin mengenepikan perkara ini atau mungkin juga terlepas pandang dengan penganjuran/promosi Earth Hour ini. (bersangka baik~~)

Tugas Manusia Sebagai Khalifah
Walaubagaimanapun, saya hampir 100% pasti bahawa pembaca sekalian bersetuju apabila saya katakan bahawa tugas manusia di muka bumi ini adalah sebagai khalifah dan juga sebagai hamba Allah. Khalifah merupakan wakil Allah yang diciptakan bagi mentadbir bumi dan alam ini mengikut ketetapan dan garis panduanNya. Dan menunaikan kewajipan atas apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Pencipta kita merupakan satu ibadah kepada kita.

Dengan akuan inilah, maka secara tidak langsung tugas menjaga alam ciptaan Allah swt ini terletak di bahu kita. Segala yang tercipta di muka bumi merupakan makhluk Allah dan kepunyaan Allah yang diamanahkan kepada KhalifahNya iaitu manusia.
“Kepunyaan Allah swt jualah apa-apa yang di langit dan di bumi, dan pengetahuan Allah maha meliputi segala sesuatu”. (Surah an-Nisa, ayat 126)

Maka kegagalan menjaga bumi dengan baik merupakan satu khianat kepada amanah Allah swt itu.
Rasulullah saw bersabda bermaksud : “Dunia ini hijau dan cantik, dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat Muslim)

Alam ciptaan ini merupakan salah satu bukti kekuasaan dan kewujudan Allah swt. Keindahan alam yang dilihat dengan mata hati pasti akan menambahkan keimanan hambaNya dan merefleksi diri atas kelemahan kudrat kita sebagai makhluk ciptaanNya. Bumi yang menghijau, Langit yang biru, Aliran sungai yang menderu, Bintang yang berkelip, Bulan yang menginar; semua ini mempunyai seribu satu ketenangan dan kedamaian bagi yang mencari zat Tuhannya. Maka, kepunahan yang dibuat di bumi dan di langit pastinya merupakan kezaliman pada hamba-hambaNya yang ingin berteman makhluk ciptaanNya dalam mencari kasih Ilahi.

Peringatan daripada Allah
Kerosakan bumi yang berlaku sekarang merupakan kesan dosa dan derhaka kita pada Allah.
“Telah nampak kerosakan di daratan dan lautan disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari akibat perbuatan mereka, agar mereka kembali ke jalan yang benar” (Ar-Ruum: 41)

Abu Al-`Aliyah said: “Whoever disobeys Allah in the earth has corrupted it, because the good condition of the earth and the heavens depends on obedience to Allah.”

Sementelah dosa dan kelalaian kita menjalankan amanah sebagai khalifah dan hambaNya lah, Allah menguji umat manusia dengan kemiskinan, bencana alam dan sebagainya. Ini merupakan satu bentuk ujian dan juga hukuman kepada manusia.

Namun begitu, sesuai dengan sifat Allah Yang Maha Pemurah dan Pengampun, tidak terlambat untuk kita kembali pada jalan yang lurus, teguh berpegang pada ikatan yang satu. Bilamana manusia meninggalkan perkara-perkara dosa, Dia akan memberkati mereka dan juga langit serta bumi.

Penutup
Menjaga alam sekitar merupakan sebahagian daripada tanggungjawab kita sebagai manusia, dan menjadi kewajipan kepada seorang yang bernama Muslim.
Jadi, mahukah anda bersama-sama menyertai kempen EarthHour ini? Dan sama-sama bergelap untuk satu jam sahaja sebagai sokongan kita terhadap BUMI!Jika mahu, esok 28hb Mac 09, 830pm walau di mana sahaja anda berada. You have one vote and make sure you give a correct voting!

p/s Saya teringat yang mak saya memang begitu ‘particular’ dengan ‘littering’. Kalau kami makan/ minum di dalam kereta, sampah-sampah tak boleh dibuang ke luar kereta. Wajib simpan dalam kereta sehinggalah sampai ke rumah.
Pernah suatu hari di hari raya, jalan raya sesak dan kereta bergerak dengan amat perlahan. Di sebelah kami, merupakan sebuah bas sekolah yang membawa peserta rombongan dari luar. Dan dengan beraninya, salah seorang daripada pelajar itu makan kuaci dan membuang kulit2 kuaci/ sampah ke luar tingkap dan jatuh ke jalan raya.
Maka, kami yang ramai di dalam kereta ini (atas semangat cintakan negeri dan tidak boleh buang sampah merata) bersepakat untuk ’staring’ si pelaku itu. Sehinggalah si pelaku itu menyedari aksi kami, dan kami membuat isyarat tangan (dan muka juga) memarahi si pelaku itu. (Maaf si pelaku; anda mungkin pada awalnya fikir kami sedang ‘flirting’ dengan anda, memandangkan kami semua perempuan.Anda SILAP!) Alhamdulillah, sehinggalah kami berpisah menuju dua jalan yang berbeza, dia tidak lagi membuang sampah ke luar. Sebaik berpisah, tidak lagi kami tahu apa yang dibuat oleh pelaku itu. Itu urusan dia dengan Allah pula.
Owh, namun begitu, emak yang cintakan kebersihan jalan raya dan sungai itu mengamalkan pembakaran terbuka disebabkan khidmat pengumpulan sampah agak jauh keluar dari kampung berhampiran jalan besar!!Oppss..Balik nih perlu berdakwah dengan emak pula~~ “Pembakaran terbuka lebih menyumbang kepada global warming berbanding littering mak”:D

Related post(s):
  • Ada Apa Dengan…
    …D.I.A? Nantikan… Menemui anda cuti musim panas ini… ...
  • Solat Seorang Asing. Bersediakah Kita Menentang Kebiasaan?
    Setelah dikira-kira, sudah tahun kelima penulis berada di bumi Cork ini. Jauh dari keluarga, jauh dari bumi Malaysia. Sewaktu mula-mula menjejakkan kaki ke sini,...

  • Comments (1)

    Earth Hour really helps in promoting environmental awareness among the young generation“’

    Post a comment

    D.I.A