Atap Hijau Rss

Kalimah Allah – Siapa yang berhak?

15

Posted by Abdullah | Posted in Uncategorized | Posted on 24-03-2009

allah3

Assalamualaikum w.r.t

Isu ini mungkin sudah agak lama untuk diperkatakan di sini. Namun saya berasa terpanggil untuk menulis sedikit berkaitan isu ini setelah terbaca berkenaan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Majlis Peguam (Bar Council) kerana mengadakan tinjauan pendapat berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dalam laman web badan itu baru-baru ini. Mungkin ramai di antara kita juga termasuk saya sendiri yang kurang memahami isu ini dengan baik. Jadi ada baiknya jika kita bersama-sama menggunakan ruangan ini untuk berkongsi pendapat dan bertukar-tukar pandangan.

Sebelum saya menyentuh dengan lebih mendalam tentang isu ini, berikut disertakan kronologi isu ini.

1. Isu ini bermula pada tahun lalu berikutan tuntutan Pihak Gereja menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada God dalam tulisan berkaitan ajaran Kristian. Meraka memohon penggunaan kalimah Allah dalam beberapa akhbar seperti Catholic weekly Herald, Catholic Sabah and Today’s Catholic of Sarawak. Beberapa perkataan lain juga dituntut penggunaannya seperti kaabah merujuk kepada gereja, solat merujuk kepada sembahyang di dalam gereja, dan baitullah.

2. Penggunaan kalimah Allah ini telah mendapat tentangan yang hebat daripada majlis-majlis Islam negeri seperti Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan juga Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM).

3. Awal bulan ini, Kementerian Dalam Negeri telah membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Kristian. Kemudian diharamkan kembali penggunaannya untuk majalah Kristian versi Melayu, atas alasan boleh mengelirukan umat Islam.

4. Isu ini telah hangat diperbahaskan dalam sidang Parlimen yang lepas. Antara yang lantang bersuara ialah ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu YB Zulkifli Nordin (PKR) dan ahli Parlimen Baling yang juga bekas Imam Besar Masjid Negara Ustaz Taib Azamudden Mat Taib (PAS).

5. Buat masa ini, prosiding di mahkamah masih berjalan berikutan tindakan permohonan semakan kehakiman oleh Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur terhadap Kementerian Dalam Negeri, kerajaan Malaysia dan majlis agama Islam negeri-negeri berhubung isu ini.

Sudut Pertama – Prinsip Hukum

Secara asasnya, adalah tidak boleh dinafikan bahawa agama lain juga menggunakan kalimah Allah yang merujuk kepada tuhan. Keadaan ini berlaku kepada Yahudi dan Nasrani. Ini kerana, pada awalnya, mereka adalah golongan yang menyembah Allah, yang mengikut ajaran Nabi Ya’qub, Nabi Musa dan Nabi Isa, tetapi ajaran mereka telah berlaku penyelewengan yang dilakukan oleh guru-guru mereka terdahulu.

Firman Allah yang bermaksud:

“Kecelakaan terhadap mereka yang menulis “Al-Kitab” dengan tangan-tangan mereka sendiri, kemudian mendakwa ini adalah dari sisi Allah SWT, kerana mereka membelinya dengan harga yang murah”

(Surah Al-Baqarah : 79)

Keizinan menggunakan kalimah Allah untuk bukan Islam adalah firman Allah

Maksudnya;

”Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: “Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan?” Tentu mereka akan menjawab: “Allah”, maka betapakah mereka (dapat) dipalingkan (dari jalan yang benar).”

(Surah Al-Ankabut : 61)

Juga Firman Allah yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya jika kamu menanyakan kepada mereka: “Siapakah yang menurunkan air dari langit lalu menghidupkan dengan air itu bumi sesudah matinya?” Tentu mereka akan menjawab: “Allah”, Katakanlah: “Segala puji bagi Allah”, tetapi kebanyakan mereka tidak memahami(nya)”

(Surah Al-Ankabut : 63)

Jelas dari kedua-dua ayat ini, bahawa orang bukan Islam boleh menyebut kalimah Allah dengan merujuk kepada tuhan.

Pun begitu, jika dihayati balik dari ayat Al-Quran, rupa-rupanya kalimah Allah dalam agama kristian tidak merujuk kepada kalimah Allah dalam agama Islam.

Firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya telah kafirlah mereka yang berkata “sesungguhnya Allah adalah yang ketiga dari yang tiga”

(Surah Al-Maidah : 73)

Jelas kepada kita, pemahaman Allah mengikut ajaran Kristian tidak boleh disamakan dengan agama Islam. Pun begitu, apabila ianya tidak sama, apakah ianya adalah satu larangan tegar untuk mereka mengunakan kalimah “Allah”???

Rujukan : http://g-82.blogspot.com/2009/03/nama-allah-dalam-agama-kristian.html

Sudut Kedua – Maslahah

1. Dalam konteks Malaysia ia (penggunaan kalimah Allah oleh yang bukan Islam) akan menyebabkan kekeliruan kepada anak-anak dan keturunan kita akan datang tidak sama seperti di Eropah atau tempat lain. Allah yang dimaksudkan oleh agama lain berbeza dengan Allah yang dimaksudkan oleh Islam.

Wakik kita yang saya yakin setakat hari ini, wallahualam akan datang akan menjadi satu confuse, akan menjadi suatu pertelingkahan dan perbalahan yang mungkin sengit apabila benda ini dibuka ke mana-mana. Misal kita katakan, minta maaf kepada saudara-saudara kita yang bukan Islam sama ada dalam agama Buddha, dalam agama Hindu ataupun Kristian dan sebagainya, andai kata saya bertanya kepada sahabat saya yang beragama Hindu,
“Sahabat, kamu nak pergi mana?” “Saya nak pergi sembah Allah”. Tanya pula sahabat saya Yang Berhormat Batu Pahat ataupun Yang Berhormat Sri Gading, mana nak pergi “Saya nak pergi sembah Allah”.
Jadi ini confuse kepada anak dan keturunan kita. Allah yang mana ini?… [Tepuk] Allah
yang nak pergi kah, ini kah Allah, yang mana?…
(Taib Azamuddin) http://n32.blogspot.com/2009/03/taib-azamudden-bersyarah-dalam-parlimen.html

2. Tuntutan demi tuntutan oleh golongan Kristian ini sememangnya telah menimbulkan kegelisahan di kalangan umat Islam di Malaysia yang peka terhadap permasalahan umat khususnya di tanah air. Dulu mereka tuntut nak guna bahasa Melayu untuk Bible mereka. Kemudian mereka tuntut nak guna perkataan ALLAH untuk penerbitan Kristian. Hari ini mereka tuntut nak guna perkataan ALLAH tanpa sekatan. Lepas ini dia akan tuntut hak untuk mengkristiankan orang Melayu tanpa sekatan. Akhirnya nanti entah apa lagi yang mereka akan tuntut!?(Zulkifli Nordin) http://zul4kulim.blogspot.com/2009/03/allah-kristian.html

3.   Dalam isu keizinan menyebut kalimah “Allah” oleh non Muslim di Malaysia, hendaklah dilihat kesan disebalik keizinan tersebut. Dalam menentukan keizinan itu, hendaklah dilihat dari sudut ‘uruf dan adat orang Islam di Malaysia, apakah dengan keizinan ini akan memberi kemudharatan pada pemahaman Orang Islam terhadap Islam atau tidak? Jika wujud kemudharatan, maka adalah satu tindakan yang wajar untuk melarang dari menggunakan kalimah “Allah” untuk non Muslim. Adapun jika tidak wujud kemudharatan, maka tidak ada salahnya kita membenarkan non muslim menggunakan kalimah “Allah”. (Al-Bakistani blog)

Kesimpulan

Saya berpendapat bahawa berdasarkan hujah-hujah dan pandangan-pandangan yang dikutip berdasarkan pembacaan saya ringkas saya, wujudnya kewajaran untuk tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah ini buat masa sekarang. Adapun diketahui bahawa di negara-negara umat Islam tertentu seperti di Mesir, Syria, Jordan dan sebagainya, pengunaan kalimah Allah tidak hanya terbatas di kalangan orang Islam sahaja, wakik di Malaysia yang berbilang bangsa dan agama masih belum mengizinkan penggunaannya buat masa ini. Keizinan dibimbangi akan membawa lebih kemudaratan di tengah kekalutan sosial dan pemahaman umat Islam berkenaan Islam itu sendiri. Gejala murtad, anak luar nikah, penagihan dadah dan budaya bebas masih gagal ditangani dengan berkesan. Sebelum mengakhiri penulisan ini, saya menyeru sahabat sekalian supaya kita lebih sensitif dan peka terhadap permasalahan umat Islam khususnya di tanah air demi memperjuangkan Islam. Adalah dibimbangi kelekaan kita pada masa ini akan membawa kesan yang lebih buruk kepada generasi Islam pada masa hadapan.

Wallahu’alam.

No related posts.

Comments (15)

Jazakallah atas usaha penulis yang telah me’wrap up’ isu ini dengan baik sekali. Ana bersependapat dengan penulis mengenai isu ini. Minta maaf kepada penulis, ana edit sedikit layout entry ini supaya lebih kemas.

Ana juga hendak berkongsi di dalam komen ini penerangan yang telah diberikan oleh bekas Imam Besar Masjid Negara Ustaz Taib Azamudden Mat Taib yang ana kira sangat bagus dan bernas:

Berikut adalah petikan dari hansard Parlimen:

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri serta permintaan sahabat-sahabat. Saya terpanggil untuk bercakap ini bukan dia atas bermaksud dengan kepartian. Akan tetapi, lebih fokus kepada kesucian Islam itu sendiri. Itu terpulang kepada tafsiran oranglah kalau dia hendak meletakkan kedudukan di mana yang sekali gus juga menghormati pandangan yang diberi oleh Yang Berhormat Bintulu.

Sebenarnya persoalan ini mungkin kita tidak begitu selesa sangat perbahasan dan
penghujahannya kita gunakan dalam Dewan ini. Kalau pun ia selepas kita dapat hadamkan di luar, di tempat lain bahawa kita confirmkan
di Dewan tetapi walau macam manapun, saya faham daripada apa yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Kuala Selangor dan sahabat-sahabat yang lain.

Sekarang ini yang sebenarnya perlu kita dapat penjelasan, Allah yang mana yang kita
perbincangkan ini tapi kalau Allah S.W.T yang berkonsepkan tauhid dengan Allah hus samad…

Dia tauhid As-samadiah dengan tauhid al-ahadiah yang bergantung rapat dengan yang lain-lain, uluhiah dan rububiah hanya ada pada Islam dan tidak ada pada yang lain. Sebab itu kalau kita nak bahaskan masalah Allah yang disebut dalam Al-Quran, kita kena lihat juga sababul nuzul dan kalau kita nak buka mengenai Allah kepada yang lain-lain, Al-Quran juga pernah mendedahkan dalam surahtul Taubah… [Membaca sepotong ayat Al-Quran]

“Orang Yahudi dia kata, Uzir anak Allah. Orang Kristian dia kata Al-Masih anak Allah”.
Daripada penjelasan ringkas ini, kita nampak Allah yang dimaksudkan oleh Yahudi lain
daripada Allah tauhid kita. Allah yang dimaksudkan oleh orang-orang Masihi dan orang-orang lain adalah lain daripada Allah yang dimaksudkan oleh Islam sebab ketauhidan as-samadiah dan alahadiah itu tidak menjadi suatu tonggak kepercayaan kepada yang lain daripada Islam. Sebab itu bagi yang agama lain tadi dia mendakwa itu sedangkan kita Allah bukan ada anak, tidak diperanakkan dan tidak beranak. Jadi, ini persoalannya. Jadi yang saya rasa ialah pihak kementerian, pihak kerajaan mesti menegaskan Allah dalam bentuk mana.

Kalau kita cakap Allah dalam bentuk umum, betullah kita boleh dakwa. Orang Hindu,
orang Kristian, orang lain pun dia kata kita tuhan Allah juga. Jadi Allah yang mana? Jadi mungkin di sini kita perlu mendapat suatu garis panduan yang jelas yang kita kata tak boleh digunakan oleh orang lain itu Allah dalam kedudukan mana tapi kalau Allah dalam kedudukan Islam yang ahadiah dan as-samadiah, memang tak boleh orang lain guna yang saya rasa ini wallahualamlah. Apa yang saya nampak daripada sudut itu, jadi kalau itu kita boleh terima, sebenarnya kita tidak ada pertelingkahan apa-apa. Cuma yang kita hendak sekarang ialah penegasan daripada pihak kerajaan daripada sudut mana, Ilah kita dan saya rasa dalam perbahasan ini agak tak berapa munasabah kalau kita bawa daripada segi bahasa.

Bahasa Ilah, bahasa… hak itu panjanglah isu kita. Sebab itu kalau kita lihat dalam kitab-kitab yang sempat dirujuk, pertelingkahan ini berlaku atau khilaf ini berlaku di antara ulama-ulama yang lebih muktabar daripada kita sekarang tetapi semuanya memberi hujah-hujah yang kenapa mereka kata boleh dan kenapa ada yang mereka kata tak boleh. Dalam kita menangani di antara dua perselisihan pendapat ulama muktabar ini, maka apa yang perlu bagi kita sekarang ialah kita perlu memahami wakik. Wakik kita di Malaysia mahu tidak mahu dengan ketimuran kita, dengan budaya Melayu kita sebelah sini dan juga budaya orang kita lain daripada yang berlaku di Eropah atau berlaku di dunia lain.
Wakik kita yang saya yakin setakat hari ini, wallahualam akan datang akan menjadi satu
confuse, akan menjadi suatu pertelingkahan dan perbalahan yang mungkin sengit apabila benda ini dibuka ke mana-mana. Misal kita katakan, minta maaf kepada saudara-saudara kita yang bukan Islam sama ada dalam agama Buddha, dalam agama Hindu ataupun Kristian dan sebagainya, andai kata saya bertanya kepada sahabat saya yang beragama Hindu,

“Sahabat, kamu nak pergi mana?” “Saya nak pergi sembah Allah”. Tanya pula sahabat saya Yang Berhormat Batu Pahat ataupun Yang Berhormat Sri Gading, mana nak pergi “Saya nak pergi sembah Allah”.

Jadi ini confuse kepada anak dan keturunan kita. Allah yang mana ini?… [Tepuk] Allah
yang nak pergi kah, ini kah Allah, yang mana?…

Majlis peguam bela undian ‘Allah’
Mar 25, 09 7:50pm
Orang ramai tidak mudah terseret dalam polemik remeh-temeh dan mereka tidak menilai undian di laman web Majlis Peguam berhubung penggunaan perkataan “Allah” itu boleh membawa kekecohan.

Pengerusi baru badan profesional itu Ragunath Kesavan berkata beliau kecewa dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang memberi amaran kepada Majlis Peguam.

“Rakyat sudah matang, bertanggungjawab dan mampu berdepan dengan sebarang perbezaan dalam isu kaum atau agama melalui perbincangan rasional dan membina, dengan menumpukan nilai-nilai bersama dan saling hormat-menghormati,” katanya.

“Majlis Peguam beriltizam terus berdialog dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk kerajaan, NGO Muslim dan individu yang menyentuh kepentingan bersama.”

Awal minggu ini Ahmad Zahid dilaporkan memberi “amaran terakhir” kepada Majlis Peguam agar tidak memainkan isu penggunaan nama Allah.

“Jangan sesekali bangkitkan kemarahan orang Melayu dan juga orang Islam, jika tidak mereka perlu tanggung akibat perbuatannya itu,” beliau dipetik berkata, mengulas undian yang dimuatkan di laman web majlis tersebut.

“Oleh itu, saya beri amaran kepada Majlis Peguam agar tidak mengadakan tinjauan pendapat atau survey dan minta mereka menghentikan tindakan seperti itu.”

Salam,
Saya tidak mengikuti isu ini sepenuhnya, maka tidak mempunyai pengetahun yang sgt banyak.
Saya bukan nak komen dari segi hukum sebab ada yang lebih expert dlm bab ini.

Tapi dari segi maslahah, saya sendiri bersetuju dengan penulis. Dalam keadaan realiti umat islam di malaysia skrg, yang ntah kenal atau tidak dgn Allah yang mereka ikrarkan melalui khalimah syahadatain, Lebih baik kita tidak menggunakan khalimah Allah bagi merujuk Tuhan2 lain.
Amat mudah sekali menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam terutama yang pengetahuan dangkal atau yang masih bertatih dalam ‘beragama’.
Sekiranya keizinan penggunaan khalimah Allah diseimbangkan dengan aktiviti2 penyebaran dakwah atau pengetahuan Islam yang comprehensive,maka tiada masalah yang banyak.
Namun, sekrg di tahah air, aktiviti dakwah hanya dibuat oleh segolongan umat Islam, manakala ada segolongan umat Islam lain yang memburukkan Islam dan mengajak kepada maksiat/mungkar..Malah, ada aktiviti2 ceramah/kuliah agama yang dilarang atau disekat.
Dalam ruang penyampaian yang limited dan sempit, rsnya bukanlah suatu yang bijak utk kita menimbulkan sesuatu yang kelihatan bakal menimbulkan kekeliruan yang lebih rumit. Wallahua’lam

salam, saya secara peribadinya bersetuju untuk kalimah allah itu digunakan secara meluas oleh muslim dan non-muslim TETAPI penerangan yang lebih meluas perlu dijalankan bagi mengelakkan kekeliruan dalam masyarakat Malaysia sekarang. kalimah sembahyang pun saya tidak ada masalah untuk diperluaskan penggunaannya tetapi saya amat berkeras untuk diadakan penerangan yang amat2 meluas untuk mengelakkan campur-aduk dalam agama.
sememangnya amat pelik sekali kenapa tiba2 golongan gereja tersebut beria-ia untuk menggunakan perkataan2 tersebut.

salam…tetapi bukankah dengan membenarkan penggunaan nama Allah tuh kita dapat meluaskan skop dakwah kita kepada non-muslim yg sedikit sebanyak sudah belajar mengenal siapa itu ALLAH??Bukankah dengan membenarkan nama ALLAH digunakan kita secara tidak lansung sebenarnya mengangkat kalimah ALLAH itu sendiri supaya dikenali atas muka bumi ALLAH??

walluhu’alam..saya yg jahil sekadar bertanya…hehehe

for people’s knowledge, there certainly are words that are exclusively used to denote something and the arabic language itself was very much enriched by the arrival of prophet muhammad and Islam. i don’t see the rationale of using the word kaabah to refer to a church because it is not even used to refer to a mosque by the muslims. this certainly will cause confusion. i’m extremely suspicious with the hidden intention behind the church’s desire to use the words. if really they want to be linguistically open, they have to learn the linguistic use and rules as well. you don’t just barge into freedom of writing and expression without considering the limiting factors underlying it.

salam nur islam, hehe. true, mmg benar sekali kebenaran penggunaan nama Allah itu akan meluaskan lagi skop dakwah tetapi kalau tiada penjelasan diberikan, perkara ini boleh menimbulkan masalah di kalangan orang Islam terutamanya bagi yang tidak terpelajar atau kurang ilmu pengetahuan – gejala murtad pun boleh bertambah maksud saya. penggunaan nama Allah oleh orang Islam ada dua maksud yg disekalikan iaitu tauhid rububiyyah yg bermakna Allah sbg tuhan yg mencipta dan mentadbir kejadianNya (Allah ini yg dimaksudkan oleh org bukan islam) dan tauhid uluhiyyah yg bermakna Allah yg Esa (SATU dan tidak ada definisi lain selain SATU), tiada sekutu bagiNya dan hanya Dia yg disembah which is in Islam, only believed by the Muslims. just nak tanya sesiapa yg tahu kenapa tak digunakan perkataan tuhan dan perkataan bahasa malaysia lain utk agama lain? tak salah nak guna perkataan Allah tapi kenapa tak guna perkataan tuhan je kalau nak ease depanyer dakwah.

dont get me wrong because i believe that everyone can spread their religion but as a human i can be suspicious can’t i. for the muslims, knowing our own religion more will help solve this problem and debate. as much right we have to spread our religion, they have their right as well.

@Nur Islam,
Mungkin benar bahawa perluasan penggunaan kalimah Allah akan membuka jalan dakwah yang lebih lebar kepada non-muslims, Namun bagaimana pula maslahah kepada Muslims sndiri?Adakah maslahah melebihi mudarat, atau Sebaliknya? Kerana sekiranya mudarat yang lebih besar kepada Muslims, maka rasa2 setiap dr kita tahu di mana penilaian fiqh aulawiyat kita. Ingat asbabul-nuzul dan tafsiran Surah Abasa?

@ Faimee,
Ye, akak sendiri suspicious dgn sikap mereka yang terlalu beria nih.Jadi kena berhati2 dan cuba berfikir cara musuh kita.Apa yang mereka dapat if mereka turut menggunakan istilah2 ini bila mana merujuk ajaran agama mereka? Apa faedah kepada penganut agama mereka? dan apa faedah kepada pihak2 lain? Dan apa mudarat kepada muslims sendiri? I cant give any answer..and I want everyone to think about it.

Berfikir untuk ummah/masyarakat- satu drpd banyak2 sikap umat Islam sebenar!

tetapi bagaimana pula situasi ini kalo dilihat berdasarkan prinsip kebebasan beragama dalam islam sendiri?adakah kita secara tidak langsung dilihat tidak mengamalkan dasar islam ini?

dan bagaimana pula jika non-muslim mengambil peluang ini,(dengan tidak membenarkan penggunaan nama Allah)melable islam sebagai agama yg jumud dan tidak terbuka??dan bagaimana pula jika mereka memainkan sentimen ini berulang-ulang sehingga menimbulkan maslahah yg memudaratkan islam sendiri??

wallahu’alam..saya yg jahil ini bertanya lagi..huhuhu

seperti yang diperjelaskan oleh saadah…pertimbangan antara baik dan buruk perlu diambil kira dalam situasi ini..apakah dengan penglabelan islam sebagai jumud dsb membawa kesan yang lebih buruk berbanding dengan kesan buruk terhadap umat islam sendiri dengan adanya kebenaran penggunaan kalimah Allah ini?jadi fiqh muazanat(pertimbangan) dan awlawiyat sepatutnya diambil kira dalam keadaan ini..juga diambil kira motif mereka yang beria-ria menggunakan kalimah Allah…apakah ada keperluan di pihak mereka untuk ini? kita sebagai umat islam juga perlu menunjukkan ketegasan dalam menangani isu ini.

Assalamualaikum. Saya cuma nak bagi pendapat saya. Saya setuju la dengan ulasan2 dari encik faimee dan kakak saadah mengenai hal ini. Sangat membimbangkan kalau2 ini adalah salah satu strategi dan dakyah dari pihak gereja untuk lebih mengelirukan ‘ignorance’ Muslims. Juga bak kata penulis post ini, gejala sosial, maksiat, etc semakin berleluasa, thus, dakyah ini dilihat dapat memberikan kesan lebih buruk dan memudaratkan pada masyarakat Islam sekarang, especially pada golongan muda & mentah.

Juga, point yang lebih penting utk sy raise di sini. Kita sendiri boleh lihat bagaimana sesetengah penganut Kristian sendiri dengan selambanya mempermain2kan/memperkotak-katikkan tuhan mereka dengan melukis gambar Jesus dan mempamerkan jesus dalam watak kartun, yang menggamabrkan yang Tuhan itu seolah2 macam manusia biasa dan ada yang sampai mempamerkan Jesus minum arak, buat seks bebas, hisap dadah (sape tak tahu boleh tengok kartun South Park sebagai contoh jelas).

Jika sikap mereka terhadap Tuhan itu sendiri begitu, bagaimanakah our legal system can justify their decision to approve penggunaan kalimah Allah to refer for GOD untuk agama selain Islam? What I mean is, jika mereka bole buat kartun Jesus sebegitu, apakah yang menghalang mereka untuk selepas ini melukis gambar kartun Allah dan memberi watak seolah2 Allah itu manusia juga? Pada mereka, dua2 pun tuhan. Thus, adalah penting untuk kita jaga kalimah Allah itu agar tidak dicemari.

Megenai kemusykilan Nur Islam (by the way, sedap nama tu, rase cam nak kasik name anak kite nama tu pulak).. rasenye saya can xfhm prinsip kebebasan beragama dlm Islam tu camne yg awak maksudkan. Tapi yang setakat cetek saya tahu adalah tiada paksaan dlm memasuki Islam, tapi bila dah menganut Islam, kene jadi Muslims yang very komited.

[quote]adakah kita secara tidak langsung dilihat tidak mengamalkan dasar islam ini?[/quote] Kebebasan atau tida paksaan dlm memeluk Islam tak boleh lah kita samakan pula dengan prinsip kebebasan guna nama Tuhan agama kita untuk agama lain. Ini boleh menjatuhkan kesucian Islam di mata non-Muslims sendiri. Lagipun, our reactions towards this matter are actually attached and deeply related to social/religious norms, globally. E.g. kalau pihak gereja ni bukan nak guna nama Allah, tapi nak guna nama Tuhan hindu, rekasi dr masyarakat hindu (yang kuat pegang ajaran mereka), pasti sama mcm reaksi golongan Ulama’ yang membantah kebebasan ini.

Kalau segolongan nonMuslims nak melabel Islam as jumud dan tidak terbuka, kita kene reflect balik pada mereka- begitu mudah melabel Islam atas sebab tertentu semata2, tanpa men’consider’ aspect2 lain dalam Islam. Mereka inilah sebenarnye yang close-minded sebab making only superficial jugdements. Kalau mereka nak mainkan sentimen ini berulang2, kita boleh guna hujah ini (pada pendapat saya je).

Rase saya, xperlu pun isu ni diperpanjangkan. Ramai pun dapt berhujah hebat kenapa kita patut membantah tuntutan Pihak Gereja menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada God dalam tulisan berkaitan ajaran Kristian.

Muslim kini perlu lebih kritikal dlm cara berfikir agar dpt berhujah dan berpegang teguh pada ajaran Islan sepenuhnya.
Wallahua’lam.

@ Nur Islam,
Saya juga bersetju dengan persoalan yang ditimbulkan oleh k.sarahibrahim tuh.apakah kebebasan beragama yang dimaksudkan di sini.
“tiada paksaan dalam memeluk agama Islam” -Al-baqarah
Adakah kita sendiri menghalang mereka drpd mengamalkan anutan mereka dan memaksa mereka utk sama2 memeluk agama Islam? Tidak bukan?
Namun kita menghalang penggunaan kalimah Allah merupakan tindakan kita utk preserve kesucian dan kemuliaan agama Islam itu sendiri. Sepeti yang kita tahu, kalimah Allah,Kaabah, masjid merupakan kalimah2 yang umumnya sinonim dgn ajaran Islam.
Quote: “menimbulkan maslahah yg memudaratkan islam sendiri” –> apabila ada wujud situasi seperti ini, kita sendiri perlu nilai kembali adakah maslahat atau mudarat itu yang lebeh extreme? kena kira cost-benefit die. If Maslahat > Mudarat = Maslahat. Sebaliknya, Mudarat > Maslahat = Mudarat.
Rasanya utk Nur Islam fahami atau mengungkai persoalan2 di minda, boleh rujuk perbincangan2 ulama seperti yg dicadangkan oleh k.sarahibarahim.
Bagi saya sendiri, bila diberi pilihan pemeliharaan akidah Muslim dan fitnah thadap Islam, saya memilih utk memelihara akidah saudara seagama saya. Wallahua’lam.

assalammualaikum..agak ketinggalan saya dengan isu ini. bukan nak bagi pendapat atau pandangan, sekadar nak menegur dengan Nur Islam..nama cukup indah tapi sayang tak seindah bunyinya dalam berbicara dan berfikir secara muslimin atau ia juga seorang muslimat diforum ini pada isu ini.

sejatikan dulu, cintai dan amati ISLAM itu sendiri baru saudara atau mungkin juga saudari memahami kenapa, mengapa kalimah agung ALLAH itu tidak boleh dibenarkan kepada mereka yang bersekutu denganNya dalam suasana, konteks, permasalahan dan penerimaan masyarakat, rakyat, individu, mahupun peringkat global terhadap agama dan umat ISLAM itu sendiri.

bukan jahil melainkan sendiri yang menjahilkan..wallahu’alam

waalaikumussalam Ejy…waduh2…hahaha..sy bukanlah menyatakan persetujuan pun dalam penggunaan kalimah Allah oleh bukan islam nih..kalau baca balik komen2 sy kt atas, x pulak sy ckp setuju dgn penggunaan kalimah nih..tetapi bila saya timbulkan beberapa persoalaan itu adalah untuk kita sama2 pikir dari konteks yg berbeza pula supaya pertimbangan kita lebih menyeluruh..tidak laa kita hanya berfikir dari satu aspek sahaja..bila kita hanya fikir salah salah salah salah, nnti pertimbangan kita mungkin tidak menyeluruh…tidak salah untuk fikirkan perkara-perkara yg mungkin ada baiknya dari penggunaan kalimah Allah oleh bukan islam..kemudian baru kita timbang-timbang semula sama ada kebaikan itu melebihi mudharat atau mudharatnya lebih merbahaya..

maaf yer jika anda tersalah faham dengan komen2 sy sebelum nih..

wallhu’alam..

hello.. minta maaf banyak2. saya hanya mau kasi tau yang golongan pribumi sabah dan sarawak (kadazan, dusun, murut, iban dan bnyk lg) yang beragama kristian menggunakan al-kitab yang menuliskan Tuhan itu adalah Allah. penggunaan al-kitab ini suda ada sebelum kami bergabung dengan tanah melayu tahun 60 dahulu. jadi, pada pendapat pribadi saya. jika orang melayu yg beragama islam mau menolak al-kitab kami hanya kerana ia menggunakan Allah dalam ajarannya, maka perlu banyak perbincangan harus dilakukan. bagaimana orang melayu islam mau mengubah al-kitab kami yang sudah kami gunakan dari turun temurun lagi? isu pnerbitan gereja katolik tidakla besar sangat jika dibandingkan dengan isu Al-kitab yang kami guna sekarang in. jadi saudara2 tolong pikir2kan.. saya hanya berkongsi disini jauh sekali ingin mendatangkan kemarahan sepa2.. terima kasih.

Post a comment