Atap Hijau Rss

Kepentingan Ilmu di Atap Hijau

2

Posted by admin | Posted in Akademik, Akidah, Motivasi, Sosial | Posted on 18-03-2009

saya mulakan dengan sabda rasulullah s.a.w.

“siapa yang berkehendakkan dunia, dia mestilah mempunyai ilmu; siapa yang berkehendakkan akhirat, dia hendaklah mempunyai ilmu; siapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia mempunyai ilmu’
Riwayat muslim

Di dalam Al-quran ada menyebut

… katakanlah: adakah sama orang yang berilmu pengetahuan dengan orang yang tidak berilmu pengetahuan? Hanya orang yang menerima peringatan ialah orang yang berakal” [Surah az-zumar: ayat 9]

Secara umumnya ilmu diketegorikan kepada dua: ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah. Ilmu fardu ain lebih menjurus kepada perhubungan secara langsung antara manusia dengan Allah s.w.t. Ilmu tersebut mengajar dan membimbing kita untuk melaksanakan kewajipan dan amalan pengabdian seorang hamba kepada Allah s.w.t secara mutlak.
Sebagai seorang yang beragama Islam, kita wajib mempelajari ilmu fardu ain yang terdiri daripada ilmu Akidah, Syariah dan Akhlak. Ketiga-tiga bidang ilmu ini penting kerana merupakan asas untuk menanam akidah dan keimanan dalam hati dan jiwa untuk melahirkan insan yang baik dan sentiasa mengharapkan keredaan Allah s.w.t. Walaubagaimanapun, setiap muslim juga wajib menuntut ilmu fardu kifayah sebagai pelengkap kepada ilmu fardu ain yang bertujuan untuk memakmurkan alam ciptaan Allah s.w.t. Tuntutan untuk menguasai kedua-dua kategori bidang ilmu tersebut dipertanggungjawabk an ke atas kita untuk mencapai kesejahteraan hidup individu, membangun masyarakat dan negara.

Pembahagian ilmu ini, tidak bermakna bahwa kita perlu membahagikan juga persepsi kita kita kepada dua. Ini kerana kedua-dua ilmu ini adalah wajib (walaupun satu fardu ain dan satu fardu kifayah) dan dengan mempelajari mana-mana ilmu tersebut kita akan diberikan balasan pahala. Malah, cara kita menuntut ilmu ini juga tidak `dispecific’ kan. Sebagai contoh, usrah bukan hanya tempat untuk belajar ilmu agama dan bermain di padang atau pergi ke kelas tidak bermakna kita tidak belajar ilmu agama langsung. Sepatutnya dengan melakukan semua perkara ini, akan dapat memantapkan lagi ilmu kita dan merapatkan diri kita kepada Allah s.w.t. Tidak wujud masa untuk tidak belajar bagi seseorang Muslim. (dengan tidur yang teratur sekali pun bermakna kita belajar untuk mendisiplinkan diri kita).

Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya orang yang sangat pandai.

Saidina ali k.w. telah menjelaskan pandangan beliau ketika ditanya mengenai ilmu:

” ilmu lebih baik daripada harta kerana ia adalah warisan para nabi, manakala harta pula warisan qarun dan fir’aun. Ilmu boleh menjaga diri kamu, sedangkan harta, kamu yang menjaganya. Orang yang memiliki ilmu mempunyai ramai teman, sedangkan pemilik harta mempunyai ramai musuh. Ilmu pengetahuan itu akan bertambah jika diamalkan, sedangkan harta akan berkurangan jika dibelanjakan. Pemilik ilmu pengetahuan sentiasa dihormati, sedangkan pemilik harta akan dikenali sebagai si kedekut. Pemilik ilmu akan memberi syafaat, pemilik harta akan dihisab. Biarpun masa berlalu namun ilmu tidak lapuk ditelan zaman, tetapi harta itu semakin lama semakin usang, ilmu pengetahuan dapat menyinari hati, tetapi harta mengeraskan hati. Orang berilmu mengakui dirinya sebagai hamba allah, sedangkan orang berharta mengakui dirinya pemilik.

Dari aspek kita sebagai pelajar di bumi Ireland ini, terdapat beberapa perkara/prinsip yang perlu kita tanam dalam diri kita.
1. tujuan kita di sini
a. kita seharusnya faham dengan lebih detail mengenai perkara ini. Ramai golongan yang menggunakan prinsip ini untuk tidak melakukan perkara lain (join program, usrah, solat dll.) dengan alasan tujuan kita di hantar di sini untuk pulang dengan ijazah.
b. Ada juga golongan yang terus melupakan tujuan kita ke sini dengan alasan kita dijadikan oleh Allah di bumi ini untuk menjadi khalifah kepadanya, menyebabkan mereka lupa bahawa adalah sesuatu perkara yang salah jika kita tidak pergi ke kelas, atau belajar dengan bersungguh2.
c. Oleh sebab itu, jika kita memegang prinsip pertama, perlu disertakan dengan perkara kedua

2. segala apa yang kita lakukan, perlulah berlandas kepada ajaran agama.

Manusia mentakrifkan kejayaan dengan cara yang berbeza. (selalunya berdasarkan apa yang mereka mahukan). Namun, jika kita kaji degan teliti, selalunya mereka memiliki ciri2 yang sama dalam mencapai kejayaan tersebut, dan ciri2 yang mereka miliki mmg terdapat dalam ajaran Islam, sungguhpun mereka kadang-kadang tidak mengetahui apa itu Islam.(orang kafir).

Orang-orang barat lebih maju dari orang Islam kerana kedua-duanya semakin menjauhi agama mereka.

Failing in the past does not mean you are going to fail in the future.

“I’ve missed more than 9000 shots. I’ve lost almost 300 games. I’ve failed & over again in my life. And that why i suceed.”

Michael Jordan

oleh

DR AHMAD SYUKRI JAMALUDDIN

INTERN – SIVUH

Related post(s):
  • Atap Hijau performing at Cork City Council
    Atap Hijau performed at Cork City Council, Ireland 15/05/09 for a ceremony with Cork Mayor and muslim community here in Cork, Ireland. Jazakallah to Atap...
  • Tahajjud Cinta Bersama Atap Hijau
    AtapHijau.com membawakan kepada anda ” Tahajjud Cinta Bersama AtapHijau “ sebuah program Qiyamullail membina Iman Tarikh : 23 October 2009 (Jumaat) Masa : 10.00...

  • Comments (2)

    Menuntut ilmu memang tiada kesudahan,lagi belajar lagi banyak tak tahu.Yang penting jangan mudah berputus asa walaupun diuji dengan kegagalan.

    Kegagalan hari ini adalah untuk kejayaan pada masa depan.

    thanks..

    i love ilmu
    more than other..

    Post a comment

    PPMC
    PPIMI
    puisi
    FUIYO