
SUBUH YANG PENUH DENGAN KESYAHDUAN
Subuh yang syahdu,pagi yang dingin,rasululullah menyelak tabir yang memisahkan diantara bilik aisyah r.ha dengan masjid.sahabat-sahabat sedang bersiap sedia untuk menunaikan solat dimami oleh abu bakr. Baginda melihat sahabatnya satu persatu,baginda tersenyum.sahabat-sahabat merasa gembira sehingga mereka terlupa yang mereka sedang berada didalam soff untuk menunaikan solat.abu bakr berundur dari tempat imam untuk memberi laluan kepada rasulullah,lalu baginda memberi isyarat supaya diteruskan solat dan baginda menutup kembali tabir tersebut.sahabat-sahabat sangat gembira menyangkakan baginda sudah sihat dan menjadi tanda yang rasul kesayangan mereka akan kembali menyertai perjuangan dakwah ini.tetapi jangkaan itu nyata tersalah,allah lebih menyayangi rasulnya dan roh baginda diangkat sebelum masuknya waktu zohor
Baginda memanggil puteri kesayangannya.fatimah datang menemui rasulullah.beliau menangis dan kemudian ketawa.sahabat-sahabat kehairanan.lalu sayyidatina Fatimah menerangkan bahawa beliau menangis kerana baginda akan pergi meninggalkan beliau buat selama-lamanya.kemudian beliau tersenyum kerana rasulullah memberitahu bahawa beliaulah orang pertama yang akan mengikuti baginda menemui Allah.
Sayyidatina Fatimah r.ha juga diberikan khabar gembira bahawa beliaulah wanita yang akan menjadi ketua kepada semua wanita didunia.
Fatimah menyaksikan kesakitan yang ditanggung oleh rasulullah.lalu beliau berkata
“sesungguhnya ayahku berada dalam kesakitan yang dahsyat”.mendengar perkataan Fatimah,baginda menjawab
“ayah tidak akan menderita lagi selepas hari ini”
Baginda meminta dipanggil Hassan dan hussin.datang kedua-dua cucu kesayangan baginda lalu dikucup mereka.baginda menasihatkan supaya mereka dijaga dengan sebaik-baiknya.
Lalu baginda meminta dipanggil isteri-isteri baginda.mereka datang menemui rasulullah dan baginda menasihatkan mereka supaya mengingati Allah.
Sakit baginda semakin teruk disebabkan oleh racun didalam tubuh baginda semakin mengganas.baginda merasakan kesakitan yang dahsyat sehingga baginda berkata kepada aisya r.ha
“aku masih merasakan kesan makanan yang aku makan di khaibar.aku merasakan maut sedang menghampiri aku”
NAFAS YANG TERAKHIR
Ketika kematian semakin mengahampiri nabi,aisyah menandarkan rasulullah ke pangkuannya.abdurrahman bin abu bakr megambil kayu siwak dan diberikan kepada aisyah.lalu aisya melembutkan kayu siwak tersebut dengan giginya.baginda membersihkan gigi baginda sekadar yang termampu.selesai membersihkan mulut,baginda memasukkan tangan baginda ke dalam bekas yang berisi air disisi baginda, lalu disapu ke wajahnya sambil berkata
“tiada tuhan melainkan Allah.sesungguhnya sakaratulmaut itu sungguh menyakitkan”
baginda mengangkat tangan baginda dan mendongak keatas,lalu berkata
“bersama-sama dengan orang-orang yang engkau redhoi,bersama-sama dengan para rasul,bersama-sama dengan para syuhada.wahai Allah,ampunilah aku,kasihanilah aku,dan masukkanlah aku bersama-sama dengan mereka yang diangkat kedudukannya disisiMU”
Baginda mengulangi “masukkanlah aku bersama-sama dengan mereka yang diangkat kedudukannya disisiMu”sebanyak tiga kali lalu baginda meninggalkan ummat ini buat selama-lamanya.
“kepadaNya kita kembali,kepadaNya kita mengharapkan pertolongan dan disisi Allah,destinasi yang kekal abadi”
Baginda meninggalkan umat ini pada pagi hari isnin,12 rabiulawwal,tahun kesebelas hijrah.ketika baginda berumur 63 tahun 4 hari.
Nabi meninggalkan ummat ini dengan dua perkara yang mana kalau kita berpegang dengan kedua-duanya,kita tidak akan tersesat buat selama-lamanya.dua perkara tersebut adalah al-quran dan as-sunnah.baginda tidak meninggalkan dinar dan perak buat ummatnya,tetapi baginda meninggalkan ilmu yang akan menyelamatkan manusia ini daripada api neraka.
Wahai ummah yang lalai,layakkah kita digelar ummah baginda sedangkan kita dengan nyata meninggalkan sunnahnya.kita dengan nyata menentang perjuangan baginda.kita menyanggah kata-kata baginda.kita melakukan pembohongan keatas baginda.kita tidak peduli sedikitpun tentang baginda.mulut kita masih berat untuk berselawat kepada baginda.kita masih malu untuk menegakkan sunnah kononnya telah lapuk dan tidak relevan lagi.
wahai jiwa-jiwa yang berada di bawah kekuasaan Allah,ayuh kita telusuri perjalanan kekasihNya.
Wahai kekasih yang dirindui,sesungguhnya ummah ini merinduimu.
Ya Allah,selawat dan salam keatas baginda,ahli keluarga baginda,sahabat-sahabat radhiallahuanhum,tabi’, tabi’in,dan mereka yang masih berpegang teguh kepada sunnah yang tidak lapuk ditelan zaman.
Waallahaua’lam.
sumber:Arraheequl-makhtum karangan safiurrahman al-mubarakpuri.
Related post(s):Semasa kecil dahulu, seringkali terdengar orang-orang di sekeliling menyebutkan, “kebersihan itu sebahagian daripada iman”, ataupun “sabar itu separuh daripada iman”, tetapi tidak pernah mengerti...





“err,sy rasa undang2 islam dah lapuk la,tak sesuai lagi sekarang”
“mm,kalau wat hudud susah la,nanti habis batu nak wat jalan susah”
“tapiiii,nanti kalau wat hudud,makan sup tangan la kita”
“jubah ngan serban??apa barang..tak maen la pakai camtu skang ni beb..
dan macam2 lagi….
agaknya mana kita nak letak muka depan nabi??
tak cool beb pakai serban dan jubah!!!
orang sekarang pakai songkok beb!! kalo tak pun topi ke snow cap..baru nampak cam hiphop!!
ape kes!! orang zaman sekarang dah maju la…tak main dah belajar agama ni…aku BELAJAR MEDIC BEB!! belajar agama ape la ko jadik sangat..takat ustaz dok pondok jek la!! gua DOCTOR!! pakai white coat jumpa patient beb!! gaji LOADED!
suara2 ini yang sering kita dengar didalam masyarakat kita yang punah ranah. materialistik yang tak teragak2, hedonistik yang terlampau. semua ini penyakit yang kita ada, walhal orang ramai tidak sedar betapa besarnya nikmat islam itu sendiri. Buanglah sifat material dari dalam badan kita, buanglah sifat bongkak dan ego belajar medic di hati kita, buanglah sikap mendabik dada kerana kita pelajar oversea, dont come to ppl and say ‘PPL SHOULD TREAT ME BETTER!!’, but only SAY ‘I AM JUST A SLAVE, THE SLAVE OF THE RABBUL ALAMIN and THE FOLLOWER OF THE TRUTH!!’
Salam wbt. Sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut tentang kisah racun khaibar oleh orang Yahudi dan kewafatan Nabi SAW bolehlah pergi download ceramah Kuliah Pagi Jumaat 16 Rabi Al-Awwal 1420 (13/3/09) dekat Kelantan TV oleh Ustaz Fadhli KIAS. Sangat membantu iA. W’alam.
Owh ya, juga diingatkan dalam meberi komen, ELAKKAN MEMBERI CONTOH YG OBVIOUS (Walaupun tiada nama), kerana yang membaca blog ini pun rakan-rakan kita di Cork ni. Kan tak semena-mena ataphijau dijauhi dan mesej tak sampai..W’alam
I’ll second that!
“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu.” [Ali 'Imran: 159]
i’ll second to the statement as well..susah nk jd orang yg menyeru kepada kebaikan.kita kena ambil kira byk perkara..
nak ty sket kalau sape2 yg tau..pernah dengar cter yg malaikat maut ketuk pintu rumah nabi,pastu fatimah xbg masuk.dan sehingga akhir citer yg nabi ckp ummati tiga kali..ade sape2 kat cni tau kesahihan cter tu tak??sebab ape yg sy pernah dgr cter tu tak sahih.wallahua’lam.harap boleh dibantu sy yg jahil ini..
setuju. tapi lemah lembut x semestinya perlu berlapik sentiasa. ada benda yg perlu ditegur straight. ada yg perlu berkias. itulah hikmah namanya.
lagi2 anak muda skrg yg xberapa nak faham bahasa kiasan mahupun bahasa terang-terangan. yg sedap di telinga shj mahu didengar. contohnya, dalam entry saifulislam.com yg terkini. mungkin both daie and mad’u boleh ambil pengajaran.
wallahua’lam