Atap Hijau Rss

Kisah Cinta Nabi SAW: Siri 1

4

Posted by admin | Posted in Dakwah, Hadith | Posted on 04-03-2009

TIDAK MARAH DENGAN KESILAPAN ISTERI

Setiap manusia tidak lepas dari sebarang kesilapan. Walaupun seseorang itu berhati-hati dalam tindakan pun, kadangkala berlaku juga kesilapan.
Ekoran dari itulah, kita akan dapati Islam meletakkan asas bahawa dimaafkan kepada mereka yang melakukan sebarang kesilapan.

Sabda Nabi SAW;

”Allah tidak mengambil salah dari umatku dikala mereka tersilap, lupa dan dalam keadaan mereka dipaksa

Kesilapan itu kadangkala dilakukan oleh isteri. Kesilapan yang kecil, tidak seharusnya dijadikan modal utama untuk melahirkan pertelagahan antara suami isteri. Lebih-lebih lagi membawa kepada perceraian.

Jika dilihat kepada Nabi SAW, kita akan dapati Nabi SAW tidak menjadikan perkara remeh sebagai penyebab untuk melahirkan masalah antara suami dan isteri.

Keadaan ini dibuktikan dengan hadis riwayat Aisyah R.ha yang berkata;

”Aku dan Rasulullah SAW tidur atas satu hamparan, sedangkan ketika itu aku sedang berhaid. Darah haidku menitis terkena pada hamparan itu, didapati Nabi SAW membasuh tempat titisan tersebut, dan tidak mengalihkan tempat itu, kemudian baginda menunaikan solat di situ. Apabila darahku menitis terkena pakaian baginda, Baginda SAW sendiri membasuh tempat yang kena titisan darah itu, dengan tidak mengalihkan tempat lain, kemudian menunaikan solat dengan pakaian itu

Dari hadis ini, kita akan dapati betapa lunaknya hati Nabi SAW dalam menghadapi kesilapan isterinya yang tidak berhati-hati dengan titisan darah haid, sehinggakan ditempat tidur dan juga pakaian Nabi pun terkena dengan titisan darah itu. Didapati, Baginda SAW tidak bertindak memarahi isterinya atas kesilapan tersebut.

Jika diperhatikan balik pada hadis ini, masakan marah, bahkan nabi SAW sendiri bertindak membersihkan titisan darah haid isterinya itu, walaupun jika dilihat kepada tafsiran oleh sebilangan masyarakat kita, ianya dilihat sebagai ”jijik” atau tindakan orang yang ”takut bini”.

Tindakan Nabi SAW ini perlu dijadikan contoh dan tauladan oleh para suami. Iaitu, hendaklah mengambil sikap memahami dan mengerti keadaan isteri. Sebagai suami, dengan kesilapan kecil sebegini tidak selayaknya dijadikan modal untuk memarahi isteri atau menyingkap kalimah jijik dihadapan isteri.

Jika keadaan ini mampu dilakukan oleh suami, pasti isteri akan merasakan bahawa mereka disantuni suami mereka sendiri, dan sudah pasti perasaan cinta dan mesra kepada suaminya akan bertambah kuat.

Sekian.

Wallahu ’Alam.

(dipetik dari blog Al-Bakistani)

Related post(s):
  • Cinta…Tidak Harus Memiliki
    Kisah 1: Lelaki ini adalah think tank di dalam Perang Khandaq.  Di Madinah, seorang muslimah telah mengambil hatinya… Bukan sebagai kekasih..tetapi sebagai pilihan hati. ...

  • Comments (4)

    Jazakallahukhairan katseera untuk post kali ini. Bermanfaat bagi mereka yang sudah berkeluarga.

    Pemikiran kebanyakan masyarakat melayu yang mana suami balik kerja, terus dok depan TV pastu dok order kuih lah, kopi lah sedangkan isteri dok rumah satu hari kerja kene masak, kemas rumah, jaga anak-anak lagi.

    Pemikiran macam ini yang perlu kita hapuskan bagi membentuk sebuah masyarakat islam yang lebih unggul insyaAllah.

    wah fahmiii….memahami nampak..hihi..btw..nice article.boleh dijd kan tauladan untuk mereka yg sudah@belum berkahwin..

    Jazakallahukhairan katseera untuk post kali ini. Bermanfaat bagi mereka yang sudah berkeluarga.

    Sekadar teguran kepada pengirim artikel dan peringatan pada yang lain, agar berhati-hati dalam memilih image hiasan yang disertakan bersama artikel.

    Sebabnya, kalau kita lihat gambar hiasan di atas, ianya tidak menggambarkan imej seorang wanita Muslim sejati- lebih kepada fesyen pakaian tudung. Contoh: rambut wanita itu nampak, selendangnya sgt nipis kerana masih nampak hidung beliau, wanita ini juga bersolek dan berhias..

    Wallahua’lam

    jazakillah atas teguran saudari sarahibrahim.

    ini satu isu yang sungguh besar bagi mereka yang sudah berumah tangga dan akan berumah tangga. satu konsep kesefahaman yang harus wujud diantara suami dan isteri seperti yang ditunjukkan oleh baginda S.A.W sendiri.

    artikel ini sungguh bagus!!

    Post a comment

    D.I.A