
Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut oleh anak lelakinya yang berusia tujuh tahun di muka pintu.
“Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?”
“Ya, nak tanya apa?”
“Berapa pendapatan ayah sejam?”
“Itu bukan urusan kamu. Buat apa nak sibuk tanya?”
“Amin saja nak tahu ayah. Tolonglah bagi tahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?”
“20 ringgit sejam.”
“Oh…” kata si anak sambil tunduk menekur lantai. Kemudian memandang wajah ayahnya semula sambil bertanya;
“Ayah….boleh tak Amin pinjam sepuluh ringgit daripada ayah?”
Si ayah menjadi berang dan berkata;
“Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa sampai mintak sepuluh ringgit? Nak beli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan untuk buang duit sebarangan. Sekarang pergi balik ke bilik dan tidur, dah lewat dah ni.”
Kanak-kanak tujuh tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke biliknya. Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yang kecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini. Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan membuka pintu.
Didapati anaknya masih belum tidur.
“Kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah sepuluh ringgit ini,” kata si ayah. Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang.
“Terima kasih banyak ayah,” katanya begitu gembira. Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping not sepuluh ringgit yang sudah renyuk.
Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang.
“Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dari mana kamu dapat duit di bawah bantal tu?” Jerkah si ayah.
Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya.
“Duit ini Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri setiap hari. Amin minta lagi 10 ringgit sebab duit yang Amin ada sekarang tak cukup,” jawab si anak perlahan.
“Tak cukup untuk beli apa?” soal balik si ayah.
“Ayah, sekarang Amin sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah. Amin nak makan malam bersama ayah,” jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya. Baru si ayah benar-benar faham maksud anaknya itu.
Selepas mendengar penjelasan anaknya, si Ayah terus mendakap anaknya dengan penuh kasih-sayang dan bersalah kerana membiarkan anaknya diabaikan.
Moral
Kadangkala kita terlampau sibuk sehingga mengabaikan insan tersayang yang dahagakan kasih sayang dan perhatian kita. Oleh itu, luangkan sedikit waktu untuk bersama mereka
Atap Hijau Moral
Sedang kita sibuk, ada perkara yang lebih penting yang kita terlepas. Maka peringatlah antara kita satu sama lain
Tribute to http://ukhwahfillah.wordpress.com/
Related post(s):Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi. Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disegani oleh kaum lelaki dan kaum...
Nilai Sebuah Tangisan Air mata ibarat butiran mutiara yang sangat cantik. Namun kecantikan itu hanya terjelma dari sebuah kesedihan dan keluluhan hati. Kesedihan membuahkan...





a very good article..great lessons with thousands memorable values…
a short yet sweet article..sangat tinggi dengan moral values~~jzkk!
beshhh2..menyentuh perasaan..cerdas tol otak budak amin nihhh..nnti anak aku kener bg namer amin gak laaa….aminnnnnnn…
huhu..cedey..artikel ni btul2 berkesan di jiwa..berhikmahny cara amin memperingatkn ayahny..
um..bgus artikel ni..
mendalam sgguh iktibarnya…
memang betul..itulah kita… manusia yang sering lupa
sebagai peringatan bg mereka yang ingin berumah tangga dan sudah berumahtangga
MasyaAllah..aku ingat amin saiful azhar dah tadie..hehehe..gurau amin..jzkk kepada orang yang menaikkan article nie..sangat tinggi nilai kemanusiaan yang ada dalam nie..Aku berazam ingin menjadi abah yang baik kepada keluarga..amin!!!
sesuai artikel ni utk acap dan abg nye lagi2 sesuai.
hehe… salam ziarah.
ana wat essei english spm dulu berdasarkan citer ni. sapa ingat spm ‘04 essei tu nk kita end dgn ‘i have never laugh like this before in my life’ (lbh kurang camtu la bunyinya). tp citer pjg lg la.
anyway citer ni mmg menyentuh hati. mula2 baca citer ni kt mana ntah, rasa cam nak nangis pon ada, terharu huhu T_T
hihi. jazakallahukhairan akhi pisunk krn sudi menziarahi blog yang x seberapa ini. Kadang2 kita sibuk dengan apa yang kita buat kadang2 kita lupa orang2 yang penting di sekeliling kita. Maaf ye uwais dan mamanya
sedih bace cter ni..fahmi,nanti suh uwais up sket duet utk dinner..hehe..
bijak tul budak ni ek..nice story!
salam. beautiful story. meaningful indeed. buy his father’s time innocently. something to keep in mind for our loved ones.
sedih2,,,baca cerita ni sebagai peringatan setiap masa untuk menggunakan masa kita itu dengan sebaiknya, ingatlah setiap masa kita itu ada hak orang lain pula…
sedeyh la cite ni… sgt bermakne~
salam..1st time singgah di blog ni..sedey lah cerita ni but bagus as a reminder to all of us..
keep on sharing ye…