Posted by fairuz_azmi83 | Posted in Pengumuman | Posted on 20-05-2008
Assalamualaikum semua
Kami di The Chimes ingin mengajak kawan2 semua yang punya masa untuk hadir ke program DID di Dublin (31 Mei – 16 Jun).
Sila dengar rakaman audio program DID tahun di sini
Anda juga boleh menonton slot tahun lepas di sini

Format DID
Insya Allah, DID kali ini akan membawakan format yang sama seperti tahun-tahun sebelumya. Pengajian kitab akan dijalankan setiap hari, merangkumi aspek tauhid, fiqh, tasawuf, tafsir al-Quran dan hadith. Untuk rakaman DID tahun lepas, boleh ke SINI .
.
Program di hujung minggu
Pada setiap hujung minggu, DID akan diadakan di lokasi berlainan untuk memberikan variasi serta memenuhi permintaan mereka yang tinggal di dalam mahupun di luar Dublin. Susulan itu, bagi mereka yang berminat untuk membuat majlis aqiqah, maulid, mahupun doa selamat, bolehlah berhubung dengan penganjur secepat mungkin. Insya Allah update terkini akan dimaklumkan kepada semua.
.
Yuran penyertaan
.
Bagi keseluruhan 2 minggu program DID, yuran sebanyak €25 sahaja dikenakan bagi menampung kos fotostat bahan pengajian, serta refreshment. Bagi mereka yang tidak dapat mengikuti DID secara penuh, bayaran adalah terpulang mengikut kesanggupan serta kelapangan masing-masing
Bagi mereka dari luar Dublin pula, penginapan khas tidak disediakan.
Semoga Allah s.w.t mempermudahkan perjalanan DID pada tahun ini. Marilah kita memanfaatkan sepenuhnya majlis ilmu bersama para ulama’, demi mencari syifa’ buat pedoman dan ketenangan hati dalam kebobrokan dunia hari ini. Allahu Subhanahu waTa’ala A’lam…
tawfiqan,
wassalamualaikum warahmatullah
No related posts.




