Atap Hijau Rss

WOW 2008

0

Posted by fairuz_azmi83 | Posted in Pengumuman | Posted on 18-05-2008

Assalamualaikum semua. Ini ada berita gembira especially kepada kawan2 yang ada adik/sepupu/kawan2 yang akan ke oversea tahun ini . Ada peluang menarik . Untuk maklumat lanjut, lawat IluvIslam

Kelahiran Anak ke-2 iLuvislam Dot Com
www.iLuvislam.com

oleh: ImKoyube


Alhamdulillah, setelah kami berjaya menganjurkan program
anak sulung ; iLuvislam Goes To Glasgow(IGTG) pada Disember 2007, ramai sahabat dan pengunjung website ini yang meng-usulkan pelbagai aktiviti lain.

Beberapa aktiviti dirancang mengikut kemampuan pihak iLuvislam. Memandangkan kebanyakan daripada kami adalah pelajar luar negara di UK & Ireland, maka insyaAllah sempena cuti penggal bermula Julai-Sepetember ini, kebanyakan dari kami akan pulang ke tanah air. Selain bekerjasama dengan ISAC Studio untuk program KEM Eksplorasi Minda 2008, insyaAllah iLuvislam akan memanfaatkan kebanyakan tenaga kerja yang ada untuk menganjurkan program terbaru; Wonderful Overseas Weekend @ WOW 2008; khas untuk adik-adik yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara tahun ini.

InsyaAllah ia akan diadakan pada 1-3 Ogos 2008 di Bukit Cerakah, Shah Alam. Di samping dapat berkongsi pelbagai ilmu dan pengalaman untuk membantu persediaan kalian, pelbagai aktiviti menarik termasuk aktiviti outdoor turut disediakan. Penyertaan WOW 2008 dibuka kepada semua adik-adik yang akan ke luar negara; tidak terhad kepada kolej persediaan tertentu dan kursus pengajian tertentu. InsyaAllah melalui cara ini, anda dapat berkenal-kenalan dengan sahabat-sahabat baru yang mungkin bakal meneruskan pengajian di universiti yang sama dengan anda !!

Menariknya, walaupun anda akan menginap di chalet, anda hanya perlu membayar yuran yang sangat minima iaitu RM 35 sahaja! Kami hanya membuka penyertaan kepada 80 orang peserta. Keutamaan akan diberikan kepada adik-adik yang akan ke UK & Ireland.

Semasa menuntut di KYUEM, kami telah mempunyai pengalaman bekerjasama dengan sebuah syarikat perundingan, KRIM Enterprise. InsyaAllah iLuvislam akan bekerjasama dengan KRIM dalam beberapa aspek pengurusan terutamanya dalam menyediakan speakers. Setakat ini, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (saifulislam.com) telah memberi kata putus untuk menjadi salah seorang speaker WOW 2008.

Info Menarik Mengenai WOW 2008

  • Bukan hanya disertai oleh pelajar sesetengah kolej persediaan atau sesetengah bidang pengajian

  • Tinggal di chalet tetapi hanya perlu membayar RM 35!!
  • Melibatkan aktiviti-aktiviti outdoor
  • Hanya 80 tempat disediakan untuk pendaftaran



Bagi pertanyaan lanjut mengenai WOW 2008, anda boleh email-kan soalan kepada:

Muslimin: mat_ubi[at]yahoo[dot]com | Muslimat: wan_diana09[at]yahoo[dot]com

http://www.iluvislam.com/projects/admin/juden.jpg http://www.iluvislam.com/projects/admin/dee.jpg
abang & kakak admin iLuvislam yang boleh dihubungi


Bagi pendaftaran pula, sila rujuk poster di atas. Dan dapatkan borang pendaftaran. KLIK SINI.

Jangan lepaskan peluang ini..Mari mendaftar sekarang juga!!

Related post(s):
  • Cork Games 2009 datang lagi!!
    CORK games datang lagi UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG PENDAFTARAN DAN SEBAGAINYA SILA HUBUNGI Muhammad Yusuf Shaharuddin +353851594986 Hidayah Hamdi +353857727380 ...

  • Post a comment

    FUIYO
    PPIMI