Adalah seorang hamba Allah ni , dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan.Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi….aauuummmmm!!!!!…. bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi harimau yg lapar tu menunggunya.
![]() |
![]() |
![]() |
Si hamba ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri. sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir cam ner nak selamat tetiba dengar bunyi kocakkan air di bawah perigi. Aaaaa!!!!…Ya Allah…..lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. Lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi. naik ke atas ikut tali yg hamba allah tu bergayut. sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh….camner ni.
Pastu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Dia naik mengikut tali tadi, cit!cit!cit!cit! Sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu.
“Cis,lagi satu . Macam aku nak buat ni…. habislah jadi mangsa buaya.”
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya.
“Macam mana nih…”
Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba … terdengar satu bunyi….uuuuuuuuuuuuu…Bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si Hamba Allah ni tadi.
Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata,
“Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedapmadu ni.”
Kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yang menantinya di bawah.
Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah kita semua.
Harimau yang mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah.
2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat si hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
Tikus putih dan hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yg sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali.
Madu yang jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah memang sentiasa ingat.
Tribute to iluvislam.com
No related posts.







walaupun tak logik cerita ni
tapi apa yang cuba disampaikan memang terkena batang hidung
minta sahabat2 lain ingatkan ana kalau ana terlupa
cerita yang sangat sadis isinya…
menarik untuk difikirkan
jika dibuat analogi seperti di atas
nampak sungguh berkesan sekali cerita dan analogi
tapi kalau nak dibandingkan dengan kehidupan sekarang ini,,, macam mana aplikasinya kesedaran akan ‘tikus-tikus’ hitam dan putih yang sentiasa mengikis masa kita hidup di dunia ini…?…
mendekat mati, hati mati?
atau dunia kini tidak lagi berani
mendongakkan wajah kerna janji
setia manusia tidak tepati…
kepada Ilahi
kpd ameen.sy stuju ngan anda..citer ni pelik n x logik n sgt2 mengarut..hehe..sory tuan pengarang..jgn marah ek..tp mesej yg sgt2 bagus..tp kan,kalu selalu pk psl mati ni seram jugak..kalau munkar nakir stakat cam buaye xksah..tp mungkar nakir lagi dahsyat nak mati..huuuu..seram woo.sekali kena sebat xdapet nak dtolong lagi dah..kalu boleh tkr ngn kena makan ngan buaya pun kt lg sanggup kot..tp tu la kenyataan yg kena diyakini..kt akan mati dan akan jumpa munkar nakir.so, bersiaplah anda sblum anda disiapkan oleh munkar nakir..semoga sy boleh istiqomah dalam deen ini sbb sy yg tulis comment ni.semoga kt sume diberi hidayah oleh Allah insyaallah…
Ya.. Allah dengan berkat Nabi-Mu dan berkat guruku
Luruskanlah hatiku, agar agamaku lurus
Betulkanlah hatiku, agar ku ikhlas selalu
Tetapkanlah hatiku, agar ku tak tergugat
Dengan ujian yang menimpa
Ya.. Allah, Tuhan yang mencipta hati
Bersihkanlah hatiku, agar mazmumahku
Tidak merosakkan agamaku
Dan juga tidak merosakkan kehidupan orang lain
Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati
Kuatkanlah hatiku
Agar keyakinanku tak berubah
Supaya aku sentiasa tabah
Tuhan, Engkau rasakanlah hatiku
Sentiasa bersama-Mu
Supaya aku rasa, ada kawan melindungku
Agar aku tak rasa sepi di dalam hidupku
Aku merasa malu melanggar perintah
Dan aku sentiasa siap siaga menunaikan suruhan-Mu
Ya… Allah, Tuhan yang menjaga hati
Baikilah hatiku, agar seluruh hidupku menjadi baik
Supaya tidak khianat, dan tidak hasad dan tidak berdendam sesama manusia
Tuhan, limpahkan kedalam hatiku
Ilmu dan hikmah
Hingga aku dapat menyuluh hati dan menyuluh kehidupanku
Supaya lahir batinku bersyariat
Agar lahir batinku menjadi taat
Tuhan aku harap Engkau kabulkanlah doaku ini.