Posted by admin | Posted in Perbincangan | Posted on 02-04-2008

Kite mesti menyedari, dalam menghuraikan nama-nama al asma’ ul husna, kite mesti menghuraikannya menggunakan ilmu bahasa arab. Di mana ilmu bahasa arab bukan sahaja merangkumi ilmu Qawaid yakni nahu dan sorf, malah meliputi juga ilmu balaghah yg memayungi ilmu istia’rah, bayan, ma’ani, badi’ dan ilmu adab arabi iaitu ilmu sastera arab yang menghuraikan bagaimana penggunaan kalimah-kalimah arab. Di sana terdapat perkataan musyakalah yakni perkataan yang sama digunakan oleh orang ramai untuk memberi kefahaman kepada orang ramai tentang kehebatan al asma’ ul husna dengan huraian yang jelas dan nyata. Dalam al asma’ ul husna, terdapat perkatan yang hanya boleh digunakan oleh Allah sahaja dan tidak boleh bagi manusia iaitu ‘Allah’ yang membawa maksud Dia sahaja Tuhan dan ‘malikul mulk’ yang membawa maksud raja segala raja. Maka, kita tidak boleh memanggil individu itu sebagai Allah bagi singkatan Abdullah melainkan menyebutnya secara penuh yakni Abdullah membawa maksud hamba Alah. Namun terdapat juga perkataan yang digunakan untuk Allah dan juga boleh digunakan oleh manusia seperti perkatan ‘Rahim’ dan ‘Karim’ yang membawa maksud penyayang dan pemurah. Maka kita boleh memanggil individu itu sebagai Rahim yakni penyayang dan sebagainya tanpa menyebut penuh namanya sebagai Abdul Rahim etc. Ini dibenarkan dalam keadaan kita menyedari bahawa pemurah Allah, penyayang Allah tidak sama dengan pemurah dan penyayangnya makhluk. Selain itu, dalam al asma’ ul husna terdapat juga perkataan yang jika diletak pada Allah akan memberi makna yang baik dan terpuji, tetapi akan memberi makna yang buruk jika diletak pada makhluk. Sebagai contoh, al mutakabir yakni dari perkatan takbur yang membawa maksud sifat membesarkan diri sendiri di mana jika diletakkan pada Allah adalah baik kerana keagunganNya dan ini menjadi hak Allah, namun jika diletakkan pada makhluk akan menjadi buruk. Begitu juga al jabbar yag bermaksud menggunakan kekerasan untuk mengalahkan musuhnya dan jika diterjemahkan dalam bahasa kita bermakna samseng tetapi jika diletak pada Allah bermakna yang baik, kepujian dan teragung. Terdapat juga perkataan yang hanya boleh digunakan oleh manusia dan tidak boleh digunakan oleh Allah seperti perkataan zalim. Manusia boleh dipanggil maha zalim namun tidak sesekali pada Allah yakni itu adalah salah satu sifat mustahil bagi Allah.
menjawab soalan yulianti, Arif Habiburrahman Fatah bermaksud yang tahu kesayangan ar Rahman yang membuka jalan, kemenangan. mengikut pendapat salah seorang dari kami yg mendalami bahasa arab, mengatakan, nama tersebut mmg tidak salah untuk diletakkan, cumanya ia salah dari segi nahu(grammar), mungkin tiada salah dari syariah. sama dengan Nazwa NurAzzizah Fatah harap ia menjawab soalan yulianti. mungkin sedikit nasihat, rujuk orang2 yg mempunyai ilmu dalam bahasa arab, agar nama lebih tepat dalam konteks bahasa arabnya. wallahualam
LUTFAN ISMAIL = mufti 2nd year UCC
Related post(s):