Posted by fairuz_azmi83 | Posted in Uncategorized | Posted on 11-03-2008
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Ini kira first time saya tulis di blog ni. Saya bukanlah terer sangat bab-bab menulis ni tapi tergerak hati nak menulis tentang beberapa perkara selepas demam pilihanraya yang lalu.
Bila saya bukak topik politik di kalangan kawan-kawan, saya terima pelbagai respons .. ada yg semangat nak sembang sampai nak tido pon dah tak jadi, ada yg terus ubah topik dan ada yg menunjukkan reaksi yang negatif dan mengaitkan politik ini sebagai ‘kotor’.Apa-apa pun respons yang saya terima, saya sudahpun ada pemikiran saya sendiri terhadap politik dan cuma berharap dengan berbincang dengan member-member dapatla memperkembangkan lagi pemikiran saya ini supaya lebih open minded .. tak sempit ..
InsyaAllah saya akan cuba kupas tajuk ini dengan pelbagai aspek tapi kali ni saya nak sentuh kaitan politik dengan aqidah. Saya yakin ramai yg membaca entry saya ni sure dah faham apa yg akan saya sampaikan tapi mungkin masih ramai yg blank .. eh .. macam mana plak politik bleh kait ngan aqidah?
Read the rest of this entry »
Posted by admin | Posted in Uncategorized | Posted on 10-03-2008
PRU 12: Mengejutkan, Amat Mengejutkan !!
www.iLuvislam.com
oleh: ImKoyube
|
|

BN
|

Pas
|

DAP
|

PKR
|

Bebas
|

PRM
|

Snap
|

Bersekutu
|
Keputusan Pilihanraya Umum ke-12 (PRU 12) yang berlangsung semalam amat mengejutkan dimana pihak pembangkang berjaya merampas 4 negeri iaitu Kedah,Pulau Pinang,Selangor dan Perak serta merampas sebuah Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur. Selain itu, pihak pembangkang berjaya mengekalkan Kelantan dengan majoriti yang luar biasa.
Posted by admin | Posted in Uncategorized | Posted on 04-03-2008
Hukum melibatkan diri di dalam pilihan raya
Solan Fiqh : Saya ingin bertanya pendapat Hizbut Tahrir tentang proses pengundian atau pilihan raya dalam sistem demokrasi, kerana banyak khabar angin yang saya dengar bahawa Hizbut Tahrir mengharamkannya, adakah ianya benar? Untuk mengelak kekeliruan saya meminta Hizbut Tahrir menjelaskan secara terbuka tentang masalah ini.
Jawapan Kami
Pada 8hb Mac ini, rakyat Malaysia akan keluar mengundi. Dalam kesibukan pilihan raya ini, timbullah di kalangan kaum Muslimin di Malaysia pelbagai pandangan mengenai urusan ini. Fatwa dan pandangan terdengar di sana-sini mengenai pilihan raya dan hukum melibatkan diri dengannya. Ada yang mewajibkannya, dengan menggunakan pelbagai dalil bagi menggalakkan rakyat untuk keluar mengundi dan ada yang mengharamkannya kerana mengikut dakwaan mereka perkara ini tidak pernah ada pada zaman Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam. Bagi menjawab persoalan mengenai hukum melibatkan diri dengan proses pilihan raya, kami akan membawa/menjelaskan realiti pilihan raya itu sendiri yakni pilihan raya yang diamalkan dalam sistem demokrasi sekarang ini dan seterusnya menjelaskan dalil-dalil syarak mengenainya.
Adapun hukum asal pilihan raya dalam Islam adalah mubah (harus). Ini kerana ‘pilihan raya’ (intikhab) yang dijalankan dalam Islam, sebagaimana yang berlaku pada zaman Rasulullah hanyalah (bertujuan) untuk memilih wakil bagi mewakili kaum masing-masing (waktu itu Aus dan Khazraj), manakala pada zaman Khulafa’ Rasyidin, intikhab dilakukan untuk memilih Khalifah itu sendiri dan juga untuk memilih wakil dalam Majlis Syura (Majlis Umat). Perlu difahami dan dibezakan di sini fungsi Majlis Ummat adalah untuk muhasabah pemimpin dan musyawarah antara mereka serta memberi masukan/input kepada pemerintah. Majlis Syura ini bukannya majlis untuk membuat/menggubal undang-undang atau merubah undang-undang. Ia berbeza sama sekali dengan realiti pilihan raya yang ada dalam sistem demokrasi sekarang. Read the rest of this entry »
Posted by admin | Posted in Uncategorized | Posted on 04-03-2008
ana terfikir tentang perkara ini. mungkin ada pihak yg berfikiran demikian. ana ingin meminta pendapat antum tentang perkara ini
berikut adalah perkara yang ana fikirkan apabila soalan ini ditanya dalam hati ana
adakah dikira berdakwah jika kita tinggalkan elemen nahi mungkar?
jika kita mahu kejar khilafah..maka kita tinggalkan politik dan biar sahaja kemungkaran berlaku? biar sahaja rakan2 ku yang sedang bermandi-mandian dengan dunia itu dan aku cuma melihat mereka?
adakah kita mahu menjadi seperti di pakistan sekarang? semua ulamak sibuk menjaga sekolah mereka hingga biarkan pemerintahan di tadbir oleh orang yg tidak ketahui agama?
jika kita bermati-matian cuba menghalang kemungkaran..maka kita tinggalkan dakwah?
Siapakah yang layak dalam dunia ini yang menentukan acuan hidup? takkan sekadar 2 atau 3 orang ustaz? atau pendapat jumuk ulamak2?
apakah caranya untuk kita melarikan diri dari jenayah ilmu dari guru?
sedang ana berbual dengan rais, ana ingin berkongsi akan satu perkara yang ana belajar.
‘ppl who teach you have the ability to mold your akidah and your tauhid’ be ware of ppl who thought u
persoalan dihati ana, siapakah yang layak untuk membentuk akidah kita?
harap rakan2 dapat memberitahu
Posted by admin | Posted in Uncategorized | Posted on 03-03-2008
Berapa kali aku kata aku bukan belajar di London ! Aku belajar di Swansea , di salah satu tempat di Wales !
‘ Aku dah bilang kat hang banyak kali dah! Kalau pergi London tu jangan buat perangai tak elok! Jangan malukan mak ayah! Kau pergi sana untuk belajar. Bukan untuk jadi pendakwah!’
Swansea ayah, Swansea ! Bentak hatiku. Aku tak mengerti mengapa semua orang Malaysia menganggap jika belajar di UK itu maksudnya adalah belajar di London.
‘ Tak mengapa Sham, aku dok belajar di Ireland ni pun mak aku kata aku belajar di London.’ Teringat kata-kata Izzul, teman serumahku di saat kami berbual.
Aku mengeluh di saat gagang telefon belum ditutup. Ayah masih meneruskan ceramahnya yang panjang lebar. Terasa bingit apabila suara garaunya menembusi gegendang telingaku.
‘ Aku dah bilang kat hang, dok London tu belajar. Buat apa nak enjoy-enjoy sangat. Bukan senang nak pergi overseas itu, tahu? Semua orang kampong ni tahu yang anak ayah pergi London . Mana aku nak letak muka jika kau balik tak bawak apa2 selain bini kau tu je?’
Read the rest of this entry »
Posted by admin | Posted in Uncategorized | Posted on 03-03-2008

KITA BERTANYA: KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan,”Kami telah beriman.”(“I am full of faith to Allah”)sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
Read the rest of this entry »
Posted by kalam hamba | Posted in Uncategorized | Posted on 03-03-2008
Kita berkewajipan menasihati & membetulkannya. Rasulullah saw telah bersabda maksudnya “Sesungguhnya sebesar-besar jihad adalah memperkatakan sesuatu kalimah yang adil di hadapan pemerintah yang zalim.” (Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Ibnu Majah dari Abi Sa’id al-Khudri secara marfu’) dan ditambah: “sehingga kamu memalingkan mereka ke arah kebenaran dengan kekerasan.”
Gejala-gejala penyelewangan di dalam negara Islam adalah seperti ketuanya zalim @ fasiq @ menggunakan pegawai-pegawai yang tidak layak di dalam pentadbiran agensinya, atau orang-orang yang bukan Islam serta tidak ada iltizam yang sempurna dalam melaksanakan syariat Islam di dalam atau luar negeri.
Read the rest of this entry »