Atap Hijau Rss

Mari Bertaranum 1 – Lagu Bayati

0

Posted by admin | Posted in Uncategorized | Posted on 15-03-2008

Dengarkan dendangan Lagu Bayati oleh Imam Syukri Bachok

Maaf Atas Keterlanjuran

0

Posted by admin | Posted in Uncategorized | Posted on 15-03-2008

assalamualaikum

ana merupakan moderator yg masih belajar dan juga masih berfikir dan memerlukan pelbagai pengalaman dalam menguruskan website. Jikalau terdapat kesalahan dalam pengurusan saya, diharapkan antum semua dpt address kan perkara tersebut didalam post ini.

terima kasih kepada lutfan kerana menegur kesilapan besar ana. jikalau terdapat apa perkara berbangkit, bole lah menghantar komen terus ke ana didalam post ini ataupun menghantar email kpd ana. wallahualam

Semoga berjaya sahabat-sahabatku

1

Posted by fairuz_azmi83 | Posted in Uncategorized | Posted on 15-03-2008

Assalamualaikum

Sudah tiba musim peperiksaan .. saya akan ada exam final lagi 5 minggu .. dan dikhabarkan sahabat-sahabat first years and second years juga akan ber’imtihan’ next week .. saya mewakili sahabat-sahabat di rumah Maxol dan the Chimes ingin mengucapkan selamat berjaya kepada semua yang akan menghadapi exam this coming week … semoga mendapat keputusan yg terbaik ..

Ingatlah tujuan hidup kita di dunia ini .. letakkanlah Allah di hadapan kerana dengan niat dan matlamat yg jelas ia akan memberi motivasi yg lebih hebat kepada kita untuk terus tekun belajar .. ingatlah mak ayah di tanah air yang sentiasa mengharapkan yg terbaik .. ingat tanggungjawab yg telah diberikan oleh penaja dengan bayaran ratusan ribu .. jgn lupa harapan guru-guru .. semoga semua ini memberi kita kekuatan untuk menjadi muslim contoh

Selamat berimtihan !

p/s jika memerlukan pertolongan apa-apa, silalah hubungi kami, insyaAllah akan cuba bantu setakat yang mampu ..

MU’MIN sebagai CERMIN SAUDARANYA

4

Posted by admin | Posted in Uncategorized | Posted on 14-03-2008

Sabda Rasulullah S.A.W: Apabila
kamu melihat kemungkaran, maka cegahlahnya dengan dengan tangan (kuasa), jika kamu tidak berdaya, maka cegahlahnya pula dengan lidah, jikalau itu juga kamu tidak berdaya, maka cegahlahnya dengan hati, dah demikian itulah selemah-lemah iman.

Sabda Rasulullah S.A.W: Seorang yang beriman itu adalah cermin bagi saudaranya.

Mencegah kemungkaran itu adalah satu perkara yang penting untuk umat islam, cuba anda bayangkan, jika setiap orang islam memikirkan bahawasanya kemungkaran hanya boleh dicegah dengan undang-undang dan kuasa, bagi yang tidak berdaya, maka mereka hanya berdiam diri menunggu pihak berkuasa untuk mencegahnya, itupun kalau pihak yang berkuasa perasan dan sedar itu adalah kemungkaran berlaku. Sudah tentu, perkara yang kecil tidak dapat dilihat oleh mereka.

Ada satu kisah tentang perkara ini (mungkin cerita ini popular dikalangan anda, mungkin cerita ini diolah tetapi masih di dalam linkungan mesej yang ingin disampaikan), pada zaman dahulu ada seorang pemerintah memerintahkan kerajaannya untuk menggali satu kolam kosong yang besar, dan memerintahkan setiap seorang daripada rakyatnya untuk mengisi segelas susu dan waktu yang diberikan untuk mengisi susu ke dalam kolam tersebut hanya pada waktu tengah malam gelap. Diharamkan sama sekali untuk rakyat-rakyat untuk pergi mengisi susu pada siang hari. Read the rest of this entry »

Pengisian Tajwid II – Idzhar Mutlaq

6

Posted by xfahmix | Posted in Uncategorized | Posted on 13-03-2008

InsyaAllah saya cuba kupaskan sedikit mengenai hukum tajwid Izhar Mutlaq. Apabila huruf nun mati (sukun) bertemu dengan huruf Idgham di dalam satu kalimah, bacaannya wajib di idzharkan iaitu dibaca dengan jelas tanpa dengung.

Ini dinamakan Idzhar Mutlaq kerana hukum ini tidak dikaitkan dengan Idzhar yang berasal dari makhraj yang lain iaitu dengan Halqi (makhraj dari halqum – Idzhar Halqi) atau syafah (makhraj dari bibir mulut – Idzhar Syafawi).

Terdapat hanya empat kalimah untuk hukum Idzhar Mutlaq ini di dalam Al-Quran iaitu:

Izhar Mutlak

Contoh bacaaan di dalam Al-Quran:

Izhar Mutlak

Minta diperbetulkan jika terdapat kesalahan insyaAllah.

Rujukan: Tajwid Al-Quran oleh Haji ‘Abdul Qadir Leong

lelaki yang ditarik perempuan ke neraka

16

Posted by admin | Posted in Uncategorized | Posted on 12-03-2008

Ayah
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.

Suami
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram dan apabila suami mendiam diri. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.
Read the rest of this entry »

Aqidah dan Politik

27

Posted by fairuz_azmi83 | Posted in Uncategorized | Posted on 11-03-2008

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Ini kira first time saya tulis di blog ni. Saya bukanlah terer sangat bab-bab menulis ni tapi tergerak hati nak menulis tentang beberapa perkara selepas demam pilihanraya yang lalu.

Bila saya bukak topik politik di kalangan kawan-kawan, saya terima pelbagai respons .. ada yg semangat nak sembang sampai nak tido pon dah tak jadi, ada yg terus ubah topik dan ada yg menunjukkan reaksi yang negatif dan mengaitkan politik ini sebagai ‘kotor’.Apa-apa pun respons yang saya terima, saya sudahpun ada pemikiran saya sendiri terhadap politik dan cuma berharap dengan berbincang dengan member-member dapatla memperkembangkan lagi pemikiran saya ini supaya lebih open minded .. tak sempit ..

InsyaAllah saya akan cuba kupas tajuk ini dengan pelbagai aspek tapi kali ni saya nak sentuh kaitan politik dengan aqidah. Saya yakin ramai yg membaca entry saya ni sure dah faham apa yg akan saya sampaikan tapi mungkin masih ramai yg blank .. eh .. macam mana plak politik bleh kait ngan aqidah?

Read the rest of this entry »

youtube AJataphijau
Ataphijau Facebook Group