Atap Hijau Rss

Warkah ‘Hari Jadi’ Untuk Rasulullah

8

Posted by fairuz_azmi83 | Posted in Uncategorized | Posted on 23-03-2008

Assalamualaikum

Saya ambil artikel ini daripada Iluvislam.com. A very touching writing. Saya sarankan semua pembaca menghayati setiap bibit tulisan tersebut. Saya juga ingin mengajak sahabat-sahabat semua mengunjungi laman web www.iluvislam.com untuk mendapatkan pelbagai sumber ilmu, inspirasi, cerita-cerita dan banyak lagi. Semoga ilmu dan iman bertambah hendaknya.

Sila layari link ini untuk terus ke artikel : http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=941

 

Warkah “Hari Jadi” untuk Rasulullah
www.iLuvislam.com
oleh:santapanrohani

sebenarnya aku tidak tahu bagaimana hendak ku luahkan perasaanku ini
kerana itulah aku memilih untuk menulis surat kepadamu
walaupun aku tahu ia tak kan smpai kepadamu
tapi cukuplah untuk mengubat krnduan hatiku ini

suatu ketika dahulu
aku bukanlah seperti aku yang sekarang jarang sekali menghargai maulidur rasul
apatah lagi mengingatimu dengan penuh rasa kerinduan

namun…
aku yang sekarang cukup berbeza .
aku banayk menangis kerana-mu ya rasulullah
ya Allah…aku cukup merinduinya …

sebak sungguh hati ini bila mendengar sirah hidup
kisah para sahabatmu
terasa seperti engkau ada bersamaku ketika itu
sama-sama mendengar kisah-kisah tersebut diceritakan
namun apabila aku menoleh
jasadmu tiada disisiku

bertambah sebak hatiku
bertambah rasa rinduku padamu
bertambah kasih-ku padamu wahai kekasih Allah

ya Allah….
jarang sekali air mata ini mengalir suatu ketika dahulu dek perkara2 seperti ini….
jarang sekali hati ini berasa sebak kerana perkara-perkara seperti ini
jarang skali nafsuku tewas oleh perkara-perkara seperti ini ..
jarang sekali akalku berfikir akan perkara-perkara seperti ini..
andai engkau berada dihadapanku ketika ini…
akanku peluk dan dakap dirimu…
serta menangis dalam dakapanmu….

inginku menatap wajah dan senyumanmu…
dan berjalan-jalan bersamamu..
alangkah indahnya saat itu ….
tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata
bagaimana perasaanku ketika itu

namun aku sedar …
aku berada di akhir zaman…
telah lama engkau tiada dan telah lama meninggalkan daku
namun
engkau ingatan dan kerinduanku kepadamu tidak akan pudar…
aku brdoa agar aku sentiasa..
memanfaatkan 2 hadiah terbesar mu yg engkau tinggalkan kepadaku..
semoga Al-Quran dan Sunnah menjadi penyuluh hidupku
bagi menempuhi dunia yg penuh dengan kegelapan ini..
supaya aku dapat bertemu dirimu diakhirat kelak
dalam keadaan aku tersenyum
dan engkau mmbalas senyuman itu
oh indahnya

bantulah aku…
golongkanlah aku dalam golongan yang akan menerima syafaat darimu
kerana aku tahu…amalanku tidak mampu utk menjamin ku diakhirat kelak
krn terlalu sedikit…

alangkah beruntungnya aku
jika dapat mengecapi nikmat ini lebih awal
dari dulu lagi…tapi…
aku amat bersyukur kepada Allah rabbulalamin krn mmilih ku utk tersedar dari lamunan dunia dan tidak dihanyutkan terus sehingga tenggelam
akan ku manfaat kan sepenuhnya nikmat “kesedaran” ini
dan brusaha menjadi mukmin yg sempurna dan berjaya di dunia dan akhirat
terima kasih ya Allah

akhir kata….
semoga aku mati dalam iman yang sempurna
dan berjaya mengucap dua kalimah shahadah dengan terang dan jelas
serta ditempatkan bersama para sahabat di akhirat dan di syurga nnti
….amiiiinnn…..

salam rindu dan sayang dariku

Related post(s):
  • Penuhi MaSA MudA uNtUK KebahAgiAan MaSA TUa
    ‘Assalamualaikum sedare,cukup-cukup la wat keje macam nih sedare,tak baik’ ‘takper2.aku muda lagi..umur aku baru 17.sweet 17 la katakan.nanti dah tua aku bertaubat la’ ‘eh sedare...
  • Warkah Buat Embun
    Assalamualaikum wbt.. Antara Filem Melayu kegemaran penulis adalah Filem Embun arahan Erma Fatima, dan penulis telah berulang kali menonton filem tersebut lantaran kesan mendalam...
  • Selamat Hari Bapa
    Kasih bapa kepada anak melebihi segalanya. Jasanya tidak terhitung, cuma semua itu sukar dimengertikan si anak, sehinggalah suatu hari kelak giliran anak pula bergelar bapa....
  • Senyuman Rasulullah Banyak Bantu Misi Dakwah
    BUKAN sukar untuk menghadiahkan senyuman tetapi kita sendiri menyukarkan senyuman itu terpamer di wajah. Hati mana tidak tenang apabila sedang dalam kekusutan, masih lagi...
  • Apa jadi dengan umat Muhammad?
    Aku kelu, Aku marah, Aku pelik, Aku geram, Telatah manusia yang makin tak masuk akal, berkopiah putih, berserban, berbaju melayu, baru sahaja menemui Illahi,...

  • Comments (8)

    saya hanya ingin bertanya, adakah menyambut maulidurrasul adalah bid’ah?

    Ini kerana nabi sendiri, mahupun para sahabat tak sambut besday2 mereka…

    pd pendpt saya, walaupun bukan bid’ah, perbuatan menyambut besday ni adalah amalan org2 kafir/western… buat apa kita ikut? islam kan ada budaya kita tersendiri…

    bukankah kita perlu menyayangi rasulullah setiap hari? perbuatan menyambut hari jadi rasul nih kan macam membuatkan ramai org muslim hanya mengingati rasulullah masa hari ni je.. pastuh terus lupa… jadi, kita patut hapuskan budaya nih!

    marilah mengingati rasulullah setiap hari!

    salam

    hanya memberi pendapat…

    Saya tidak mahu berbahas mengenai perkara ini di dalam blog ini kerana perkara ini seringkali dibangkitkan hampir setiap tahun. Cumanya saya harapkan saudara carilah di dalam blog-blog yang bersepah-sepah di dalam web mengenai dalil-dalil dan hujjah yang menyokong (dan yang menolak) sambutan Maulidurrasul dan buatlah konklusi anda sendiri.

    Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Sheikh Muhammad Nur Abdullah, sambutan Maulidur Rasul itu sendiri dibenarkan selagi mana tiada bida’ah yang dilibatkan di dalam upacara sambutan itu. Di dalam sesi soal jawab (live fatwa) dengan sheikh berkenaan juga, beliau turut menjawab persoalan-persoalan yang berkenaan dengan sambutan Maulidur Rasul dan mengupas sebahagian isu ibadah yang spesifik yang diamalkan pada hari tersebut.

    Sebagai contoh mengadakan zikr dan wirid-wirid yang tidak berpandukan nas KHAS pada hari kelahiran Rasulullah dan mempercayai ini merupakan satu bentuk ubudiyyah bersifat KHUSUSIYYAH adalah satu bentuk bid’ah yang di larang oleh Rasulullah saw jika dirujuk kepada sabda Rasulullah saw:

    Wa sharrul Umoori Muhdathaatuhaa, Wa kulla Bid’atin dhaialah, wa kulla dhalatin fin-naar” Al-Hadith (Sahih Muslim).
    Setiap bid’ah itu adalah sesat dan setiap kesesatan akan dimasukkan ke dalam Neraka. (Sahih Muslim).

    Jadi persoalan di sini apakah itu definisi bid’ah yang acapkali kita dengar? Insya Allah, saya akan sentuh sedikit mengenai bid’ah melalui pembacaan saya di dalam pos yang akan datang cumanya saya ingin memberikan penekanan kepada pemahaman di dalam erti kata bid’ah itu sendiri dan kriteria – kriteria yang perlu dicukupi sebelum sesebuah perkara itu boleh dilabelkan sebagai bid’ah.

    Peringatan kepada diri saya sendiri dan kepada sahabat-sahabat sekalian, Rasulullah saw bersabda : “Barangsiapa yang menuntut ilmu untuk menyaingi para ulama, atau untuk berdebat dan mengalahkan orang yang bodoh atau untuk mencari wajah manusia kepadanya maka Allah akan menempatkan dirinya di dalam api neraka”. (Hadith sahih riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah).

    InsyaAllah saya akan poskan megenai definisi bid’ah menurut hadith yang dikupas oleh Sheikh ‘Izz ibn ‘Abd al-Salam, seorang ulamak yang dipetik di dalam kitab fiqh yang bertajuk Umdat al-Salik (Reliance of the Traveller) yang ditulis oleh Ahmad ibn Naqib al-Misri. Nantikan ya. Wallahua’lam.

    Salam,

    Saya amat memuji saudara kerana sudi berbincang mengenai perkara ini. Saya sangat2 menghargai apa yang telah saudara lakukan. Ini kerana setiap kali perkara ini dibangkitkan, maka ramailah yang akan terus menuduh saya ‘wahabi’ dan terus tidak mahu berdiskusi secara sihat. Ingin saya tegaskan yang bukan saya yang mengatakan perbuatan menyambut maulidur-rasul itu bid’ah tetapi ianya datang dari seorg imam dari masjid kawasan saya. Walaupun saya tidak berapa setuju dengan imam tersebut, namun ada benarnya kata-kata beliau apabila berkata ‘ingatlah rasulullah setiap hari, bukan hanya pada hari jadi beliau’.

    Akan saya nanti2kan penulisan saudara mengenai definisi bid’ah kerana saya kira perkara ini sangat penting demi menjaga iman kita agar tidak tergolong dalam kesesatan yang nyata sebagaimana sabda nabi saw:

    Wa sharrul Umoori Muhdathaatuhaa, Wa kulla Bid’atin dhaialah, wa kulla dhalatin fin-naar” Al-Hadith (Sahih Muslim).
    Setiap bid’ah itu adalah sesat dan setiap kesesatan akan dimasukkan ke dalam Neraka. (Sahih Muslim).

    Saya ingin menambah sedikit lagi. Persoalan yang saudara ahmad utarakan itu adalah sangat luas, ini kerana Sambutan Mauliddurrasul ini berbeza-beza dari satu tempat ke tempat yang lain dan untuk melabel sambutan berkenaan sebagai bid’ah tanpa mengetahui cara perlaksanaannya yang spesifik adalah tidak wajar. Mungkin jika ingin dibincangkan, saudara ahmad perlu lebih spesifik apakah aktiviti-aktiviti di dalam sambutan Mauliddurrasul itu yang saudara rasakan sebagai satu bentuk bid’ah yang tidak dibenarkan.

    Sebagai contoh di dalam sesi live fatwa di IslamOnline.net bersama Sheikh Muhammad Nur Abdullah, beliau ditanya dua soalan spesifik mengenai aktiviti ketika sambutan Maulidurrasul. Yang Pertama: adakah dibenarkan untuk mengadakan perjumpaan masyarakat, pembentangan mengenai kisah Rasulullah s.a.w dan majlis makan-makan sempena Maulidurrasul sempena mengingati Rasulullah s.a.w, beliau menjawab perkara ini dibenarkan.

    Yang kedua: apabila beliau ditanya apakah dibolehkan ketika hari Mauliddurrasul itu diadakan pejumpaan berwirid yang banyak mengandungi ‘chanting’ dan di tutup lampu ketika berwirid, beliau menjawab aktiviti berkenaan tiada nas atau dalil yang menyokong dan kita tidak patut melakukannya.

    Kalau kita tengok, di dalam satu kes, sambutan MAuliddurassul itu dibenarkan dan di dalam kes beza sambutan Maulidurrasul itu tidak dibenarkan.

    Oleh itu saranan saya, apabila kita membincangkan isu bid’ah, seboleh-bolehnya kita spesifikkan perbincangan supaya kita tidak over-generalized.

    Wallahua’lam.

    Saya hanya akan kupas dari perspektif aqli. Dari segi hujah ulama’ berdasarkan AlQuran dan Al Hadith, saya serahkan kepada saudara fahmi.

    Saya yakin yang semua pembaca bersetuju ttg peri pentingnya kita mengingati Rasulullah setiap hari, tetapi adalah tidak bijak untuk kita mengatakan tidak patut nak rayakan Maulid Nabi kerana sepatutnya kita merayakannya setiap hari. Kerana apa? Ia sesuatu yang baik, sesuatu yang patut digunakan untuk memberi motivasi kepada umat Islam untuk menyanyangi Rasulullah setiap hari. Hari itu mood umat Islam adalah mengingati Nabi kita. Dan jika ada yang tak pernah ingat nabi atau kadang2 ingat nabi kemudian disajikan dengan hal2 seperti ini takut2 golongan ini akan ‘terasa’. Baru nak bersemangat nak menyambut Maulid Nabi, tiba2 disajikan dengan perkara ini. Bagi saya, ini adalah suatu approach pendakwah yang kurang tepat.

    Sama juga dengan soal aurat. Saya selalu sangat dengar kata2 orang, kalau sorg perempuan tu pakai tudung tak penuh (faham kot), maka dikatakan: ‘baik tak yah pakai tudung’. Semua ini hanya akan memburukkan keadaan. Sepatutnya dipuji, dan diberikan lebih motivasi untuk memperbaiki diri. Banyak lagi contoh di mana golongan ‘islamist’ yang inginkan semua org Islam mengikut 100% perintah Allah dan disemburkan kepada mereka kata2 yang pastinya tidak akan meninggalkan kesan positif.

    Nasihat saya: kenali manusia, kenali realiti kehidupan, terima bahawa kita banyak dosa, dan dengan itu setiap langkah dakwah kita akan lebih realistik dan menepati cara berdakwah yang betul. Kita semua nak org Islam menepati kandungan Al-Quran dan Al-Hadith, buku2 karangan ulama’-ulama’ muktabar tapi perkara ini bukan mudah dan ia memerlukan kesabaran dan kebijaksanaan

    Berkenaan soal bid’ah atau tidak, saya tidak mahu kupas di sini sebab tak de source yang baik. Namun bagi saya pemahaman yang kurang ttg konsep bid’ah itu sendiri menatijahkan pelbagai perkara negatif dalam approach pendakwah.

    ya, terlupa pulak

    jika ada program2 semasa Maulid Nabi yang mmg diada-adakan seperi zikir khas maka ia patutlah dihindari dan diusahakan dengan baik agar dihapuskan dari tradisi

    program2 seperti selawat, ceramah maulid nabi dan sebagainya seharusnya digalakkan ..

    Murid kecil tidak berani berkata apa – apa…

    Bisik hati kecilnya:
    “Bacalah kisah – kisah para sahabat r.a.hum kerana merekalah golongan yang di dunia ini telah berjaya. Contohilah mereka kerana mereka adalah golongan yang mendapat tarbiyah terus dari Rasulullah s.a.w. serta mengamalkan terus ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan. Cintailah Rasulullah s.a.w. serta sunnahnya kerana disitulah letaknya kejayaan dan redha Allah s.w.t.”

    Bisik hati kecilnya lagi:
    “Seorang yang tidur selama 8 jam sehari; apabila umurnya 60 tahun, maka dia telah tidur kira-kira 20 tahun. Dan jika kita amalkan cara tidur mengikut sunnah Nabi s.a.w. maka kita dikira beribadat yakni selama 20 tahun. Allahu akbar!”

    terima kasih atas segala komenan yang telah diberikan.. saya bersetuju dengan kedua-dua pendapat di atas.. Moga Allah memberkati usaha saudara untuk menegakkan kebenaranNya…

    Post a comment

    puisi
    PPMC