Atap Hijau Rss

A story to ponder about…

4

Posted by admin | Posted in Uncategorized | Posted on 19-03-2008

Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang..selawat serta salam kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W,kaum kerabat baginda serta para sahabat baginda..
Bukan untuk membuka aib diri tetapi untuk berkongsi dan memberi keyakinan pada diri sendiri dan anda semua bahawa hidayah ALLAH hanya untuk mereka yg terpilih…


Dulu..
Saya hanya seorang gadis yang tahu nak seronok-seronok, langsung tak terfikir yang banyak lagi masalah agama yg perlu diberi perhatian penuh oleh setiap orang yg bergelar khalifah.
Window shopping
, tonton wayang, melepak buang masa dengan kawan-kawan dah macam hobi. Tambahan pula memang persekitaran disekeliling langsung tak membantu untuk saya belajar erti sebenar tujuan hidup ini. Hinggalah kakak angkat saya masuk matrikulasi dan dia banyak berubah ke arah yang lebih baik. Dia banyak memberi nasihat terutama tentang aurat dan solat. Pada mulanya saya tak boleh terima perubahan dia yg mula nak bercakap pasal agama dengan saya. Saya rasa kehilangan kawan yang boleh diajak membeli-belah dan menonton wayang.

Saya tak faham kenapa pula nak kena pakai baju labuh-labuh dan berlengan panjang..Bagi saya itu semua tak ikut trend masa sekarang yg lebih up-to-date. Saya fikir, walaupun saya tak pakai skirt tapi bukan ke lebih cantik dan bergaya pakai blaus dan jeans. Setiap kali apabila kami bertemu mesti bergaduh. Saya masih degil dan memang langsung tak boleh terima setiap nasihat dia..
Sampaikan saya rasa macam nak putuskan persahabatan dengan dia kerana dia suruh saya pakai stokin lengan dan stokin kaki. Sebenarnya kakak angkat saya tak pernah memaksa tapi lebih pada mengingati. Itupun saya nak marah-marah.



Tapi..
ALLAH tu memang Maha Pengasih. Saya tak tahu apa yang lebihnya saya pada pandangan ALLAH hinggakan DIA sudi untuk memandang dan mengutip saya yang tersungkur dilembah kelalaian tersebut. Saya tak tahu bila bermulanya perasaan itu sudah mula lembut dan rasa macam nak cari sesuatu. Sesuatu yang boleh membuatkan saya rasa puas dan bila saya perlukan dia, dia ada. Tak kira bila-bila pun. Atau dimana-mana pun.
Dan Alhamdulillah sekarang setelah ke universiti dan dah berjumpa dengan pelbagai orang dan perbagai ragam, saya mula sedar terlalu banyak tanggungjawab yg perlu dibereskan sebagai hamba ALLAH. InsyaALLAH saya istiqamah dalam solat, dalam dakwah dan menutup aurat. Baju kurung sudah menjadi pakaian harian dan kadang-kadang jubah. Tudung pula alhamdulillah tudung labuh menutup dada walaupun bukan tudung labuh bulat (moga ia bukan riak). Sesungguhnya terlalu indah rupanya apabila segala perkara kita sandarkan hanya pada ALLAH. Bertapa syahdunya apabila kita sentiasa berkomunikasi dengan Pencipta cinta. Apabila saya ingati kembali siapa saya yang dulu, saya terlalu sedih. Bertapa banyak masa yang saya abaikan untuk perjuangan ini tetapi saya tetap bersyukur kerana saya yang dulu telah melahirkan saya yang sekarang. Alhamdulillah.

Ya ALLAH..
Izinkan aku mencintaimu melebihi segala yang ada didunia ini,
Izinkan aku mencintai orang yang mencintaiMu,
Izinkan aku mencintai segala perkara yang dapat menjuruskan aku untuk mencintaiMu,
Izinkan aku untuk hidup dan mati hanya keranaMu,
Ameen..

Tribute to iluvislam.com

Related post(s):
  • A story about Bopsy…
    The 26-year-old mother stared down at her son who was dying of terminal leukaemia.  Although her heart was filled with sadness, she also had a...

  • Comments (4)

    alhamdulillah…

    masalahnya sekrg, iman kita nih kan turun naik mengikut keadaan sekeliling… saya nih kdg2 alim bebenar (solat kat masjid, rajin hadir ceramah, etc.) tapi kadang2 terjerumus ke lembah maksiat (mls solat jemaah, menipu, terlepas solat subuh)… saya tak tahu lah nak buat camne lagi.. dah tak larat dah nak menghadapi iman yg turun naik nih..

    jadi, alangkah lebih elok kira saudara menulis tentang perkara2 yang perlu atau WAJIB dilakukan oleh seseorg Muslim agar sentiasa terjaga imannya.. tolonglah saya.. iman saya lemah skrg nih.. kalo ada list tuh, bolehla saya jadikan panduan dan akan cuba ikut seupaya mungkin..

    salam

    Assalamualaikum

    *Murid cerdik angkat tangan nak bercakap*

    Kepada penulis: Tengok gambar yang awal tu macam gaya rockers. Tapi bila teruskan baca sampai.. “Saya hanya seorang gadis” ooo.. perempuan rupanya. gambar tu hiasan rupenya :D

    *Menunding jari ke diri sendiri*
    Dulu rockerz gak.. Tapi Allah tunjukkan jalan. Allahu Akbar! Inilah mahalnya nilai taufiq dan hidayan itu sendiri. Bersyukurlah…

    ~sayu bila teringat kejahilan diri waktu dulu

    :: Antara takut dan harap ::

    assalamualaikum

    ana dulu pun sama wahai murid cerdik..

    ana bergelumang dalam dunia yg penuh dengan kemaksiatan. sana sini sume bersepah dengan maksiat. mempunyai kawan2 yg penuh dgn habit minum arak and bergaul bebas dengan perempuan. sedih bile tengok mereka ini yg masih belum diberi peluang oleh Allah untuk membuka jalan.

    ini tak termasuk dalam bahagian musik lagi. penuh dengan dengan lagu yg merosak kan minda

    ~ana turut sama dalam kesayuan itu wahai murid cerdik~

    salam ukhuwah….
    ana dulu janis yang ala-ala tomboy gak suka kawan ngan bebdk lepak-lepak tapi akhirnya Allah bagi hidayah melalui seorang yang di kenali ‘umie’ sebenarnya kita kene selalu berdoa agar Allah tambahkan iman dan kekalkan terus dalam iman…

    Post a comment

    D.I.A