Atap Hijau Rss

Cari Menantu 2

6

Posted by fairuz_azmi83 | Posted in Uncategorized | Posted on 18-03-2008

assalamualaikum

Ketika saya berehat petang tadi, saya terjumpa link tv9. Saya secara peribadi berasa usaha tv9 untuk menyediakan program alternatif yang lebih islamik patut dipuji. Saya mengikuti rancangan akademi al-Quran sebelum ini dan merasakan ia banyak memberi ilmu al-quran yang baik kepada penonton. Lebih menyeronokkan lagi, mak saya amat menggemari rancangan ini dan kami berkongsi minat yang sama.

Tahun lepas telah diperkenalkan satu lagi rancangan realiti iaitu ‘Cari Menantu’ di mana rancangan ini bertujuan memberi pendidikan rumah tangga yang menyeluruh dari segi fiqah, aspek praktikal dalam hubungan keluarga, perancangan ekonomi dan sebagainya. Kali ini program realiti ini tiba lagi dan sudah mencecah episod yang ke-12 . Seimbas lalu, ada beberapa perkara yang saya kurang bersetuju sebagai contoh ia membenarkan pasangan bersama sebelum berkahwin. Tetapi, meneliti keperluan pendidikan kekeluargaan islam di tanah air, saya merasakan ia program yang amat baik. Saya syorkan yang ingin mendirikan rumahtangga, jika ada masa, boleh tontoni rancangan ini dengan tujuan untuk tahu dan faham keperluan sebelum mendirikan rumahtangga. Walaubagaimanapun, jika boleh mungkin boleh sahabat semua boleh mengemukakan pendapat masing-masing tentang hal ini. Mungkin ada yang tak bersetuju dan mungkin ada yang bersetuju.

Sila ke link www.tv9.com.my dan cari tab ke rancangan tersebut.

Selamat menonton !

No related posts.

Comments (6)

salam
wah!
macam hebat jer bunyi rancangan ‘cari menantu’.
hmm insyaAllah kalau saya rasa nak kawin nanti saya klik la link tu hehee
rasa2nya orang yg dah kawin pun kene tengok gak.. tak gitu fairooz kehkeh.

ana menonton satu episode…especially episode 1…

masyaAllah…soalan interview die..power jugak untuk para peserta..walaupun nampak basic..bagi ana, soalan2 begini memang bole memberi impak..

insyaAllah ana akan postkan satu perbincangan yg hangat..mengenai topic ini insyaAllah mengenai perkahwinan.

bagi pendapat ana, walaupun ana nampak rancangan ini berlebihan, tetapi jikalau kita meletakkan impak yg diberi, menunjukkan kecantikan dan kemanisan perkahwinan lebih baik dari memberi fokus kepada kemanisan bercinta antara 2 org muda yg kini MENJADIK FOKUS KEPADA SEGALA RANCANGAN DI SIARAN MEDIA.

tak habis2 cerita cinta antara 2 org..dan meletakkan puncak sebagai perkahwinan, walhal…percintaan itu sepatutnya bermula pada perkahwinan kerana itulah realiti dunia yg sebenar yg muncul :)

salam acap.promotekanlah halaqah masjid cork tu.sronok sgt2.

silap antar
but the cork mosque halaqah shouldnt b missed by anyone.sheikh salaim is so knowledgable n experinced u, u guys shouldnt miss the opportunity to learn frm him.iv never felt a halaqah dat is so moving n i find myself a different person everytime after the halaqah but i went there with the initial intention to change for the sake of Allah.may everyone get guidance frm Allah.wallahu a’lam.

Maaf sebab lari dari topik. Cuma nak tambah sedikit mengenai halaqah di Cork Mosque oleh Syeikh Saleem Al-Faituri. Saya sangatlah menggalakkan untuk semua cuba sedaya upaya untuk hadirkan diri ke halaqah tersebut sebabnya jarang sekali kita akan dapat peluang untuk mendapat seorang naqib yang mempunyai ilmu yang luas dan pengalaman yang banyak seperti Sheikh Saleem.

Mungkin En. Mahwus :) boleh berkongsi sedikit sebanyak apakah keistimewaan mengikuti halaqah tersebut dan mengapa SETIAP muslimin di bumi Cork ini patut cuba sedaya upaya untuk mengikuti halaqah berkenaan dengan menghantar pos di blog ini atau emailkan sahaja kepada mana-mana penulis blog ini untuk diposkan. Mungkin boleh juga kita poskan di dalam PPMC juga supaya lebih ramai berminat.

Allahua’lam.

Post a comment

PPIMI
puisi