Posted by fairuz_azmi83 | Posted in Uncategorized | Posted on 17-03-2008
Assalamualaikum, saya kembali lagi daaa .. harap-harap kali ini kita dapat bincang sama-sama, untuk memantangkan cara kita berfikir .. jangan lupa try untuk gunakan kata-kata yang sedap dibaca dan beristighfarlah sebelum menulis supaya tak tertulis perkara-perkara yang bersifat emosi .. (tapi saya tak nak semua cakap setuju-setuju je, tak berkembang otak nanti)
Anyway, let’s get going .. saya sebenarnya pening jugak fikir nak letak tajuk apa, last2 saya decide untuk ambik tajuk ni .. insyaAllah apa yg saya nak sampaikan kali ini adalah bagaimana dengan kita faham ttg Islam maka surely kita yakin yg bahawa semua masalah yg berlaku kat dunia skrg ni, Islam ada ubatnya ..
Jom kita ambik satu contoh, mungkin contoh yg berlaku di UK/Ireland .. Malaysian Night .. sekarang, just bayangkan satu Malaysian Night yg bermasalah (tak semua kan bermasalah, ke saya silap?) .. dengan campuran lelaki dan perempuannya .. dengan pakaian yg menjolok mata .. dengan persembahan menari, menyanyi etc dan macam-macam lagi yg ramai manusia rasa sangat concern tentangnya .. serabut otak nak fikir, apa yg aku nak buat ni .. aku ni da’ie .. ada tanggungjawab nak berdakwah kepada mereka .. amar ma’ruf, nahi mungkar … kita gi jumpa kawan-kawan seusrah kita .. bincang ttg ni sampai larut malam .. sedih, kecewa, takut ..
Then, kita pun fikir, apa agaknya yang kita boleh buat ..say Malaysian Night dah berlaku, so apa agaknya tindakan susulan kita .. antara solution short term yg saya boleh fikir sekarang adalah tegur perkara yg dirasakan ‘urgent’ contoh: jika ada arak yg dihidangkan atau pemakaian yg terlalu melampau .. antara perkara long term yg boleh difikirkan adalah .. berbaik/membina ukhuwah dengan geng2 ni supaya mudah kita nak berdakwah dengan mereka, senang nak ajak ke majlis-majlis ilmu/amal etc. Selain itu kita boleh plan nak buat program alternatif untuk cater minat berhibur kawan-kawan kita ni contoh macam pertandingan nasyid ka, pentomim ka, apa-apa la yg dirasakan boleh diadakan bagi menyediakan alternatif kat member2 kita ni .. boleh jugak difikirkan untuk buat talk/seminar pasal hiburan dalam Islam .. jika kita mampu, bleh la dicadangkan kepada komiti malaysian night untuk diadakan 2 malaysian night, satu untuk lelaki dan satu untuk perempuan .. banyak benda yg boleh kita buat .. to stay to one option only is not wise .. need to pursue for some options so that result lebih dari segi long term effect dan jugak lebih cover ramai orang ..
Ok, jika kaji malaysia, tanah air terchenta kita .. semua sure setuju yg terlalu banyak masalah yg berlaku .. let’s take one.. masalah pergaulan bebas di kalangan remaja .. masalah besar .. resulted in banyak masalah-masalah yg lain seperti seks di luar nikah, pembuangan anak, ponteng sekolah, dadah … macam mana nak cater masalah ni ..
kita bleh cater masalah ni dengan firstly look at the cause of the problem .. ni kira macam karangan sekolah menengah la .. ok .. antaranya adalah kurangnya didikan mak ayah, sistem pendidikan yang tidak berupaya melahirkan muslim yang digariskan Al-Quran, media massa yang sentiasa menyajikan program-program yg tidak Islamik, pengaruh rakan sebaya dan banyak lagi … (sure semua tersenyum, teringat zaman budak2 dulu)
jom try tengok satu2 yang saya dah listkan .. first mak ayah .. seriuosly saya mmg anti sket la kalau semua benda nak salahkan mak ayah tapi mmg tak dinafikan didikan mak ayah ada influence yg besar kepada development remaja .. sebenarnya kalau nak melahirkan mak ayah yg dapat didik anak2 dengan baik maka perlula start masa mak ayah remaja, malah kanak2 lagi .. so yg ni agak susah nak kupas .. so saya decide untuk tengok masalah ni ketika dah jadi mak ayah .. antara yg boleh dibuat adalah program/seminar/kursus ttg keibubapaan .. mungkin dianjurkan oleh kementerian pembangunan wanita dan masyarakat .. ditekankan tentang aspek2 praktikal dan ruhiyah dalam mendidik anak .. statistik anak2 yang terlibat dengan masalah sosial dan sebagainya .. bleh buat program melalui media massa .. bleh keluarkan buku ttg pendidikan anak2 .. artikel di suratkhabar .. majalah .. dan banyak lagi .. semua ni boleh buat dengan syarat yg pegang kementerian pembangunan wanita dan masyarakat mestilah org faham ttg pentingnya pendidikan Islam dalam anak remaja, sama juga org yg pegang media, juga editor suratkhabar, majalah .. dan semuanya …
untuk sistem pendidikan pula .. mestilah guru2 ditekankan ttg aspek pendidikan remaja dari segi akhlak bukan setakat nak make sure semua score je, approach yg hikmah terhadap remaja bukan asyik nak rotan, denda .. semua ni bleh buat through regular seminar/courses .. selain itu, pengubalan silibus pendidikan adalah essential .. especially pendidikan Islam .. bukan berobjektif nak score macam subjek2 lain tapi lebih kepada penghayatan .. subjek lain seperti biologi perlu diselitkan ttg kebesaran Tuhan etc .. pengurusan sekolah juga perlu faham ttg kepentingan pendidikan secara Islam .. since remaja spend banyak masa di sekolah, maka sekolah perlu provide environment yg paling baik untuk pembentukan akhlak remaja ..
dari segi media massa pula .. kita tengok yg media elektronik dulu, especially TV .. stesen tv haruslah menghapuskan semua program2 yg terang-terang bercanggah dengan Islam, sebagai contoh adegan seks, adegan bercium, pemakaian yg bukan sahaja tidak menutup aurat malah menjolok mata yg amat sangat, perkataan2 yang kasar, mencarut dan banyak lagi .. program hiburan yang melampau sehingga anak2 muda sanggup berbelanja besar dan spend hours and hours di hadapan tv juga perlu diminimakan dan diadakan dalam bentuk yg menepati syarak .. stesen tv seharusnya menyajikan program yg PATUT ditontoni oleh manusia supaya membentuk manusia ke arah kecemerlangan .. bukan menyajikan program yg INGIN ditonton .. kalau yang INGIN ditonton diutamakan, maka jelaslah yang media elektronik hanya memetingkan keuntungan bukan pembentukan masyarakat .. perkara ni is also applicable kepada media cetak .. cuma yg penting di sini adalah kreativiti .. very important untuk attract people untuk terima perkara yg serious ..
pengaruh rakan sebaya adalah antara pengaruh yang besar .. ibu bapa, guru kena ajar remaja untuk cari kawan yang baik .. tapi sejauh mana bleh nak kawan anak2 remaja tu .. maka mahu tak mahu kena ada usaha ke arah pembentukan akhlak di kalangan semua remaja .. yg mana most dah dicater di atas ..
selain apa yg saya dah listkan .. banyak lagi cara yg boleh dibuat .. program2 yg dianjurkan oleh NGO-NGO untuk remaja juga dilihat memberi kesan positif kepada anak2 .. ibu bapa sekarang sudah mula mempunyai budaya menghantar anak2 ke summer camp dan sebagainya .. usrah/tamrin diperingkat sekolah, universiti juga boleh digunakan untuk membina manusia ..
semua yg telah disenaraikan adalah penting .. persoalan di sini adalah bolehkah kita hanya berpendirian satu cara sahaja yg perlu digunakan? tidak ada masalah untuk memilih mana yg dirasakan boleh kita fokuskan supaya dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan ..
let’s imagine jika semua org Islam hanya memilih satu jalan .. say penggunaan NGO untuk buat program2 islamik, motivasi etc .. kita boleh buat program secara berkala .. di mana2 .. tapi ramai mana yang boleh kita jumpa? bolehkah kita nak cater semua peringkat remaja dengan tahap intelektual yg berbeza? budaya yg berbeza .. bila peserta2 program pulang ke rumah, mereka akan berada dalam environment keluarga yg tidak membantu untuk mereka konsisten, bila pergi sekolah, jumpa kawan2 yang suka ajak buat kerja2 yang membuang masa etc, bila duduk depan tv, banyak program2 yg tidak islamik .. banyak faktor yg boleh influence hidup manusia .. ana these influences boleh membantut konsistensi anak remaja dalam beramal islami ..
yes, dengan pemantauan yg baik, pasti kita boleh melahirkan manusia yg konsisten dengan Islam walau apa jenis cabaran datang .. semua ni boleh berlaku .. tidak dinafikan .. yg penting mindset yg mengatakan satu cara sahaja perlu ditekankan perlu diubah kerana seperti yg saya cakap tadi, kehidupan kita dipengaruhi banyak faktor .. dan kalau hanya satu faktor negatif sahaja yg dicater, dan faktor2 lain ditinggalkan, masih ada potential yg besar untuk seseorang tidak konsisten untuk beramal ..
sama juga jika kita memilih untuk cater media .. takkan semua orang 24 jam duk depan tv je .. anak2 remaja gi sekolah .. gaul dengan kawan2 .. pastu yg tak de tv kat rumah macam mana pulak? yang tak de duit nak beli surat khabar hari2 macam mana pulak? yes .. mmg complicated .. tapi this is the reality that we have to accept ..
once again, adalah tidak menjadi masalah untuk kita memilih mana cara yg dirasakan kita boleh sumbang secara maksimum tetapi adalah tidak bijak untuk menafikan cara2 yang lain .. malah adalah lebih molek sama2 bantu-membantu .. support each other .. kalau ada masa join sekali .. dan yang paling penting jangan menekankan cara kita sahaja .. yg lain2 tu kesannya tak lama, tak ikut sunnah dan sebagainya ..
yang penting, para pembaca perlu meneliti kembali, bagaimana agaknya kita nak make sure semua ‘controller’ faktor2 pembentukan manusia ini memahami kepentingan islam sebagai unsur yang paling penting .. mentarbiyah semua yg berkuasa? menukarkannya kepada yg lebih baik? fikir2kan ..
selamat berbincang
wassalam
No related posts.





cakap mmg mudah… tapi nak laksana tuh tolonglah… susah yg amat…
kalo budak2 tu dah rosak bagai, such as minum arak lah, campur gaul laki pompuan etc.. jgn haraplah dia nak dengar pdgn kita… lagi dia benci kita nanti… nasihat saya, baik stay away jer dari diorg nih… nanti tak pasal2 kita terjerumus sama2 dgn diorg pulak.. nauzubillah…
bukankah kita diajar utk memilih kawan2 yg baik?
ni la perlunya kreativiti berdakwah .. ramai org jahat, org jahil terima islam, malah kadang2 jauh lebih baik dari yg dah amal islam dah lama .. everything is possible ..
terus berusaha dan berdoa ..
nilaian di sisi Allah adalah usaha bukan hasilnya ..
well said fairooz.
i agreed with all the points.
we need a whole-hearted, organized effort, the togetherness in all areas , government sectors and NGOs to put islam in its rightful place.
the first step towards that is to mind our attitudes (adab..betul ke?) towards each other (muslims) and non-muslims as well.
Salam.
Errr…saya tahu, ini bukan respons yang baik dari saya, orang luar. Cumanya, saya rasa tulisan yang sangat bernas seperti ini, apatah lagi membawa idea-idea besar untuk diperbincangkan lebih cantik kalau ditulis dengan kemas. Maksud saya, ejaan, dan campur aduk Melayu-Inggeris yang pasar. Saya baca dua kali baru nampak betul-betul isinya. Sayanglah, kalau mesejnya yang cantik itu nanti tak sampai pula.
Ampun sekali, kerana komen tak berkaitan dengan entri.
salam.
saya merasakan teguran saudara adalah satu tindakan bijak. memang pada pendapat saya juga ia tidak beberapa jelas.
satu teguran yg membina memang digalakkan didalam blog ini. wallahualam.
saya amat setuju .. mmg berniat nak tulis dengan kemas etc .. skrg baru nak berjinak menulis .. insyaAllah akan try my best untuk berbuat demikian dalam masa terdekat .. terima kasih atas teguran
p/s tgh berkira-kira nak menulis , disokong dengan ayat al-quran, quote kata2 ulama’, pemimpin .. cuma takut salah ambik quotation
Assalamualaikum abang²
Wa.. Inilah yang kita mahukan. Fikir masalah tentang ummat. Tinggi fikir ni. Usaha mengajak menusia kepada Allah s.w.t. perlukan sifat hikmah.
Saya teringan pesanan ulama tentang kita (pelajar) yang juga memikul beban usaha dakwah ini:
“Dakwah perlu No.1, pelajaran juga perlu No.1″
Jagalah 3 perkara:
- Iman & Amal
- Akhlak
- Pelajaran
InsyaAllah ia akan menjadi asbab hidayah buat mereka. Cakap dengan mereka dengan penuh hikmah dan doa pada Allah s.w.t. di sepertiga malam. Taufiq dan hidayah adalah milik Allah s.w.t. dan mahal harganya. Ayuh semua sahabatku, menangislah untuk umat ini~
*Peringatan untuk diri sendiri juga yang sering alpa dan lalai. Masih juga diri ini tidak mampu menangis untuk ummat ini.
Wassalam
tersenyum saya apabila berbincang masalah umat…topic hangat di dapur rumah the chimes.
QOUTE
‘Malaysian Night dah berlaku, so apa agaknya tindakan susulan kita .. antara solution short term yg saya boleh fikir sekarang adalah tegur perkara yg dirasakan ‘urgent’ contoh: jika ada arak yg dihidangkan atau pemakaian yg terlalu melampau’ ..
QOUTE
‘kalo budak2 tu dah rosak bagai, such as minum arak lah, campur gaul laki pompuan etc.. jgn haraplah dia nak dengar pdgn kita… lagi dia benci kita nanti… nasihat saya, baik stay away jer dari diorg nih… nanti tak pasal2 kita terjerumus sama2 dgn diorg pulak.. nauzubillah…’
mengenai hal ini, ana terasa ana mempunyai pengalaman seperti ini. ana yg dulu terlibat dengan kejahiliyahan ini sungguh memahami hati2 mereka ini. tersenyum ana, untuk pengetahuan antum semua, mereka ini jikalau mereka tahu antum mempunyai ilmu yg mereka ingin kan ..mereka akan mendekati antum. mengambil contoh sebagai ‘cerita anime/game PS2/PS3/sukan’ inilah topic yg mereka bualkan bagi segolongan mereka ini. memang tidak bole lari..kerana inilah yg mereka cenderung, ana yg datang dari latar belakang ini mampu untuk bergaul mereka dan dengan pada masa itu memberi suntikan kesedaran ..walaupun sedikit…yg penting ianya perlu diberi. ana penuh dengan kawan yg terlibat dengan arak dan maksiat, walaupun mereka tahu ana memang benci perkara tersebut, mereka masih mendampingi ana kerana knowledge ana tentang ‘cerita anime/game PS2/PS3/sukan’. u need to obtain their trust in order to get through their mind.
QOUTE
‘bukankah kita diajar utk memilih kawan2 yg baik?’
memang tidak dinafikan kita diajar untuk mencari kawan yg baik..yang peliknya..selagi mana kita terus dengan sikap ini, ana pasti wujud 2 golongan yg jurangnya sungguh dalam bagaikan jurang perkauman melayu dan cina pada masa kini. jikalau sikap ini yg dimainkan ..maka lagi jauh lah mereka dari Allah, dan kita sebagai daei, bukan untuk kerja tgk jek..tapi untuk mendampingi mereka.
QOUTE
‘cakap mmg mudah… tapi nak laksana tuh tolonglah… susah yg amat…’
cakap memang mudah…laksanakan tu pun mudah..yang penting effort mesti kene ada…cara paling penting yg byk daei kekurangan pada masa kini adalah berfikir seperti mana mad’u itu berfikir. kekurangan ini disebabkan kekurang daei dalam memahami situasi yg dialami oleh golongan2 ini. kekurangan inilah yg menyebabkan wujudnya golongan yg sibuk melabel org lain sebagai jahiliyyah ataupun daie yg putus asa dengan mad’u tersebut. wallahualam