Atap Hijau Rss

MU’MIN sebagai CERMIN SAUDARANYA

4

Posted by admin | Posted in Uncategorized | Posted on 14-03-2008

Sabda Rasulullah S.A.W: Apabila
kamu melihat kemungkaran, maka cegahlahnya dengan dengan tangan (kuasa), jika kamu tidak berdaya, maka cegahlahnya pula dengan lidah, jikalau itu juga kamu tidak berdaya, maka cegahlahnya dengan hati, dah demikian itulah selemah-lemah iman.

Sabda Rasulullah S.A.W: Seorang yang beriman itu adalah cermin bagi saudaranya.

Mencegah kemungkaran itu adalah satu perkara yang penting untuk umat islam, cuba anda bayangkan, jika setiap orang islam memikirkan bahawasanya kemungkaran hanya boleh dicegah dengan undang-undang dan kuasa, bagi yang tidak berdaya, maka mereka hanya berdiam diri menunggu pihak berkuasa untuk mencegahnya, itupun kalau pihak yang berkuasa perasan dan sedar itu adalah kemungkaran berlaku. Sudah tentu, perkara yang kecil tidak dapat dilihat oleh mereka.

Ada satu kisah tentang perkara ini (mungkin cerita ini popular dikalangan anda, mungkin cerita ini diolah tetapi masih di dalam linkungan mesej yang ingin disampaikan), pada zaman dahulu ada seorang pemerintah memerintahkan kerajaannya untuk menggali satu kolam kosong yang besar, dan memerintahkan setiap seorang daripada rakyatnya untuk mengisi segelas susu dan waktu yang diberikan untuk mengisi susu ke dalam kolam tersebut hanya pada waktu tengah malam gelap. Diharamkan sama sekali untuk rakyat-rakyat untuk pergi mengisi susu pada siang hari.


Maka adalah seorang rakyat yang bernama Ahmad, yang mana tinggal dibawah kerajaan raja tersebut. Ahmad kekurangan bekalan susu dirumahnya. Apa yang difikikarkan oleh Ahmad ialah hanya ingin menuang air kosong ke dalam kolam tersebut. Baginya, tiada siapa yang akan perasan memandangkan waktu yang diberi untuk mengisi susu itu hanya pada waktu malam. Apalah sangat kesannya jika hanya segelas air kosong dituangkan kedalam sekolam susu. Maka Ahmad bertekad menjalankan rancangannya untuk mengisi air kosong ke dalam kolam tersebut.

Pada keesokan harinya, terkejut berok raja tersebut melihat kolam tersebut hanya dipenuhi dengan air kosong! Rupanya-rupanya setiap rakyat memikirkan apa yang Ahmad fikirkan. Berang sungguh raja itu sehinggakan die memerintahkan semua rakyatnya dihukum mati (riwayat yang ditolok tambah).

Mesej yang hendak disampaikan daripada kisah raja, rakyat, susu dan kolam ialah kita sebagai muslim hendaklah merasakan tanggungjawab untuk mencegah segala kemungkaran disamping menyeru kepada kebaikan (amar maaruf nahi mungkar). Jika dalam diri kita mengharapkan orang lain untuk mencegah padahal kemungkaran itu berlaku didepan mata sendiri. Kemungkaran akan mudah merebak dengan mudah. Dengan sekelip mata sahaja, kalau tidak dipedulikan ia akan memusnahkan masyarakat dan akhlak setiap muslim.

Tidak kiralah, kemungkaran yang telah dibuat oleh dari pihak atasan hingga ke peringkat bawahan. Cuma cara dan pendekatan yang berlainan. Ada yang menggunakan cara demonstrasi untuk menegur pemimpin, ada pula yang menggunakan cara dakwah seperti yang telah dilakukan oleh tabligh-tabligh.” As long as it fits with the situation, whatever methods will be essential”.

Cuba anda bayangkan, jika setiap orang muslim di dalam dunia ini, mempunyai rasa tanggungjawab untuk maka amanlah dunia ini. Bahkan pula mungkin untuk membentuk sebuah “daulah islamiah” itu menjadi mudah “a piece of cake”. Setiap muslim mempunyai rasa untuk menegur saudaranya. Bertepatanlah dengan hadis kedua diatas, hadisnya ringkas, tetapi memberikan makna yang mendalam. Rasulullah hanya mengibaratkan seorang mu’min kepada mu’min yang lain dengan CERMIN. Kalau nak dilihat secara kasarnya, amat simple, cermin je?

Jika dilihat sifat-sifat cermin , masyaALLAH, memang mendalam sungguh hadis rasulullah. Antara sifat-sifat cermin ialah;

1. Senyap, cermin hanya akan memberi reflection tanpa berkata apa-apa. Begitulah juga kita, untuk menegur, perlulah menegur secara hikmah, baik bukannya dengan cara memaki hamun, mengata, mengumpat dan sebagainya.

2. Selepas cermin itu memberi reflectionnya, jika kita tinggalkan cermin tersebut, keburukan yang terserlah, hanya diberitahu semasa kita berhadapan dengan cermin. Cermin tidak akan meninggalkan kesan-kesan yang buruk selepas kita beredar dari cermin tersebut. Begitulah juga dengan kita, setelah memberi teguran kepada saudara kita, haruslah kita melupakan terus keburukan mereka. Biarkan ia berlalu.

3. Cermin akan memberi reflectionnya sepanjang masa, tidak kiralah bila-bila masa kita ke cermin tersebut, pasti cermin tersebut akan menjalankan tugasnya. Dari jam 12 tengahmalam hinggalah ke tengahari. 24 jam. Begitulah juga orang beriman akan melakukan tugasnya untuk mencegah kemungkaran 24 jam sehari semalam.

4. Cermin bukan sahaja memberikan reflection yang buruk, ia juga memberikan gambaran kecantikan kepada sesiapa yang berada dihadapannya. Maka begitulah juga umat islam, kita mestilah melahirkan rasa kagum dan bersyukur jika ada dikalangan saudara kita yang melakukan perkara baik.

5. Jika kita memecahkan cermin, serpihan-serpihan cermin itu masih ,memberikan reflectionnya kepada kita. Begitulah juga orang beriman, biarpun dimaki hamun, dizalimi, tetapi tetap juga akan memberikan sumbangan untuk mencegah kemungkaran selagi mana ianya benar.

Isi-isi tentang cermin ini diambil dari khutbah jumaat pada 16 November, Riley Smith Hall, University Student Union, University of Leeds.

tribute tu ibnulatef.blogspot.com

No related posts.

Comments (4)

mashaallah..great artikel.Suka sgt dengan sifat cermin yang ke2..tak ramai antara kita ada sikap nih.walaupun lepas bermusyawarah dan berbincang,lalu capai kata sepakat..masih ramai yang membawa pulang rasa tidak puas hati etc.Hmm..umat Islam perlu berubah..jangan sekadar mengungkap dan menjaja kalamullah ke hulu ke hilir, tapi kita bersikap tidak elok.Tu bisa jadi fitnah pada Islam nnt..wallahua’lam..
p/s saya juga masih belajar ..kita juga masih belajar.. dan kita mmg tak lari dr kesilapan dan kekurangan.Sbb tulah, perlukan cermin. :)

Murid cerdik angkat tangan dan berkata, “Mari ajak semua orang Islam taati perintah Allah s.w.t. dan jauhi laranganNya. Imam Ghazali pernah berkata bahawa insan yang menyeru manusia kepada maaruf dan mencegak manusia kepada mungkar adalah insan yang istimewa.”

Wassalam

Allah, the Exalted, says:

“Let there arise out of you a group of people invitng to all that is good (Islam) , enjoining Al-Ma’ruf and forbidding Al-Munkar. And it is they who are the successful.” (3:104)

“Show forgiveness, enjoin what is good, and turn away from the foolish (i.e., don’t punish them).” (7:199)

Abu Sa’id Al-Khudri r.a. reported: Messenger of Allah s.a.w. said, “Whosoever amongst you sees an evil, he must change it with this hand; if he is unable to do so, then with his tongue; and if he is unable to do so, then with his heart; and that is the weakest form of Faith.” [Muslim]

Commentary by Hafiz Salahuddin Yusuf:
This Hadith contains a very important prescription to prevent the Muslim society from all things which are forbidden in Islam. So long as Muslims adhered to it and ceaselessly and and fearlessly performed their obligation of enjoining the rigth and forbidding the wrong, their society was largely safe from many evils and sins.

Jabir r.a. narrates that Rasulullah s.a.w. said: my example and that of yours is like that of a person who ignites a fire and moths and other insects start falling into it. He tries to prevent them from falling in the fire. Similarly, I am grasping your waists and holding you back from the fire, and you are trying to escape from my hands (into the fire). [Muslim]

Note: This hadith reflects the intense in the heart of Rasulullah s.a.w. to save the Ummah from Hell-Fire.

suke cerita ni~~1st time denga..hmm btol tu..selalunye kite main tutup seblah mata je, even though kemungkaran tu berlaku depan mata sendiri..n also, cara kita nak menegur tu biarlah kene pada tempatnya..lebih mudah menegur musuh drpd menegur kawan..cuma harapnye insyaAllah kalau niat btol tu, kawan akan faham n berlapang dada..n kala lepas menegur tu sy rase spptnye bukan rase puas hati sbb boleh point out the mistake, teguran tu seharusnya jadi peringatan juga kepada kita insyaAllah..erm..tu pandangan dr peringkat individu ah tp..perlu bertapa sebentar untuk pandangan dr peringkat yg lebih tiggi..

Post a comment

youtube AJataphijau
Ataphijau Facebook Group