Posted by admin | Posted in Uncategorized | Posted on 12-03-2008

Ayah
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.
Suami
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram dan apabila suami mendiam diri. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.
Abang
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM…Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.
Anak Lelaki
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak…nantikan tarikan ibunya.
Kepada golongan lelaki, cuba lah sebaik mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab kalian.
Kepada golongan wanita, sama-sama lah meringankan bebanan yang ditanggung oleh golongan lelaki.
Bukankah kita diciptakan untuk sama-sama membantu dan nasihat-menasihati??
PS: tidak disangka..kita mungkin bole menjadik candidate neraka walaupun kita tidak sedari…
Tribute to iluvislam.com
No related posts.





fikirkan wahai kawan2 ku
Saya pernah membaca post ini..dan pernah ditanya ttg apakah dalil2 yang menyokong kepada perkara nih.Saya bukanlah orang yang terbaik dan khatam semua ayat Al-Quran dan hadith serta pandangan ulama’,tapi saya rasa bbrp perkara yg akan saya sebutkan di bawah cukup untuk kita jadikan pegangan untuk kita jalankan tjawab kita kepada ahli-ahli keluarga serta org sekeliling kita.Sesungguhnya trabiyah kita amat berbeza dgn golongan sahabat Rasulullah saw dulu.Dulu; Sahabat akan bertanya kepada Rasulullah, bagaimanakah mereka dapat menyelamatkan diri drpd tergolong dlm golongan sebegini. Tapi masyarakat skrg suka utk bertanya apakah dalil dan kdg2 mengutarakan bbrp hujah bagi melarikan diri drpd tjawab/kewajipan tersebut.
1) “Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (al-Tahrim;6)
2) “Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita..” (an Nisa’: 34)
3) Hadith Rasulullah saw; “Setiap kamu semua adalah pemimpin dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap kepimpinannya”
Daripada ketiga2 Ayat al-Quran dan hadith nih, kita mmg jelas bahawa kita, setiap orang dipertanggungjawabkan atas setiap sesuatu.Paling utama sekali adalah adalah kita bertanggungjawab untuk memimpin diri kita sendiri.Kita telah berikrar dengan Allah swt untuk menyembah hanya Allah dan mengabdikan seluruh kehidupan hanya padaNya.
Tapi, kita tidak semestinya berbahagia kiranya kita berjaya memelihara diri drpd kemungkaran dan azab api neraka sementalah ahli keluarga kita masih terkapai2 mencari sinar cahaya kemuliaan Islam.
Tjawab Lelaki menjadi lebih berat kerana Allah memberikan kelebihan dan kekuatan yang lebih untuk menjadi pemimpin kepada wanita.Maka, amanahnya lebih besar..Pahalanya juga lebih besar jika berjaya menjalankan amanah ini.Tetapi perlu juga diingat,dosa dan azabnya pasti lebih besar kiranya gagal..nauzubillahi min zalik..
Kaum lelaki perlulah mempersiapkan diri dgn segala ilmu dan kesediaan utk memimpin ahli keluarga ke arah penghaytan Islam.
Wanita juga tidak terkecuali kerana umum mengetahui wanita adalah sayap kiri kepada lelaki.Wanita perlu bantu agar lelaki2 di sampingnya tidak tersangkut dalam perhitungan Allah swt kerana dosa2 yg dilakukan olehnya,anak2 wanita,adik2 beradik wanita serta ibunya.
Wanita yang bakal mendidik anak2 generasi baru kelak..makanya peranannya tidak boleh dinafikan.Namun, wanita itu akan lebih berjaya dan berbahagia dalam menjalankan peranannya kiranya lelaki yang menjadi pemimpinnya menyemaikan rasa tggungjawab itu dgn benih wahyu Allah swt.
satu penulisan yg baik..
saya pun kadang2 risau sahih ke tak sesuatu perkara ini. memang kadang2 kita terpaksa mendalami berbagai2 buku untuk mendapat maklumat yg sahih. kadang2 kita tidak termampu untuk memastikan segala-gala-nya.
nasihat Saadah akan diingati
Sila lihat post sebelum ini untuk senarai kitab hadith atau tafsir al-Quran. Tetapi yang pasti Hari itu adalah Hari yang masing – masing akan menuntut hak masing – masing.
salam.
mengenai comment katsuri, bukan buku tu sahaja saya pernah rujuk..banyak buku lain yg lagi yg diri sendiri rujuk. lebih dari senarai tersebut.
maaf. saya bukan jenis apabila membaca sudah menerima pembacaan tersebut walaupun setelah membaca 2 atau 3 buku lagi untuk percaya. ini bagi memastikan akidah dan hukum fikh tepat. bukan bilangan buku yg menentukan kepercayaan saya, tetapi dari mulut2 ulamak itu sendiri yg saya lebih percaya.. wallahualam
Maaf..penulisan saya sebelum ini bukanlah bertujuan utk ‘mengsahihkan’ entry kali ini sebab saya pon tak pasti dengan kesahihan perkara2 tersebut. Namun, saya ingin membawa semua pembaca agar sedar dan meneliti tanggungjawab yang diamanahkan Allah swt. Lelaki ada tanggungjawabnya..dan wanita juga ada tanggungjawabnya.Maka masing2 perlu berusaha menjalankan amanah tersebut.
Kita semua yakin yang setiap daripada kita akan ditanya kelak ttg tggungjawab tersebut..Jadi, pastikan kita berusaha yang terbaik agar jawapan yang bakal diberi kelak juga yang terbaik..wallahua’lam.
Amatlah molek jika ilmu itu dicari dan dipelajari dengan ulama ahli haq yang mengamalkan ilmu yang dia tahu serta sunnah Nabi s.a.w.
Namun sedih hari ini bila ramai orang yang ‘faham’ agama cuba ambil kesempatan untuk menulis sebagai sumber pendapatan. Jika berilmu itu, eloklah disebarkan dan biarlah Allah s.w.t. membalasnya.
Namun sedih hari ini bila ramai orang yang ‘faham’ agama cuba ambil kesempatan untuk menulis sebagai sumber pendapatan.
saya minta penulis komen ini menjelaskan apakah maksud yang tersurat dan tersirat daripada komen anda di atas. Saya tidak dapat lihat relation dengan post di atas, mungkin datang dari kelemahan diri saya sendiri. mohon pencerahan. Cuba terangkan sedikit apa yang dimaksudkan oleh saudara kasturi dan mengapa perkara ini dinaikkan di dalam post ini?
Wallahua’lam.
Sekali lagi saya minta pencerahan mengenai komen saudara kasturi di atas. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘faham’ agama itu, dan merujuk kepada siapakah mereka yang mengambil kesempatan untuk menulis sebagai sumber pendapatan?
Ingat setiap kali anda post, perlulah di sertai dengan penyataan yang jelas dan disertai dengan hujjah yang konkrit. Usahlah berselindung atau bermain di sebalik awan.
Nak bagi baca pun boleh, tak baca pun boleh. Sebenarnya off topic pun. Cuma sekadar peringatan untuk diri yang lemah ini. Nak tolak pun boleh.
Ada yang merujuk pelbagai sumber. Saya tidak rasa itu menjadi masalah. Namun saya agak sedih bila ada orang seperti dalam komen saya.
Penjelasan:
Amatlah tidak patut bagi seorang yang faham ilmu agama untuk menulis buku/kitab semata-mata kerana wang. Bukan sahaja menulis, bahkan memberikan ceramah mahupun tazkirah. Ini adalah kerana dengan ilmu mereka sudah pasti Allah akan memberikan ganjaran kepada mereka di akhirat. Tidak perlu mengharap ganjaran oleh manusia di dunia ini. (susah sebenarnya nak terangkan kerana perkara ini perlukan sifat ‘hikmah’ dalam diri yang masih belum ada)
Wassalam.
saya berstuju dengan kenyataan ‘ tidak patut seseorg menulis/memberi ceramah etc kerana wang .. cuma persoalan di sini hanyalah bagaimana persepsi kita terhadap penjualan buku2 etc di pasaran .. sejauh mana kita layak untuk menilai org itu dan ini menulis/memberi ceramah kerana wang atau tidak .. ilmu didapati dengan usaha yg banyak, dengan masa, wang yg dicurahkan .. dan dengan pelbagai pengorbanan itu, lahirlah buku2 yg hebat, saya tak nampak ia sebagai sesuatu yg patut dipersoalkan,malah saya rasa kita yg kurg ilmu patut membayarnya dengan harga yg jauh lebih mahal jika dinilai usaha yg telah diletakkan ..
p/s saya risau ramai org Islam ingin kembali kepada dunia akhlak mulia yang hebat dan mantap tapi lupa akan hakikat kehidupan, masih banyak perkara yg perlu diutamakan ..
Apabila saudara kasturi berasa sedih, saya juga turut bersama sedih lebih-lebih lagi kerana melihatkan keadaan zaman sekarang orang-orang begitu mudah membuat penghukuman dan berani tampil untuk menilai tahap keikhlasan dan niat orang lain dengan berbekalkan ilmu yang tidaklah banyak mana. Ambillah pengajaran daripada puak-puak Wahabi yang begitu mudah mentakfir dan mentanfiqkan orang lain sedangkan semua itu adalah urusan Allah swt dan bukanlah urusan individu lain.
Tidak perlulah kita dok sibuk mencari kesalahan orang lain, mengeluh atas kelemahan orang lain ataupun dok mempertikaikan integriti ulama masa sekarang berdasarkan ijtihad mereka dalam perkara khilaf sedangkan ini kita letakkan pada Allah swt untuk tentukan.
Bukankah lebih baik jika masa itu digunakan untuk perkara-perkara yang lebih berguna supaya kita lebih fokus dalam berdakwah dan tidak mencapah? tak ke gitu?
hmmm…
Islam mengajar untuk menghormati pendapat ulamak..sayang sekali tidak ramai yg berjaya menghormati perkara tersebut.. ini adalah salah satu punca dimana kerosakan islam berlaku. sedang kita memberi comment ..kita tidak sedar kita adalah golongan tersebut.. (siapala yg macam ini)… fikir2 kan lah
saya rasa antum semua perlu merujuk kepada
entry ‘Kejar kerusi dun dikira tinggalkan dakwah’
Siapakah yang layak dalam dunia ini yang menentukan acuan hidup? takkan sekadar 2 atau 3 orang ustaz? atau pendapat jumuk ulamak2?
untuk merujuk kepada seorang ustaz, perlulah dirujuk kepada berbagai aspect termasuklah AKHLAK DAN JUGA SALASIAH ILMU (2 aspect paling penting)
inilah soalan yg ana tanyakan. dan jawapan dia sudah dijawab oleh seorang ustaz yg ana hormati kerana AKHLAK DAN SALASIAH ILMUNYA YG SAHIH DAN TELUS.
inilah saya panggil sebagai golongan TAKSUB!! yg sudah cukup membuktikan didalam perbincangan kita pada hari ini. Sedar tidak sedar, ketaksuban itu termuncul. tidak percaya..baca semula dan nilai setiap jawapan dan comment yg diberi.
TERPAKSA ana bukak satu perkara yg berlaku dalam usrah ana. teringat lagi pengolahan tafsir Surah Al-Falaq. ini sudah cukup menjadik jelas dan teladan kepada kita contoh KETAKSUBAN DAN JUGA CONTOH KEJAHILAN MANUSIA apabila dibiarkan begitu sahaja mengulas Al-Quran. Surah tersebut menceritakan tentang Kisah rasulullah SAW bersama dengan orang sihir. dan juga golongan yg berhasad dengki. Wallahualam. ana semasa dalam usrah tu tidaklah sejahil yg difikirkan. yg peliknya golongan hasad dengki yg ditafsirkan adalah org yg menghalang manusia dari melakukan program(program apa ana tak tau la)
. ana pelik sampai begini sekali yek manusia apabila diberi peluang untuk bertafsir, mereka melakukan satu jenayah ilmu yang sungguh besar.
merujuk kepada ‘At-Tibyan fi adaabi Hamaatil Quran’ terlalu banyak syarat yg diletakkan telah di-breach. maka apabila tidak diikuti, JAUHILAH GOLONGAN INI. besar2 ia dihighlight kan oleh imam nawawi
jadi..ana sebagai org yg menerima pengalaman ini, ingin bagitau saudara2 semua..jauhi org sebegini, kerana bahayanya jenayah ilmu itu..dan kerana jenayah ilmu itulah wujudnya ketaksuban..wallahualam
sebagai penutup bicara, ingatlah wahai kawan2 ku..
kita tak abis salahkan org kerana mentafsir lain apa yg kita cakapkan, sedangkan sebelum kita bercakap hendaklah kita melihat sejauh mana makna perkataan yg kita cakapkan itu bole menjadik impak kepada org lain.
and plz…jgn guna alasan ‘INI adalah KHILAF’ sbg malarikan diri dari kesilapan sendiri..
kepada pembawa agama Allah, JGN BIARKAN ORG LAIN MENABUR FITNAH KEPADA AGAMA KITA. BERHATI2 DENGAN PERKATAAN YG DISEBUT!! SESUNGGUHNYA KATA2 MU ITU ADALAH sebahagian dari AKHLAK MU!
wallahualam
Your answer lifts the itnelilgnece of the debate.
8kCA0a uzdgwdhlpynl