Aqidah dan Politik
Filed Under (Uncategorized) by fairuz_azmi83 on 11-03-2008
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Ini kira first time saya tulis di blog ni. Saya bukanlah terer sangat bab-bab menulis ni tapi tergerak hati nak menulis tentang beberapa perkara selepas demam pilihanraya yang lalu.
Bila saya bukak topik politik di kalangan kawan-kawan, saya terima pelbagai respons .. ada yg semangat nak sembang sampai nak tido pon dah tak jadi, ada yg terus ubah topik dan ada yg menunjukkan reaksi yang negatif dan mengaitkan politik ini sebagai ‘kotor’.Apa-apa pun respons yang saya terima, saya sudahpun ada pemikiran saya sendiri terhadap politik dan cuma berharap dengan berbincang dengan member-member dapatla memperkembangkan lagi pemikiran saya ini supaya lebih open minded .. tak sempit ..
InsyaAllah saya akan cuba kupas tajuk ini dengan pelbagai aspek tapi kali ni saya nak sentuh kaitan politik dengan aqidah. Saya yakin ramai yg membaca entry saya ni sure dah faham apa yg akan saya sampaikan tapi mungkin masih ramai yg blank .. eh .. macam mana plak politik bleh kait ngan aqidah?
Now, let’s look at both term .. first aqidah. Saya sure semua insyaAllah ada basic tentang aqidah, saya tidak berniat nak perincikan konsep aqidah kerana ia akan memerlukan masa dan ruang yg luas. Basically aqidah ni kita kaitkan dengan konsep syahadah .. yakni ‘Lailahaillallah dan Muhammadur Rasulullah yang semua tahu maksudnya : Tiada Ilah (Tuhan ) melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Semua org Islam wajib mengimani kalimah syahadatain ni .. baru la kita boleh claim yg kita ni muslim ..
Bila kita faham yg Allah adalah Ilah (Tuhan) kita .. maka setiap perkara dalam hidup kita sure akan berpandu pada apa yg Allah dah bgtau .. sebab apa? Sebab dia adalah Tuhan yg menciptakan kita .. kita hirup udara kepunyaan-Nya, melihat dengan mata pemberian-Nya, berjalan dengan kaki kurniaan-Nya dan banyak lagi … sebagai contoh kita ambik bab aurat. Allah telah mengarahkan wanita untuk menutup aurat .. dan huraian secara details ttg aurat diceritakan dalam hadith berdasarkan al-quran .. kalau kita benar2 beriman dengan kalimah syahadah, mengaku Allah Tuhan kita .. mahu atau tidak, susah atau senang .. kita wajib tutup aurat .. kalau kita tak ikut, macam mana kita bleh kata yg Allah Tuhan kita? Memang tak logik di akal kan?
Sekarang ni kita masuk bab politik pulak .. hmm .. mula2 nak kena clarify mind set ramai org yg selalu kata politik ni kotor .. satu benda je yg saya nak minta geng2 ni buat .. fikir dalam2 sebelum buat kesimpulan .. kalau anda buat kesimpulan politik itu kotor sebab melihat masalah2 ahli politik, saya mohon anda buka minda luas2 ..banyakkan membaca tulisan2 para ulama’ dan ilmuwan moden .. then kalau still rasa politik itu kotor , then kita bleh bincang balik hal ni ..
Sedar atau tidak sedar, org kafir memang la syok sangat kalau ini cara org Islam fikir. Sebab apa saya cakap macam tu? Kita semua sedar yang org kafir .. contoh Amerika yang guna politik untuk control dunia, begitu juga org Yahudi (lebih tepat kalau guna golongan zionis). Dengan kuasa yg ada, mereka control ekonomi dunia sampai org muslim kena jugak depend kat diaorg kalau nak hidup; mereka control media, guna media untuk sampaikan pemikiran2 negatif, filem2 lucah dan dakyah kuffar - org Islam pulak sanjung hasil2 org kafir ni tapi lupa yg semua ni ada impak negatif kepada cara org Islam fikir .. perang saraf org kata … so kalau org Islam fikir yg politik itu kotor .. so malas nak fikir pasal politik .. mampus la org lain nak fikir pasal politik .. aku tak mau .. aku tak peduli .. so definitely org kafir akan lebih kuat .. sebab apa? sebab pimpinan org Islam lemah .. ramai yg benci politik .. dan ramai yg tak support politik .. so please .. politik is very important .. tanpa politik semua perkara tak dapat nak buat dengan baik - pendidikan, ekonomi, pertahanan, dakwah, pertanian .. semuanya la … dan yg paling penting .. org kafir tepuk tangan kuat2 sampai nak runtuh dewan .. seronok tak terhingga .. Ingat, politik itu asalnya bersih, yg mengotorkannya adalah manusia .. maka kita semua ada tanggungjawab membersihkannya .. tak leh lari walaupun ia dah dikotorkan .. sebab ia PENTING ..
Satu lagi benda yg perlu dijelaskan di sini adalah betapa ramai org Islam sebenarnya dah jadik sekular bila tolak politik. KIta dah berbuih mulut bercakap dan sampai dah nak pekak telinga dengar ustaz2 di sekolah, ceramah2, tazkirah dan sebagainya .. Islam itu cara hidup .. Islam is the way of Life .. diulang WAY OF LIFE .. saya tak nak bincang panjang2 .. i am confident semua faham kan? maka yg duk rasa politik itu kotor dan tak nak fikir pasal politik .. kena fikir balik ni .. takut2 kita tolak politik sampai tak sedar yg sebenarnya kita dah sekular .. semua kena tahu macam mana sejarah mensekularkan pemikiran org Islam ..dan tunjangnya adalah memisahkan pentadbiran daripada hal2 berkaitan ibadah .. bleh rujuk balik zaman2 Renaissance kat Perancis .. kat situlah mulanya .. orang kafir tahu org Islam akan lemah bila fikir macam mana mereka fikir ..
Berbalik kepada tajuk asal .. kaitan antara aqidah dan politik .. bila kita dah kata Allah itu Tuhan kita .. satu-satunya .. tiada selainNya .. yakin Dialah yang mengurniakan segalanya.. tiada yg ada pada kita hak kita .. semuanya pinjaman .. segala arahan perlu dipatuhi . segala larangan perlu dihindari .. maka kita kena review balik aqidah kita bila org duk sebut bab undang2 Islam kita mula rasa ragu2 .. haaa .. bukan sedikit org Islam was2 hal ni .. rasa tak yakin .. rasa tak sesuai .. rasa undang2 ciptaan manusia lebih baik dari undang2 Allah .. Malaysia kan negara berbilang kaum, mana boleh buat undang2 Islam, kalau semua Islam boleh la .. teliti balik .. seriously teliti balik .. benarkah kita ni yakin yg Allah Tuhan kita ? kalau kita yakin, boleh kah kita fikir macam tu? bukan setakat mengatakan hukum manusia lebih baik daripada hukum Tuhan itu sudah menggugat aqidah malah menyamakan pon tidak boleh …
Isu berbilang kaum ditekankan melebihi arahan Allah .. kita kena tengok balik sejarah Negara Madinah .. Nabi Muhammad sebagai ketua negara .. majoriti rakyat Madinah adalah bukan Islam .. eh .. tak pelik ke? macam mana org bukan Islam bleh menerima Islam sebagai hukum? Sebab hukum Islam itu adil .. adil pada semua … sekarang ni apa yg perlu kita buat kita sendiri kena belajar balik pasal undang2 Islam .. faham .. hayati .. then kena buat dakwah kepada kawan2 muslim dan bukan muslim .. cerita hal sebenar ttg undang2 Islam .. seriously .. punyala ramai yg salah faham ..
Tapi kan macam mana nak apply undang2 Islam kat malaysia ..dengan DAPnya, dengan MCAnya, dengan MICnya, dengan PPP, Gerakan etc .. haaa .. sebab tu la kena masuk politik .. gunakan pengaruh anda untuk educate merekan ttg Islam .. yg mana tak mampu terjun politik secara direct jgn lupa timba ilmu nak cerita ttg Islam kat org bukan Islam .. yg nak jadi MP .. tunjukkan akhlak Islam yg baik .. I am sure org bukan Islam akan percaya pada kita .. dan time tu bleh nak guna peluang untuk educate org bukan Islam ttg Islam ..dan dengan kuasa politik kita bleh ubah sistem pendidikan supaya dalam silibus diincludekan pengajaran Islam yg sebenar .. begitu jugak media .. perlu digunakan untuk menyampaikan ilmu2 yang mencerminkan Islam yg sebenar ..
tu je kot .. panjang la pulak .. teringat satu hadith .. Allah akan bangkitkan manusia pada hari akhirat kelak dengan pemimpin mereka .. surelah kita nak bangun kat akhirat kelak bersama pemimpin yang ikut Islam .. yg ikut arahan Allah .. maka kita ada tanggungjawab nak cari dan pilih pemimpin demikian .. fikir-fikirkanlah
wassalam
Related post(s):Musim cuti sekolah adalah musim mengawan bagi manusia. Ramai pasangan yang mengambil peluang cuti sekolah untuk melangsungkan perkahwinan. Penulis yang kini berada di Malaysia sempat...
Assalamualaikum. Mohon mencelah.
Pandangan yang baik. Saya bukanlah menolak politik, jauh sekali menganggap politik itu kotor. Cuma ingin penjelasan lanjut dalam konteks tulisan ini, apakah yang dimaksudkan ‘apabila menolak politik, maka menjadi sekular’? Harap boleh cerahkan kefahaman saya.
ana juga ingin menanyakan soalan tersebut, sejauh mana di labelkan sekular. harap anta dapat cerahkan juga
ia dianggap sekular atau tidak jika
‘tidak terlibat dengan politik secara langsung? tetapi menyokong sebarang parti?’
‘mengatakan politik itu jahiliyyah dengan mengatakan demokrasi asal dari org jahiliyyah maka hukumnya jahilliyyah untuk kita ikuti?’
‘atau tidak menyokong sebarang parti tapi terlibat secara undi?’
harap anta dapat menjawab soalan ini
Assalamualaikum…
Minta izin quote “tanpa politik semua perkara tak dapat nak buat dengan baik … dakwah..”
Satu kisah diriwayatkan bahawa pihak kafir Quraish datang bertanyakan apa insan paling mulia ini mahukan. Harta, PANGKAT, wanita, atau apa sahaja. Namun jika diletakkan matahari dan bulan di kanan dan kiri pun insan ini tidak memilih semuanya bahkan tetap tegus menyebarkan dakwah.
Mengapa tidak dia terima pangkat dahulu kemudian baru berdakwah?
Masjid yang di negeri bertahun-tahun dipimpin oleh ulama pun kosong. Di mana silapnya?
Dakwah membawa manusia kepada Allah s.w.t. tidak memerlukan kepada kuasa atau pangkat.
Wassalam
sekadar nak jawab soalan abg fahd kita .. one thing ..saya just kasi pendapat atas ilmu yg sedikit .. bukan semua yg dicakapkan di atas perlu diambil terima oleh semua
politik adalah sebahagian daripada islam .. apabila kita mengaku kita islam maka suka atau tidak kita tidak boleh menolak politik..
setakat ilmu yg ada di dada .. fahaman sekular adalah fahaman di mana hal2 kehidupan dipisahkan daripada ibadah2 yg khusus seperti solat, puasa dan sebagainya .. maka bagi manusia yg tidak nampak politik adalah part of islam .. maka dia perlu revise balik pemahaman tersebut ..
wassalam
sebenarnya , mula2 nak tulis secara ilmiah .. tapi takut org bosan .. so nak try tulis ikut mood dulu .. insyaAllah saya plan nak tulis secara ilmiah untuk siri2 seterusnya ..
pasal soalan asrap, i have to find that out .. agak details soalan itu, belum sampai ilmu saya ke tahap itu .. jika ada di sini yg dapat bantu, amat2 dialu-alukan
objektif utama hanyalah nak kaitkan bagaimana persepsi kita pada politik dan kaitannya dengan aqidah islamiyah
sekadar menjawab soalan ’sekadar’ ..
saya pernah tanya soalan yg sama kepada beberapa sheikh di tempat saya ..
di sini bukan penilaian penggunaan politik atau tidak, perlulah dinilai dari pelbagai aspek termasuk aspek waqi’, keutamaan dan sirah
kenapa nabi muhammad tidak menggunakan kuasa untuk berdakwah pada zaman makkiyah? kerana pada ketika itu Islam belum ADA .. kerana Islam belum ada adalah tidak bijak untuk baginda memilih kuasa .. pasti penekanan terhadap pembentukan aqidah adalah yg terbaik .. jika baginda berkuasa dengan rakyat yg bilangan yg terlalu sedikit beragama Islam, maka matlamat nak berdakwah akan terhad .. tapi di negara kita, 50% adalah org Islam .. yes, hanya beberapa peratus sahaja yg amalkan islam, but still waqi’nya berbeza.
setelah turun ayat al-quran ttg kesempurnaan ajaran Islam .. maka adalah tidak logik untuk kita org Islam untuk hanya memilih untuk menekankan bab2 tertentu .. sedangkan pada ketika itu Islam telah sempurna .. semua part of Islam, dari seasas-asas aqidah ke politik, tidak ada satupun yg boleh ditinggalkan ..
dari metod dakwah, saya tak kata yg politik is the only way untuk dakwah .. semua org tahu bahawa dakwah melalui politik ada kekurangan dan kelebihannya .. tujuan penulisan ini hanyalah untuk mengurangkan allergi umat islam terhadap politik
kenapa saya kata dakwah itu susah tanpa politik ? ada sebabnya. tapi bukan maksud saya di sini dakwah tak boleh berlaku tanpa org islam masuk politik. dengan kuasa, kita dapat membina polisi pendidikan yang lebih menjurus kepada ajaran islam yg sebenar. Ini adalah dakwah. dengan kuasa, kita boleh control media supaya dihidangkan dengan program2 yang lebih bermanfaat kepada penonton. Tanpa memiliki kuasa, dakwah kita terbatas. Kerana apa? kerana pemimpin tidak memahami ajaran Islam yg sebenar. kerana apa? kerana ia akan memberi gambaran sebenar siapa yg salah, siapa yg benar ..
saya yg bercakap ttg politik ini sendiri mungkin tidak akan terjun secara terus ke dalam arena politik .. tapi saya menggunakan kapasiti saya sebagai bakal doktor, ahli masyarakat untuk educate (dakwah)umat islam dan bukan islam ttg islam .. dan maka dengan itu politik islam tidak boleh ditinggalkan
QUOTE:
“Satu kisah diriwayatkan bahawa pihak kafir Quraish datang bertanyakan apa insan paling mulia ini mahukan. Harta, PANGKAT, wanita, atau apa sahaja. Namun jika diletakkan matahari dan bulan di kanan dan kiri pun insan ini tidak memilih semuanya bahkan tetap tegus menyebarkan dakwah.
Mengapa tidak dia terima pangkat dahulu kemudian baru berdakwah?”
Harap maaf, saudara/i sekadar..saya tidak bersetuju sekiranya hujah ini digunakan untuk menyatakan politik itu tidak penting.Lagi pula, dlm seerah tersebut, Ada syarat yang diberikan oleh Kafir Quraisy tersebut kpd Rasulullah saw bagi tawaran tersebut.Jika Rasulullah saw menerima tawaran tsebut,maka Rasulullah saw telah mengkhianati amanah Allah swt yg telah mengutuskan baginda sebagai Rasul.
QUOTE: “tanpa politik SEMUA perkara tak dapat nak buat dengan baik”
ADA silapnya penggunaan ’semua’ pada statement di atas.Tanpa politik, tidak semua perkara dapat dibuat dengan baik. Namun, dengan politik banyak perkara yang boleh dibuat dengan baik, yang mana seorang individu muslim tak boleh nak buat dengan baik.Saudara/i sekadar silalah berdakwah menentang kemungkaran kepada kerajaan kita sekarang yang membuat pelaburan besar dlm industri judi, arak etc.Ada boleh ke atas kapasiti sbgi individu muslim?Mungkin boleh..tapi susah dan berapa ramai alim ulama’ yang tersungkur dan membelakangkan kitab Allah bila berdamping dgn pemimpin2 sperti ini. Haa..Dan jangan lupa ye hapuskan juga sistem pembankan yang bergelumang ngan riba’ tuh.Sakit jiwa saya pk kat mana lagi nak melabur duit.
Doktor Abdul Karim Zaidan dalam bukunya Islam dan Dakwah meletakkan bbrp perkara dan memperincikan objektif sistem politik dalam Islam.Sistem Politik bukan menjadi matlamat kita tapi Ia sebagai alat bagi mencapai Objektif-objektif tertentu. –> Sila baca Objektif Sistem Politik Dalam Islam
Imam alGhazali pun ada cakap: “Dunia adalah ladang akhirat dan tidaklah sempurna agama tanpa dunia, sementara kerajaan & agama adalah 2 perkara berkembar. Agama adalah asas & pemimpin adalah pengawal. Sesuatu tanpa asas akan binasa dan sesuatu tanpa pengawas akan mudah sia-sia.”
Bolehlaa nak berdakwah dan makmurkan bumi ini dengan Islam, tapi kalo takde pemimpin Islam tuh, mudahlaa nak roboh..atau jadi sia-sia.
Saya bersetuju dgn penyataan saudara/i sekadar.Berdakwah tidak memerlukan kuasa atau pangkat.Siapa yang berdakwah hanya bila dia menjadi seorg yang berkuasa adalah orang yang tidak memahami kewajipan berdakwah itu sendiri.Seolah-olah samalaa kita meletakkan tjwb dakwah kepada para alim ulama dan ustaz/ustazah.
Artikel ustaz Hasrizal ada sentuh perkara ini.
Dalam konteks dunia sekarang, kita perlulah memperkemaskan jentera Islam kita.Orang kafir maju ke depan menyebarkan dakyah mereka..melebarluaskan lagi pemikiran sekular kepada segenap pelusuk manusia melalui pelbagai cara; pendidikan, hiburan, internet, media massa etc.Jadi takkan kita masih di takuk lama memegang tombak dan pedang?Orang kafir menguasai politik dunia/negara, maka orang Islam pasti akan terus dihina.Lihat sahaja kesannya di Pakistan bila mana kuasa dipegang oleh orang yang tidak memahami Islam sebenar.
Saidina Ali ada menyatakan; kebatilan yang tersusun, akan dapat mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun.
Politik bukanlah kunci segala-galanya kepada kemenangan dan kegemilangan Islam.Tapi Ia sebahagian drpd sistem2 dalam Ajaran Islam.
“wahai org-org beriman, masuklah kamu ke dlm Islam secara seluruhnya..”
Seperti kata saudara Fairuz, ia membuka lebih ruang untuk kita menunjukkan aplikasi Islam kepada semua regardless of religion dan races.Islam memberi keadilan kepada muslim, dan kafirun..ini lebih mudah dilihat jika ia diapply di peringkat pentadbiran dan pemerintahan tanpa meninggalkan usaha pentarbiyahan atau dakwah di peringkat grassroots.Educate dan sebarkan ajaran Islam kepada semua org..Tariklah seberapa ramai org untuk mengamalkan Islam sebenar. Boleh cuba tgk video nih..contoh yg tlh ada skrg.
Haa..pasal masjid yang dibina di negeri pimpinan ulama’ tuh kosong..Teruk betul la.Takkan laa sampai camtuh sekali.Kat tempat saya pon ada masjid yang camtuh.Baru je dibina..Cantik sangat2.Orang kata; masjid tuh bakal jadi tempat buaya, biawak dan spesis seangkatan dgnnya untuk bersolat dan berpesta.Bina mahal-mahal..beratus juta habis..tapi sayangnya,di kawsan sekeliling tuh,penduduk yang ada pon tak cukup untuk buat jemaah Solat Jumaat.Nampaknya lama2 jadi tempat Jin bertendang..Tapi mungkin laa sebab negeri itu bukan dipimpin oleh ulama’.Jadi bulehla kot nak maafkan. Baru2 nih pon masa perlancaran,siap buat konsert Bollywood lagi..takpe laa.Nak buat camne,dah pemimpinnya bukan ulama’.Ustaz/ustazah pon masih berdakwah di pondok2..Angguk2 Geleng2 je laa kita.
Lagi satu kan saudara/i sekadar,agaknya masa anda melawat masjid yang katanya kosonng tu kan..anda salah pilih time.Time tuh orang ramai2 p stadium kot..eh,bukan p tgk bola..tapi duduk menyembah Allah.Tgk laa sendiri. Mmg layak pon digelar serambi Mekah; … kalo bukan masa nih,maybe masa org ramai2 p dengar kuliah ari jumaat
Akhirul ‘entry’ (:P), pk2 kan pernyataan ini..mungkin ada betulnya.Saya dapat dr akhbar alternatif; “Pengajiannya dinafikan kerana para penceramah Umno tidak dan mungkin kurang bersedia untuk mengajar, sebab mereka pun tahu apa yang akan dicakapkan itu salah menurut hukum Syara’, daripada diserahkan kepada penceramah PA*S, lagi baik masjid kosong tanpa pengajian, kerana bagi tanggapan Umno, PA*S akan berpolitik dalam masjid.”
Wallahua’lam.
Abg fairuz,
Kenapa ye selepas Hajatul Wida’ para sahabat r.a.hum yang kira-kira ramainya 124 000 orang bertebaran seluruh dunia untuk menyebarkan Islam. Islam telah sempurna ketika itu. Tapi, mereka tak tahu ke yang beribadat di Mekah dan Madinah berganda - ganda pahalanya?
Manusia hari ini yakin pada bahawa dengan kuasa/pangkat kita boleh buat ubah segalanya.
Ulama memberi satu tamsilan yang amat mudah.
Ada sebuah pokok yang buahnya rosak, setiap kali keluarkan buah yang rosak, kita cantas dahannya. Begitulah ulang²nya. Tak sedar bahawa sebenarnya di dasar (akar) tu yang tidak baik. (Saya pasti ada yang akan bidas analogi sains ini).
Begitulah manusia, selagi manapun ada peraturan. Jika dia tidak sedar bahawa ianya datang dari Allah s.w.t. maka dia tidak akan berhenti.
Mungkin abg akan jawab itulah tanggungjawab pemimpin. Nak beritahu rakyat.
Sedangkan kerja ini amat halus dan kita tak mampu faham melainkan kita sendiri pergi keluar tengok keadaan umat ini. Jadi tidak hairan mengapa masjid masih kosong hingga hari ini. (Saya sendiri lemah juga).
Fahamlah bahawa usaha membawa manusia kepada Allah ini tugas semua orang. Apabila semua orang Islam telah beriman, maka akan muncul pemimpin dikalangan orang yang beriman itu sendiri.
Kepada semua:
Jika hari esok SEMUA orang Islam di dunia ini bersolat secara berjemaah di awal waktu di masjid, maka lusa Islam akan kembali menjadi kuasa dunia di hari LUSA.
Wassalam
alamak, maaf jika semua dah salah faham maksud artikel saya yg sebenar .. saya mmg setuju yg metod politik bukan THE ONLY METOD DAKWAH .. mmg tak boleh meninggalkan metod2 yg lain .. yes metod politik ada kekurangannya .. tujuan utama artikel ni adalah untuk try untuk educate umat islam yg poltiik tidak boleh ditinggalkan ..
teringin nak tahu pasal masjid kosong tu.. jika boleh dilihat satu program munajat di sebuah stadium baru2 ini .. sure anda berdua akan terpesona .. ada kehebatan di situ bila pemimpin berjiwa Islam ..
p/s harap persoalan yg sama tak diajukan lagi ya.. saya tak pernah kata metod yg lain tak boleh, salah, tak penting atau sebagainya .. maaf jika artikel saya mengelirukan ..
menjawab persoalan akar yg tidak kukuh, saya amat agree yg bagaimana pemimpin islam nak make sure yg rakyat benar2 faham islam .. sebab kalau tak faham islam sure susah Islam nak maintain .. metod dakwah dari bawah ke atas atau untuk memahamkan islam secara dasar saya kira semua org dah faham .. kalau kita tengok metod politik .. kuasa yg ada dapat digunakan untuk melaksanakan polisi2 yg pro Islam (tak perlu untuk guna nama Islam jika tidak perlu) .. contoh sistem pendidikan yg baik .. sistem pendidikan yg membawa kembali umat islam untuk mengenak Allah dan Islam yg sebenar .. maka untuk mengatakan menggunakan politik akan menyebabkan org di bawah tak faham islam adalah kurang bijak kerana hal ini perlu diperincikan .. cara nak buat semua ni saya serahkan kepada yg pakar kerana saya tidak layak untuk bercakap ttgnya
Kalau abg rasa komen saya ni nak di delete kerana takut orang lain rasa kurang selesa. Eloklah rasanya di padam. Takut ada orang anggap seolah-olah debat. Saya amat risau bila ada orang fikir ini seolah - oleh debat. Padam ekh bang. (^_^) Tinggalkan je komen 2 terawal tu. Ok kot. Mekasih
eh jangan la camtu .. mana mungkin org Islam boleh jadi matang dalam berfikir kalau tak de perbincangan .. saya menerima dengan terbuka sebarang opinion .. tak perlu takut rasanya ..
Terpulanglah. Saya tidak takut orang tapi saya takut jika saya berdosa kerana mcm ‘berdebat’. Mungkin ada satu perkara yang saya rasa perlu kongsi dan khabarkan kepada yang lain, tapi tidak ada kene mengena dengan topik ini.
Ayat - ayat Al-Quran dan Hadith-hadith Nabi s.a.w. janganlah ditafsir ikut fikiran dan pendapat sendiri. Apatah lagi dibahaskan. Walaupun tepat dengan tafsiran ulama, namun kita dianggap salah kerana tidak mempunyai ilmu.
Jadi seelok-eloknya jika kita hendak buat halaqah, untuk tafsiran ayat-ayat Al-Quran, rujuk kitab-kitab tafsir dan syarah oleh ulama-ulama haq.
Contoh kitab tafsir:
Tafsir Ibn Kathir, Tafsir Al-Qurtubi dll.
Contoh kitab syarah hadith:
Riyad-us-Saliheen
Tafsiran dan syarahan oleh ulama sudah cukup. Apa yang perlu dibincangkan adalah bagaimana kita hendak amalkan dalam kehidupan kita dan bagaimana kita nak sampaikan kepada yang tidak dapat hadir.
Sekian, wassalam.
diharapkan adik kecil a.k.a sekadar dapat menjawab perkara yg dikemukan oleh ainul mardiah.. harap maklum….
Harap ini penutup bicara buat saya yang sekadar bertandang ke sini. Tidak dijemput pun. Maaf ya.
* Hakikat Dunia
Sememangnya usia dunia telah menunjukkan usia tuanya. Bukan tidak boleh kita kejar dunia dalam masa yang sama kejar akhirat.
===
Cuba semak kitab Hadith tentang perbualan antara Saidina Umar r.a. dengan insan paling mulia tentang kehidupan di akhirat dimana Saidina Umar r.a. membandingkan kehidupan insan mulia di sisi Allah dengan Raja Kaisar dan Rom.
===
*Politik
Saya rasa saya tidak pun menyentuh perkataan politik kerana saya anggap ia sebagai satu pangkat dan kuasa.
* Masjid kosong?
Berita disampaikan oleh seorang rakan. Jika tidak mahu menerima perkataan ‘kosong’, cukuplah saya bandingkan solat Jumaat dan solat Subuh/Isha’ pun sudah cukup rasanya. Bila hari Jumaat: “Entah dari mana datangnya mereka ya?” rintih hati seorang insan.
Wahai muslimin: Kena ingat, tidak sama anda bersolat di rumah secara berjemaah dengan di masjid tempat azan diazankan.
*Kuasa atau dakwah
Seorang insan berkata, “Pemimpin yang akan memimpin orang Islam hari ini bukanlah pemimpin yang mampu memimpin semua umat Islam.” Pemimpin yang dimahukan akan muncul seperti dalam surah an-Nur ayat 55. Apabila semua orang Islam beriman yakin dan percaya 100% dengan perintah Allah s.w.t. dan sunnah Nabi s.a.w., maka tunggulah pemimpin umat Islam yang sebenar akan muncul.
Tidak saya menyangkal ulama-ulama yang memimpin segolongan pihak hari ini, tapi saya sedar bahawa umat ini masih menderita. Ada lagi yang belum celik. Ada lagi yang masih tercari-cari nilai sebenar Islam itu sendiri. Masih jauh jalan ini…
*Tentang saya
Bukannya baik. Bukannya pandai. Bukannya hafiz ataupun alim ilmu agama. Cuma berkongsi apa yang tahu.
Saya sedih bila:
1. Masih ada umat ini yang tidak kenal Rab mereka.
2. Masih ada orang Islam yang tidak amal agama.
3. Saya sendiri tidak amal apa yang saya cakapkan.
Moga ini menjadi peringatan buat saya. Menangislah kamu untuk umat ini kerana insan yang mulia itu ketika akhir hayatnya masih mengingatimu.
Allah waRasulu a’lam
Assalamualaikum
saya bersetuju ttg perdebatan yg mungkin akan mencetuskan perkara yg tak diingini .. saya tak bertujuan untuk mencari salah siapa ,cuma ingin menyatakan pendapat peribadi .. jika apa yg saudara/i adik kecil quote itu benar, maka kita pasti kena ambil sebagai pengajaran .. cuma alangkah baik dikongsi apa yg dibincangkan ..
saya tertarik dengan quote yg adik kecil bawakan awal2 tadi berkenaan dengan jika esok semua org bersolat fardhu di awal waktu pastinya pada lusa islam akan menjadi kuasa. Persoalan di sini adalah bagaimana kita nak make sure semua org solat di awal waktu. So saya cuba senaraikan di sini:
1. membuat usrah, ceramah, daurah, tamrin etc untuk memberikan kesedaran ttg kepentingan solat etc
2. mengadakan kem ibadah di sekolah2, universiti2, kampung2 dan di mana sahaja supaya org faham ttg ibadah
3. menyebarkan pamflet2 berkenaan kepentingan solat
4. kempen solat, kat kelantan ada bulan solat, manarik!
5. menggunakan media bercetak dan elektronik untuk menyampaikan ilmu2 ttg solat
6. memasukkan silibus berkenaan solat dan train guru2 supaya pentingkan penekanan kepentingan solat
7. mengadakan kursus keibubapaan supaya mudah mendidik anak2 ttg solat
8. dan banyak lagi .. dan semua ini dapat dilakukan dengan pelbagai metod dakwah. Saya yakin dengan kuasa banyak yg saya senaraikan dapat dilaksanakan. wallahua’lam
Minta maaf ingin mencelah sedikit. Bila bercerita mengenai mengapa masjid-masjid masih kosong dan tidak dimeriahkan terutamanya oleh golongan muda-mudi, teringat ceramah Dr MAZA apabila dia menempelak imam-imam masjid yang mengeluh mengapa golongan muda (dan tua) tidak mahu ke masjid atau menyertai program-program di masjid. Beliau menyindir imam-imam dan AJK masjid yang terlampau fokus aktiviti-aktiviti yang dianggap tidak efektif seperti mengajar kitab-kitab kuning, qiam dan sebagainya untuk menarik minat orang muda-mudi dan beliau menyarankan diadakan program seperti tutorial untuk peperiksaan, tution percuma untuk pelajar-pelajar yang akan mengambil SPM dan PMR dan banyak lagi aktiviti-aktiviti yang lebih sesuai dengan tahap dan minat mad’u.
Kesimpulan dari cerita tadi, uslub atau pendekatan dakwah perlulah dinamik dan diperluaskan dan bukan tertumpu sekadar usrah sahaja. Tidak dapat disanggah lagi yang siasah (politik) yang berteraskan islam merupakan salah satu alat yang berkesan di dalam dakwah dan dengan berbekalkan kuasa dan pangkat juga kita dapat meluaskan dan mempelbagaikan dakwah kita ke segenap lapisan masyarakat di bawah penguasaan kita. Uslub dakwah ini juga memungkinkan kita untuk mengadakan aktiviti dakwah dan memperbetulkan dasar yang tidak mungkin boleh diutarakan oleh mereka yang tidak berkuasa. Tidak perlulah dibincangkan di sini isu dakwah perlu fokus atau tidak boleh mencapah dan sebagainya kerana ini boleh di bincangkan di waktu yang lain insya Allah.
Konsep dakwah juga tidak boleh dikecilkan kepada sekadar usrah dan ceramah sahaja. Adakah mereka yang bekerja untuk menyumbang jentera dakwah dikatakan tidak berdakwah? Teringat kisah yang diceritakan oleh YB Salahudin Ayub ketika beliau pergi ke salah sebuah kampung di sebuah negeri di Malaysia, beliau melalui sebuah dusun getah yang di dalam terdapat sebuah teratak usang yang di diami oleh seorang lelaki tua. Kelihatan di luar rumah orang tersebut terdapat dua keping getah sekerap yang sudah tersedia untuk dijual. Orang tua tersebut menjelaskan yang sekeping itu untuk menanggung makan minum beliau pada hari itu dan sekeping lagi adalah untuk diberikan kepada perjuangan parti Islam di Malaysia. Walaupun orang tua tersebut mungkin tidak mengetahui selok belok pengetahuan islam secara tafsili jauh sekali apabila ditanya mengenai Imam Hassan Al-Banna dan gerakan islam moden, adakah beliau dianggap sebagai tidak menyumbang kepada dakwah? Namun, mereka inilah tangan-tangan dan kaki-kaki kepada sesebuah gerakan dakwah. Tanpa mereka, tak mungkin sesebuah gerakan islam boleh berkembang. Usahlah pertikaikan isu tahap pentarbiyahan seseorang yg mahu menegakkan Islam, tetapi lihatlah kepada pengorbanan yang dibuat pada kapasiti masing-masing. Jadilah a’milin bukan sekadar mufakkirin.
Minta maaf kerana agak tersasar sedikit daripada konteks yang dibincangkan di sini. Pada pendapat saya yang lemah dan kurang ilmu ini, politik dan aqidah memang tidak boleh di pisahkan kerana siasah termasuk di dalam konsep islam sebagai Ad-Deen. Teringat salah satu khutbah dari Dr. MAZA (MAZA lagik?) sebelum PRU baru-baru ini, seingat saya beliau menyatakan undian kita merupakan refleksi kepada iman dan juga sejauh mana kita berpegang dan yakin dengan Islam. Ingatlah pesanan Sheikh Yusuf al-Qardhawi di dalam suratkhabar Al-Aswat, London ya’ni “He who says that democracy is disbelief, neither understand Islam nor democracy” - February 5, 1990.
Allahua’lam.
1 cara yang pasti dan pasti berkesan:
Kita kena jumpa semua orang. Tiada terkecuali. Dari lorong ke lorong, dari pintu ke pintu, dan dari hati ke hati.
Kemudian selepas itu berdoa agar dikurniakan taufiq dan hidayah. Amin~
Saya pun nak ikut abg sekadar meminta diri. Maaf ya mengganggu.
Wassalam
P/S: *’Sekadar’ dan ‘adik kecil’ berkongsi PC (^_^)v jadi I.P. dia sama.
laman web ni terbuka buat semua, harap dapat berkunjung lagi .. manusia2 di sini bukan sempurna .. ilmu cetek .. teruskanlah berkongsi ilmu .. jzkk
p/s tak pernah rasa terganggu .. tanpa respons rasa macam tak de org baca plak
QOUTE
‘1 cara yang pasti dan pasti berkesan:
Kita kena jumpa semua orang. Tiada terkecuali. Dari lorong ke lorong, dari pintu ke pintu, dan dari hati ke hati.
Kemudian selepas itu berdoa agar dikurniakan taufiq dan hidayah. Amin~’
‘1 CARA YG PASTI DAN PASTI BERKESAN’
saya ulang sekali lagi…
‘1 cara YG PASTI DAN PASTI BERKESAN’
selepas 15 kali ulang..
‘1 cara YG PASTI DAN PASTI BERKESAN’
(maaf.. saya menggunakan kesinisan yg berlaku di post yang lepas..jadik yg menggunakan cara ini perlulah faham inilah realiti nya) =)
dimanakah jaminan yg diberi untuk meletakkan satu kepastian sebegitu tinggi?
salam..
saya sering menyebut satu hadis ini ble bersembang
” ade DUA jenis manusia (sinfaan minan naas), apabila baiknye mereka, maka baiklah manusia. Jika buruknye mereka, maka buruklah manusia..al-ulamak dan al-umarak..”
Maka gandingn dua ini diprlukan utk pastikan kita selamat dunia dan akhirat..
tanpa menafikan peranan ulamak yg berdakwah disemua peringkat (akar,umbi..etc), namun peranan umarak wajar diakui kepentingannya utk sediakan cuaca yg sesuai..benih hebat camne pun, akar yg bes n kuat, tp kalu cuaca ggu (ribut salji tetiba, kemarau 90 tahun, saliran air disekat, tanah tetiba runtuh sb tambatan tanah xkukuh..etc) xberbuah jugak rambutan..
peace =)
hehe..sori2..
lupa nk kasi kesimpulan..jom kite pakat berganding bahu..sama2 baiki n tolong n tampung kekurangan satu sama lain..
saya sgt memerlukan sahabat2 bimbing saya sb saya pun nk jd akar yg baik supya blh bertahan dlm cuaca yg xmenentu skg nih..
hehe..
adoi…satu lg..
pasal masjid kosong tu..saya agak terasa hati jugak..sb tu negeri saya..hurm..
xadil kalu nk salah kan negeri tu (masjid kosong..etc)semata2 ulamak yg memerintah..ulamak memerintah tu sbgai bonus, namun hakikatnye yg saudara di atas kritik tu atas kapasiti sbgai umarak..so skg tugas kite la plak berdakwah, sb mereka dah menyediakan platform yg termampu dgn bidang kuasa kerajaan negeri yg limited utk kite isikan..at least lebih baik dr negeri2 lain yg pastinya..
kat kelantan, ckp je jenis kuliah yg saudara nk dgr..mlm isnin ade kuliah ulum hadis kat masjid sultan ismail, sabtu jom kite g pondok pasir tumboh kat masjid atiqullah ade kuliah fiqh, nak g masjid muhammadi tiap2 mlm pun blh ade pelbagai kuliah bermacam subjek dan bersilibus..masjid telipot dan kampung sireh pun xkurang hebatnye…erm,kalu kat selngor..dgr cite surau seksyen 8 kene tutup sb takut wat kuliah..hatta nk smayang terawih pun xleh bulan ramadan lepas..adoi, camne nk didik n bina akar camni..kalu buat jugak, kene tangkap polis..
assalammualaikum…
semakin hangat perbincangan untuk entry ini…
saya nak tanya satu perkara kepada adik kecil untuk komen di bawah ni…
adik kecil on March 12th, 2008 2:14 pm
Ayat - ayat Al-Quran dan Hadith-hadith Nabi s.a.w. janganlah ditafsir ikut fikiran dan pendapat sendiri. Apatah lagi dibahaskan. Walaupun tepat dengan tafsiran ulama, namun kita dianggap salah kerana tidak mempunyai ilmu.
apa maksudnya “walaupun tepat dengan tafsiran ulama, namun kita dianggap salah kerana tidak mempunyai ilmu?”
jika apa yang kita katakan bertepatan dengan kehendak dan tafsiran ulama, apa lagi yang perlu diberikan sebagai hujah mneyokong tafsiran ulama yang sememangnya sudah sedia tepat?
bagi saya tidak perlu rasanya….
ke saya salah faham?
just nak tampal dua daripada pelbagai definisi politik… aku pow dari FT nyer blogspot.
Definisi politik:
Politics embraces the study of the behaviour of individuals within a group context. The scope of it’s study is broad and includes issues such as inter-group relationships, the management of groups, the operations of their collective decision – making process, and the implementation and enforcement of decisions. Conflict and it’s resolution is a particular focus of political analysis. The study of politics thus involves a wide range of complementary subject areas which include political theory, political history, government and political administration, policy analysis and international relations. (Joyce, dalam Politics, di halaman: 3)
Politics is closely related to many other fields of knowledge, for example, economics (material relationship), sociology (social relationship), geography (the spatial dimension) and history (the temporal dimension). (Lihat Geoffrey Ponton dan Peter Gill, dalam Introduction to Politics, pada halaman: 6)
fairuz lupe taruk definisi politik.. tak gitu? sebelum borak2 kene faham la apa yang diborakkan.
assalamualaikum,
qouting from imam syaheed hassan al banna…..”If we can appreciate our differences and focus on our similarity”
memahami perbezaan prinsip dengan berlapang dada dan menerima pendapat orang lain…on general sense yer..x berniat nak fire saper2..jgn salah faham pls…=)
insyaAllah jika masih dalam lingkungan syara’, tiada siapa yg salah, malahan semua adalah betul..=)..baina thawabit wal mutaghayirat : antara unsur tetap dan berubah…
sajer mencelah..harap tidak menimbulkan sebarang kekusutan, namun jika ada, tlg hubungi ana secara personal…=)
wassalam
ana merasakan
perbincangan ini adalah penting bagi membuka idea baru. jikalau ia melukakan seseorang maka diingatkan kepada mereka yg terluka, BE PROFESSIONAL..not a wimp.
ana rasa yg mencetuskan controversi lebih kepada bukti2 yg dikemukakan oleh si sekadar. ana qoute semula
‘Satu kisah diriwayatkan bahawa pihak kafir Quraish datang bertanyakan apa insan paling mulia ini mahukan. Harta, PANGKAT, wanita, atau apa sahaja. Namun jika diletakkan matahari dan bulan di kanan dan kiri pun insan ini tidak memilih semuanya bahkan tetap tegus menyebarkan dakwah.
Mengapa tidak dia terima pangkat dahulu kemudian baru berdakwah?’
ini adalah satu kesalahan nyata dan bukti yg langsung tidak relevan dengan soalan untuk menjustifikasikan point ‘tidak menerima pangkat tetapi terus berdakwah sahaja’
salam alaikum jamian.i had read this n i find it parallel to what many Muslims now should prepare themselves for.if we r to live a life that brgs nothg much to Islam n benefit no Muslims in our lifetime,then mite as well we thnk that our creation is void in n out.
verily i find people loving Islam n strive to brg it into order in the real life n actions,wantg to brg happiness n joy for many,wantg to turn this world as wat the koran had laid forth BUT they forget n some of them keep forgetting until they brg dishonour to the Flag that they wish to uphold.clashng among themslvs coz of minute disagreements whch in turn render them powerless in reality coz these disputes.
Allah said in the koran: ?? ???? ????? ?????? ?? ?????? ?? ?? ??????. ??? ???? ??? ???? ?? ?????? ?? ?? ??????. o ye men who believe, y do say out thgs dat u x do.its a big sin(detestation) in the side of Allah to talk of sth that u do not.
rnt disputing among Muslims who hold vision n belittling each other one of the thgs that we say?
indeed when i go thru histories of the ancient nations,many of them united before bein able to make a difference to the world.genghis khan united the Mongolian tribes n Qusai bin Kilab the Quraisy clans n Rasullullah the Muslims.if u wish to render ur efforts trivial n fruitless,then go on disputing!n also talk not of Muslims have to b buildg n helpg each other IF U UNDERSTAND IT NOT.n FEAR THYNE LORD FOR U URSELVES WILL TAKE RESPONSIBLITY OVER THE THGS THAT U HAD SAID N DID NOT-LEAVING THEM AS MERE WORDS WHICH R ONLY BEAUTIFUL N SWEET FOR THE EARS TO HEAR!DREAMS OF DREAMS!
i end with that n may we ponder on our mistakes.salam alaikum