Posted by admin | Posted in Uncategorized | Posted on 04-03-2008
ana terfikir tentang perkara ini. mungkin ada pihak yg berfikiran demikian. ana ingin meminta pendapat antum tentang perkara ini
berikut adalah perkara yang ana fikirkan apabila soalan ini ditanya dalam hati ana
adakah dikira berdakwah jika kita tinggalkan elemen nahi mungkar?
jika kita mahu kejar khilafah..maka kita tinggalkan politik dan biar sahaja kemungkaran berlaku? biar sahaja rakan2 ku yang sedang bermandi-mandian dengan dunia itu dan aku cuma melihat mereka?
adakah kita mahu menjadi seperti di pakistan sekarang? semua ulamak sibuk menjaga sekolah mereka hingga biarkan pemerintahan di tadbir oleh orang yg tidak ketahui agama?
jika kita bermati-matian cuba menghalang kemungkaran..maka kita tinggalkan dakwah?
Siapakah yang layak dalam dunia ini yang menentukan acuan hidup? takkan sekadar 2 atau 3 orang ustaz? atau pendapat jumuk ulamak2?
apakah caranya untuk kita melarikan diri dari jenayah ilmu dari guru?
sedang ana berbual dengan rais, ana ingin berkongsi akan satu perkara yang ana belajar.
‘ppl who teach you have the ability to mold your akidah and your tauhid’ be ware of ppl who thought u
persoalan dihati ana, siapakah yang layak untuk membentuk akidah kita?
harap rakan2 dapat memberitahu
No related posts.




salam,
mmg tak dinafikan dakwah yg insyaAllah ramai di sini tahu ia adalah fardhu kepada muslim dapat dilaksanakan dgn pelbagai cara ..
namun kita dianjurkan melaksanakan dakwah yg effisyen .. persoalan ini sukar dijawab kerana bagi pandangan ana setiap metod dakwah pasti akan kekurangannya dan ditampung oleh kelebihan metod yg lain
dakwah secara politik adalah wajib berlaku .. mana mungkin org islam meninggalkan aspek ini tatkala org kafir dan penentang islam menggunakan kuasa politik untuk memporak perandakan islam .. dengan mengadakan sukatan pelajaran yg sekular, media yg menyampaikan dakyah kuffar dan sebagainya ..
dengan kuasa, kita dapat melaksanakan polisi2 atau undang2 yang membolehkan islam dapat diamalkan atau dengan kata lain dapat mengembalikan penghambaan manusia kepada Allah .. kuasa dapat memberikan mass effect ..
namun, persoalan di sini yg sering timbul adalah bersediakah rakyat untuk menerima undang2 sebegini? org bukan islam? good question .. pastinya dakwah bottom-up tidak boleh ditinggalkan .. cumanya manusia yg mempersoalkan hal ini seolah-olah menganggap org islam yg memegang kuasa akan melaksanakan semua yg dicanangkan serta-merta .. pastinya akan ada step by step plan .. plus pendidikan etc ..
dan melalui politik juga .. dakwah kepada pemimpin sekular boleh berlaku .. mereka memberi teguran ttg arak, riba, judi dan sebagainya di dalam parlimen .. maka dengan itu pemimpin yg sekular tahu yg rakyat mahu perubahan kerana pemimpin berjiwa islam adalah represent islam .. mungkin mereka akan lakukan perubahan .. walaupun perubahan itu bukan atas nak islam , sekadar nak menyedapkan hati manusia yg inginkan perubahan ..
tapi jika semua yg memahami islam meninggalkan politk atas alasan kotor, belum bersedia, bukan prioriti dan sebagainya .. pasti pihak sekular akan melaksanakan undang2/polisi2 yang lebih anti islam .. dan yg nak islam hanya berfikir ttg dakwah di peringkat bawahan (this mind set needed to be changed)
jika fokus kerja yg diberikan alasan i’ll accept but that is not a strong enough reason untuk meninggalkan politik sbg medan dakwah
wassalam
bagi bahagian pertama dalam persoalan ana, terasa ia dijawab dalam pos Hizbu Tahrir.
bagi bahagian kedua, persoalan ini sungguh rumit. bukan kerana disengajakan atau untuk menunding jari ke mana2 pihak, tetapi satu persoalan dimana kita ingin menuntut ilmu yang betul2 sahih. jenayah ilmu terlalu banyak, ana masih ingat, ana diajar di sekolah agama tentang hari kiamat, ustaz mengatakan hari kiamat mustahil berlaku sekarang, akan berlaku dlm masa lebih kurang 20ribu tahun lagi, ini disebabkan bekalan minyak masih cukup hingga ke lama sebegitu selagi mana manusia tidak berperang menggunakan pedang dan panah semula. Sehingga ke situ ana diajar..maka pening untuk difikirkan.
pening ana berfikir tentang hal ini..sukar untuk dijawab. SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK MEMBENTUK AKIDAH KITA?
Mengambil analogi memasak; antara sedap atau tidaknya sesuatu masakan itu walau dimasak dgn ingredients yg sama 100% tetapi dimasak oleh orang yg berbeza.What can u conclude? Si A masakannya amat menyelerakan sebaliknya si B tak sedap pula jadinya masakan itu.Bezanya hanya kerana sukatan! Walau diberi bahan yg sama dan matlamat resepi yg sama tetapi cara yg berbeza walau di tempat yg sama, manakan dpt satu hasil yg memuaskan hati.
Berbalik kpd persoalan ini mungkin telah ada yg nampak apa yg ana nak sampaikan
Sehebat mana cara seseorg itu utk mencapai matlamatnya,jalan yg digunakan tentulah menentukan perbezaan bagaimana realistiknya pencapaian matlamat itu.Recall mujaddid kurun ke-5,terjadinya krisis fiqh pada masa itu menyebabkan fiqh menjadi isu utama pd masa itu.Dan umumnya ramai sedia maklum telah lebih 80 tahun umat Islam tiadanya khalifah,maka pemerintahan dan siyasah/politik adalah isu utama kita pada masa ini.
Manakan dapat lahirkan seorg khalifah tanpa adanya kuasa? Dan bagaimana pula wujudnya kuasa jika tiada istilah politik? Ayuh,bergeraklah keluar dari ‘zon selesa dakwah’ semata.Dakwah itu luas,dakwah itu seni.Dakwah bukan hanya kpd penghasilan kelompok individu muslim yg baik sahaja malahan bergerak selari dgnnya pembentukan pemerintahan Islam iaitu dgn men’dissolve’kan diri dalam siyasah.Rasulullah sendiri memilih jalan siyasah utk membina perlembagaan,recall begitu besar jumlah yg memeluk Islam apabila Rasulullah tubuhkan negara Islam walau penganut ‘core’ sebelum baginda keluar dari Makkah hanya kecil bilangannya.
Maka jalan yg paling realistik tentunya siyasah yg tidak diasingkan dakwah bersamanya dan tarbiyyah tetap menjadi agenda yg bukan utk ditinggalkan.Siyasah itu sebahagian dari agama, dgn perkataan mudah bagaimana kita mentadbir diri kita sehari-hari.Maka samalah konsepnya dgn mengambil agama secara keseluruhan dan tidak hanya separuh-separuh
Sedangkan daulah Islamiyyah adalah matlamat utama ‘resepi’ utama para dai’e, oleh itu methodolgy tentulah dgn ’sukatan’ yg paling realistik. insyaAllah ’sedap’lah ‘masakan’ itu apabila kena caranya.
perkara ini telah menjadi satu debat yg selama ini telah diperkatakan. dan perkara ini adalah satu perkara yg lapuk, yet ia dibuka oleh orang ramai atas tujuan untuk memenangkan diri. tujuan ana bukan untuk memenangkan satu pihak ataupun menjatuhkan satu pihak. tetapi lebih memberi persoalan hati yg timbul apabila sesetengah pihak mengutarakan persoalan topik ini.
ana lebih berpegang kepada satu pendapat yg paling diterima oleh semua pihak. iaitu
‘jangan kita bertaksub, tetapi lebih kepada memahami dan jangan meletakkan emosi dalam menentukan pendapat’
berfikir dan berserah pada-Nya
menjawab pernyataan fairuz:
“namun, persoalan di sini yg sering timbul adalah bersediakah rakyat untuk menerima undang2 sebegini? org bukan islam? good question .. pastinya dakwah bottom-up tidak boleh ditinggalkan .. cumanya manusia yg mempersoalkan hal ini seolah-olah menganggap org islam yg memegang kuasa akan melaksanakan semua yg dicanangkan serta-merta .. pastinya akan ada step by step plan .. plus pendidikan etc ..”
Boleh nilai dan tgk apa yang dibuat di negeri Kelantan–> http://chemekmolek.wordpress.com/2008/02/26/pemakaian-tudung-dan-berpakaian-sopan-di-kelantan/
Implentasi undang-undang hanya dibuat setelah 10 tahun mentadbir negeri tersebut dan dibuat secara beransur2..
Malah kalo nak fikir2, takkan laa dengan hanya setakat kuasa dan undang2 mampu nak drive rakyat seramai ni utk aktvt kerohanian? Even kita yang berusrah pon, masih ada perasaan liat nak bangun dan keluar melwan sejuk utk mengejar redha Allah. http://chemekmolek.wordpress.com/2008/02/22/25/
Boleh juga baca post bertajuk ‘objektif sitem politik Islam’.
wallahua’lam..