Posted by kalam hamba | Posted in Uncategorized | Posted on 29-02-2008
Sistem Politik Dalam Islam bukanlah merupakan suatu matlamat, tapi sekadar suatu cara bagi mencapai objektif-objektif yang tertentu.
Ini kerana, dengan kuasa membolehkan ia melaksanakan perkara-perkara yang tidak mampu dilakukan oleh seorang individu Muslim. Lagi pula, Imam al-Ghazali menyatakan: “Dunia adalah ladang akhirat dan tidaklah sempurna agama tanpa dunia, sementara kerajaan & agama adalah 2 perkara berkembar. Agama adalah asas & pemimpin adalah pengawal. Sesuatu tanpa asas akan binasa dan sesuatu tanpa pengawas akan mudah sia-sia.”
Khalifah pada definisi syara’ telah disebutkan sebelum ini sebagai “orang yang memimpin umat Islam dan urusan pemerintahan negara Islam”. Para ulama bersepakat bahawa khalifah bertanggungjawab mengambil alih peranan Nabi saw dalam memelihara agama dan memimpin dunia dengan agama ini.
![]()
Objektif #1 Memelihara Agama
Doktor Abdul Karim Zaidan memberikan 2 makna memelihara agama; menjaga agama dan melaksanakannya.
-
Menjaga Agama:
Menjaga agama bermaksud mengekalkan semua asas dan elemen Islam dalam sistem pemerintahan yang dijalankan serta perlu disebarkan di kalangan masyarakat sebagaimana yang Rasulullah saw, para Sahabat, dan generasi seterusnya telah lakukan.
Tiada sesiapapun yang berada di bawah pemerintahan tersebut berhak mengengkari atau mengubahnya walaupun individu itu sendiri bukan beragama Islam.
Ulama’ telah berkata: Pemerintah hendaklah menjaga asas agama ini menurut yang telah ditetapkan oleh orang-orang yang terdahulu. Jika ada mana-mana individu masyarakat yang salah faham hendaklah ia dijelaskan dengan hujah dan perkara yang sebenar atau dikenakan apa-apa tindakan atau hukuman yang perlu supaya agama ini sentiasa terpelihara daripada kepincangan dan umat ini terpelihara daripada kesesatan”
Pemerintah perlu menjaga agama ini dengan melengkapkan segenap sudut dengan pelbagai kekuatan dan pertahanan yang mantap supaya musuh Islam tidak ambil peluang, lalu kita juga terpelihara daripada dijajah oleh orang kafir.
-
Melaksanakan Agama:
Selain itu, dalam sistem politik Islam, pemerintah diwajibkan melaksanakan seluruh hukum-hakam Islam dan memastikan masyarakat berpegang teguh kepada hukum Allah dan mentaati Allah. Dan pada masa yang sama, semua elemen perosak yang wujud dalam masyarakat seperti hiburan yang melampau, golongan murtad etc perlulah dihapuskan.
Firman Allah swt dalam Surah al-Haj;41:
“(yaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, niscaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh yang maaruf dan mencegah yang mungkar dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.”
Objektif #2: Memimpin Dunia dengan Agama
Objektif ini bermaksud semua urusan dunia tertakluk kepada agama dan diuruskan berpandukan agama tanpa membuat sebarang penyelewengan. Tepatnya, urusan negara dan rakyat ditadbir dengan cara yang boleh mendatangkan kebaikan serta menghindar keburukan.
Nyatanya, kebaikan yang dicari serta hindari keburukan hanya dapat dicapai jika kita melaksanakan urusan pemerintahan tersebut mengikut hukum syara’.
Dasar-dasar dalam Sistem Politik Islam
-
Mewujudkan Keadilan
Adil: memberikan setiap manusia hak mereka dengan tidak menzalimi mereka
Menurut Ibnu Khaldun: ..Jadi kutip harta tanpa sebarang sebab adalah zalim, merampas harta juga adalah zalim, menghalang orang lain daripada mendapat hak mereka juga adalah zalim…”
Memerintahkan sesorang melakukan apa yang Allah tak wajibkan juga tergolong dalam kategori membuat kezaliman.
Dalam memastikan keadilan dapat diwujudkan, khalifah @ pemerintah perlulah memilih pegawai-pegawai yang berkebolehan untuk membantu beliau. Ini kerana adalah mustahil utk khalifah membuat semua benda dalam erti kata mentadbir negara dan rakyat seorang diri dengan usahanya sendiri. Beliau perlu kepada suatu pasukan yang boleh membantu beliau memenuhi objektif sistem politik Islam.
“Salah seorang dari kedua wanita itu berkata: “Ya bapakku ambillah ia sebagai orang yang bekerja (pada kita), karena sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi amanah“
Kuat/berkebolehan: mampu menjalankan tugas yang diserahkan kepadanya
Amanah: tidak cuai dalam tugas yang diserahkan
Namun begitu, lantik sahaja tidak cukup. Khalifah perlulah mengawasi mereka walaupun yakin pada integriti masing-masing. Ini perlu dilakukan oleh khalifah tanpa diwakilkan kepada mana-mana orang.
“Orang yang amanah mungkin khianat, orang yang memberi nasihat mungkin menipu”
Pilihlah Pemimpin Yang Berakhlak Mulia, bukan Pemimpin Yang Busuk Mulutnya Menghina Manusia
Dalam Surah As-Sad ayat 26, Allah memerintahkan Nabi Daud secara langsung untuk melaksanakan hukum di antara manusia, tidak pula disebutkan sebarang perwakilan kuasa di sini.
-
Mewujudkan suasana aman
Khalifah bertanggungjawab mentadbir negara sehingga rakyat berasa diri dan harta mereka selamat dan aman.
-
Sediakan keperluan masyarakat
Keperluan ini termasuklah dalam bidang perusahaan, pekerjaan, ilmu, kesihatan etc
Ini merupakan fadhu kifayah, maka sekiranya pemimpin gagal memnuhi perkara ini, mereka boleh dikatakan berdosa.
-
Membangunkan negara dengan menyediakan tahap ekonomi yang baik dan kehidupan yang selesa.
Abu Yusuf, seorang ulama’ pernah menulis dalam bukunya ditujukan kepada Khalifah Harun al Rashid menyuruh pemerintah menggali terusan-terusan dan mengalirkan air sepanjang masa dengan perbelanjaan tersebut ditanggung oleh Baitul-Mal sepenuhnya. Ini kerana air tersbut merupakan suatu keperluan bagi memastikan kesuburan tanaman-tanaman di sekitar kawasan tersebut.
Wallahua’lam.
Rujukan: Islam & Dakwah, Abdul Karim Zaidan
Gambar: website-website
Related post(s):Politik itu seumpama BARA. Jika digenggam terlalu erat ia akan melecurkan tangan, tetapi jangan pula ditiup untuk memadamkannya, kerana semakin ditiup semakin marak ia...




jazakallah kepada writer…maybe sape2 yang taksub nga kerajaan tue blehs la bawak2 tobat…dan kalau rasa tak yakin nga alternatif,masuk dulu….pastu kita tengok camne yer…semoga PRU kali nie dimenangi barisan alternatif…Amin…
artikel yg sgt bagus..semoga semua bijak membuat penilaian..i.a