Posted by admin | Posted in Uncategorized | Posted on 27-02-2008
Secara keseluruhan,saya membahagikan artikel ini kepada 3 bahagian ;
Konsep Tauhid
- Merangkumi kalimah “La Ilaha Illallah”- pengabdian mutlak kepada Allah dan “Muhammad Rasulullah”- pengabdian mengikut ajaran dan cara yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.
- Menyedari konsep “Rabb” atau pengabdian dan melalui konsep ini, kita dapat memahami yang Allah berhak mengambil dan memberi sesuatu tanpa izin manusia, dimana sahaja,pada bila-bila masa dan dengan apa cara jua sekalipun.
Hati Dan Iman
- Segala amalan hendaklah dimulakan dengan niat dan sesungguhnya amalan secara lahiriah tidak diterima oleh Allah SWT. Persoalan niat ini hanyalah urusan antara Allah dan peniat berkenaan dan sekiranya baik niatnya, maka Allah akan menerima amalannya.
- Iman pula merupakan software kepada hati dan seseungguhnya iman seseorang itu dapat dinilai oleh orang lain melalui perbuatan seseorang itu. Iman yang mantao sudah semestinya tidak bersama amalan negatif seperti maksiat dan sebarang bentuk kejahatan.
- Jadi, terdapat beberapa cara untuk memastikan hati sentiasa bersih dan iman sentiasa terpelihara seperti ;
- Solat jemaah, baca al-ma’thurat, qiam dan baca al-Quran.
- Selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW
- Banyakkan berdoa dan dirikan solat
- Solat Taubat dan banyakkan zikir
- Membuang sifat dendam dan memaafkan orang lain
- Ingat mati dan ziarah kawasan perkuburan
- Kekalkan wudhu dan kaji ilmu tauhid
- Infa’ harta dan didik nafsu
- Puasa dan bisikan perkara positif kepada diri
- Belanja orang makan, dan jaga pancaindera
- Amar ma’ruf nahi mungkar
- Berkawan dengan ulama dan orang miskin
- Program cuci minda
- Solat jemaah, baca al-ma’thurat, qiam dan baca al-Quran.
- Namun demikian, terdapat juga amalan-amalan yang tidak memelihara kesucian hati seperti ;
o Bersangka buruk dan berterusan membuat dosa-dosa kecil
o Menjadi hamba kepada nafsu dan membuat maksiat
o Syirik kepada Allah
Pengajaran Daripada Riwayat Rasulullah SAW
- Menceritakan keadaan dua jenazah iaitu ;
- Satu jenazah bertukar menjadi babi hutan berwarna hitam kerana tidak mendirikan solat
- Satu lagi jenazah pada zaman Abu Bakar bersamanya ada seekor ular yang sedang memakan dagingnya dan menghisap darahnya. Ini kerana beliau tidak menunaikan solat apabila mendengar azan, tidak menunaikan zakat, dan tidak mendengar nasihat para ulama’.
- Satu jenazah bertukar menjadi babi hutan berwarna hitam kerana tidak mendirikan solat
MULIANYA HATI SEORANG ANAK Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter Pejabat Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya...




