Kewajipan Mendirikan Khilafah Islam
Filed Under (Uncategorized) by kalam hamba on 12-02-2008
Menurut Buku ‘Islam & Dakwah’ karangan Dr Abdul Karim Zaidan, sistem politik dalam Islam yang diperbincangkan di sini merujuk kepada suatu sistem yang terdiri drpd beberapa dasar & peraturan yang berkaitan dengan pemerintah @ ketua negara, kaedah pemilihan, kedudukannya dr segi undang-undang dan sebagainya.
Khalifah dari segi istilah merupakan orang yang dilantik menggantikan orang lain & orang tersebut mewakili orang lain dalam suatu urusan. Dari segi syara’, khalifah merupakan orang yang memimpin urusan umat Islam atau kepimpinan negara Islam.
Dalam entry kali nih, saya akan memberikan dalil-dalil @ bukti-bukti yang menyokong kewajipan mendirikan khilafah Islam setelah sistem khilafah itu diruntuhkan oleh Mustafa Kamal Atartuk pada 1924. Zaman ini menjadi titik akhir kewujudan sistem pemerintahan Islam oleh khalifah.
Kita akan melihat bukti-bukti yang dinyatakan dalam Al-Quran, Sunnah Qauli, Sunnah Fi’li, Ijma’ dan Ulama’ Muktabar.
- Al-Quran
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah An-Nisa’; 58)
Ayat ini ditujukan kepada para ulul-amri; menyampaikan amanat kepada yang berhak dan berlaku adil dalam penetapan hukum. Sekiranya amanat ini disia-siakan, maka kehancuran masyarakat dan negara akan berlaku, Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah saw yang bermaksud; “Jika amanat disia-siakan, maka tunggulah kehancurannya’. Ada yang bertanya,”bagaimana menyia-nyiakannya?” Baginda menjawab, “Jika urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya.” (sahih riwayat Bukhari)
“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur’an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” (An-Nisa’;59)
Ulul-amri dalam ayat 59 ini merujuk kepada pemimpin, pemerintah yang meletakkan ketaatan kepada Allah & Rasulnya. Jadinya, apabila berlaku perkara-perkara yang berselisih pendapat, dia akan kembali kepada nas al-Quran & As-Sunnah.
* Ibnu Taimiyyah telah mengarang buku As-Siyasah As-Syariyah yang menjadi rujukan ramai dengan hanya berasakan kepada 2 ayat ini sahaja.
- Sunnah Qauli
” Sesiapa yang mati dalam keadaan tanpa adanya bai’ah di lehernya, maka matinya seperti seorang jahiliyah. (hadith riwayat Muslim)
Bai’ah di sini bermaksud perjanjian/kesetiaan kepada pemerintah.
Dalam hadith yang lain ada menyebut, “Ikatan Islam akan terlerai satu demi satu. Setiap kali terlerai satu ikatan, orang ramai akan berpegang dengan ikatan yang berikutnya. Ikatan pertama yang akan terlerai adalah pemerintahan dan akhirnya adalah solat”
Terlerai memberi maksud sudah tidak dilaksanakan lagi. Ikatan pemerintahan mula terlerai sejak jatuhnya khilafah Islam pada 1924 oleh perbuatan jahat Kamal Atartuk. Para mentafsir hadith menyatakan, solat merupakan suatu ibadat yang wajib. Maka, pemerintahan yang disebutkan/dinyatakan dengan bergandingan dalam hadith tersebut secara logiknya adalah merupakan suatu tuntutan yang wajib juga.
Bai’ah yang boleh membebaskan dari dosa adalah bai’ah terhadap orang yang berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah.
Dalam keadaan pemerintahan Islam yang tiada, maka umat Islam tidak dapat memenuhi tuntutan bai’ah kepada khalifah Islam. Jadi, nyatalah umat Islam berada dalam keadaan yang berdosa kerana tidak menunaikan perkara yang wajib selagimana tidak tertegak khilafah islam di muka bumi ini. Untuk memelihara diri daripada dosa tersebut, ada 2 perkara yang mesti ada dalam diri kita; wujud perasaan ingkar dalam hati & ada usaha berterusan untuk bangkitkan Islam.
- Sunnah Fi’li
Menyelusuri Seerah Nabawiyah, peristiwa pembinaan Negara Islam Madinah menjadi sunnah terbesar mengenai keperluan sistem pemerintahan Islam dalam usaha menegakkan Islam dan mentadbir dunia dengannya.
Selepas kewujudan negara Madinah, keharusan ditetapkan kepada setiap muslim untuk berhijrah, bergabung diri dengan daulah ini. Kalau tidak, imannya belum dikatakan sempurna dan tiada kewajipan untuk pemerintah Islam melindungi mereka kerana keengkaran mereka berhijrah.
“Dan orang-orang yang beriman tapi belum berhijrah, maka tidak ada kewajipan sedikitpun atas kalian melindungi mereka sebelum mereka berhijrah” (Al-Anfal;72)
“Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaan menganiaya diri sendiri, (kepada mereka) malaikat bertanya: “Dalam keadaan bagaimana kamu ini?”. Mereka menjawab: “Adalah kami orang-orang yang tertindas di negeri (Mekah)”. Para malaikat berkata: “Bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah di bumi itu?”. Orang-orang itu tempatnya neraka Jahanam, dan Jahanam itu seburuk-buruk tempat kembali,
kecuali mereka yang tertindas baik laki-laki atau wanita atau pun anak-anak yang tidak mampu berdaya upaya dan tidak mengetahui jalan (untuk hijrah),
mereka itu, mudah-mudahan Allah memaafkannya. Dan adalah Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun.” (An-Nisa’; 97-99)
Orang yang tidak berhijrah ke negara Islam ketika mana daulah itu wujud dan masih tetap berada di bawah pemerintahan negara kafir, maka perbuatan itu dikatakan menganiayai diri sendiri, malah neraka jahannam seburuk-buruk tempat kembali.
- Ijma’
Ibnu Khaldun; “melantik pemerintah adalah wajib, kewajipan ini diperoleh melalui ijma’ para sahabat dan tabiin kerana ketika kewafatan Rasulullah saw, para sahabat lebih mengutamakan soal perlantikan Abu Bakar r.a (berbanding pengurusan jenazah Baginda) dan serahkan urusan mereka kepada beliau.”
Peristiwa ini dikenali sebagai Peristiwa Thaqifah Bani Sa’idah.
- Ulama’ Muktabar
Imam Al-Ghazali: “Agama adalah dasar, pemerintah adalah pengawas. Sesuatu yang tidak memiliki dasar, pasti akan binasa. Dan sesuatu yang tidak memiliki pengawas, pasti akan mudah sia-sia.”
Hanya selepas kejatuhan khilafah, urusan agama dan daulah mula diasingkan.Walhal, Islam diturunkan secara pakej. Malah, urusan Islam dan daulah itu saling berkaitan antara satu dengan yang lain. Masalahnya, ramai yang terpesona dengan pembaharuan yang dibawa oleh Kamal Atartuk yang dilihat sebagai kejayaan menginterpretasikan Islam yang modern. Nyatanya, agenda Barat yang ingin menjatuhkan Islam telah berjaya.
Ibnu Taimiyah: ” Mengendalikan urusan manusia merupakan kewajipan yang terbesar dan tidak tertegak agama tanpanya. Suatu malam bersama seorang pemerintah yang zalim lebih baik daripada 60 malam tanpa pemerintah.”
Betapa pentingnya kita hidup dalam satu pemerintahan sehinggakan membiarkan diri diperintah oleh orang yang zalim itu lebih baik daripada tiada pemerintah langsung. Sedangkan, jika difikirkan, pasti banyak mudaratnya jika kita diperintah oleh pemerintah yang zalim. Ini pastinya membuktikan kehidupan tanpa pemerintah lebih banyak membawa mudarat berbanding membiarkan diri ditadbir oleh pemerintah yang zalim.
Sunan Abu Daud: “Apabila 3 orang kamu keluar bermusafir, hendaklah mereka melantik salah seorang sebagai ketua.”
Menurut Ibnu Taimiyyah, Sedangkan dalam kumpulan yang kecil diwajibkan untuk memilih ketua/pemimpin, apatah lagi jika manusia berada dalam kelompok yang lebih besar. Maka, keperluan/kewajipan memilih pemimpin itu pastilah lebih besar.
- Sementelah lagi, kebanyakan hukum Islam seperti pengharaman judi, hudud, keadilan hanya boleh tertegak dengan adanya pemerintahan dan kuasa.
Daripada apa yang telah dinyatakan, amat terang lagi jelas bahawa umat Islam sekarang wajib berusaha untuk menegakkan khilafah Islam. Selagi mana kewajipan itu tidak ditunaikan, umat Islam sentiasa berada dalam keadaan berdosa. Dalam usaha tersebut, umat Islam wajiblah bergabung diri dengan jemaah Islam.
Syarat-syarat khalifah:
- Islam
- Lelaki
- Ilmu yang luas
- Berpegang teguh pada agama
- Quraisy yang ditafsir oleh mentafsir hadith sebagai seorang yang berpengaruh
Rujukan:
Islam & Dakwah, Dr Abdul Karim Zaidan
Fiqh Daulah, Sheikh Yusuf Al-Qardawy
Related post(s):“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk...