Atap Hijau Rss

Diplomasi Nabi Muhammad SAW yang merubah dunia.

1

Posted by admin | Posted in Uncategorized | Posted on 08-02-2008

Tafsir At-Taubah oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

“Apabila telah habis bulan muharram itu, maka bunuhlah orang-orang musyrikin itu di mana saja kamu temui mereka, tangkaplah mereka, kepunglah mereka, dan intiplah di tempat pengintipan. Jika mereka bertaubat dan mendirikan solat dan menunaikan zakat, maka berilah kebebasan kepada mereka untuk berjalan. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan jika seorang di antara orang-orang musyrikin itu meminta perlindungan (suaka politik) kepadamu maka lindungilah ia supaya dia sempat mendengar firman Allah. Kemudian hantarkanlah dia ke tempat yang aman baginya. Demikian itu disebabkan mereka kaum yang tidak mengetahui”

(Surah At-Taubah: 5-6)

Jika kaum musyrikin mengkhianati perjanjian yg dibuat dgn kerajaan Islam:

  1. Berikan masa 4 bulan kepada mereka menghormati kembali perjanjian tersebut dan mereka masih bebas bergerak.(4 bulan tersebut ialah muharram, safar, rabiulawal dan rabiulakhir).
  2. Jika masih ingkar, perangi mereka. Mereka perlu ditangkap,dikepung dan diintip setiap gerak geri mereka agar mereka tidak bebas.
  3. Jika mereka bertaubat, berhenti dan menyesali perbuatan buruk mereka terhadap kerajaan Islam serta menunaikan solat dan zakat, mereka bebas dari diperangi dan mendapat pengampunan Allah.
  4. Jika mereka meminta perlindungan (suaka politik) maka lindungilah mereka kemudian hantarkan mereka ke tempat yang aman agar sempat didakwah dengan firman Allah. Sekiranya menerima dakwah Islam, mereka mendapat perlindungan dari kerajaan Islam dan perlindungan dari Allah semasa akhirat kelak.

Suasana politik dan sosial di Madinah

Bermula dari peperangan Bu’at (peperangan antara kabilah di Madinah). Terdapat 3 golongan besar iaitu puak arab Aus, puak arab Khazraj dan Yahudi. Yahudi pula terdiri daripada bani Quraidzah,Nadzir dan Qainuqak.

Aus dan Khazraj sering berperang sesama sendiri. Kedua-dua Aus dan Khazraj mendapat sokongan dari puak yahudi yang berbeza. Puak-puak yahudi juga berperang sesama sendiri. Ini mengakibatkan ramai orang yang terkorban.

Setelah banyak terkorban, mereka ingin berdamai. Mereka memerlukan seorang pemimpin. Abdullah bin Ubai (puak Khazraj) dipilih sebagai calon kerana beliau tidak suka kepada peperangan, berusaha mendamaikan kedua-dua belah pihak dan adik perempuannya mengahwini kabilah Auz (diplomatik).

*pengajaran disini ialah perkahwinan berlainan puak/fahaman politik boleh memudahkan dakwah islamiyah dilaksanakan dikalangan kaum-kaum yang berbeza pendapat. Menantu/besan dianggap keluarga serumpun (diplomatik). Ia juga boleh menghasilkan jumlah penyokong yang besar.

*salah satu kebaikan poligami – meningkatkan sokongan politik kerana hubungan kekeluargaan.

Abdullah bin Ubai tidak dilantik sebagai pemimpin Madinah semasa hari perlantikan kerana Nabi SAW yang tiba pada masa itu di Madinah dipilih menjadi pemimpin. Nabi SAW membina pengaruhnya dan meluaskan ajaran Islam di Madinah melalui Perjanjian Bai’til Aqabatil Ula (Bai’atun Nisa – Perjanjian Secara Wanita). Perjanjian dilakukan pada pertemuan ke-2 antara puak Auz dengan Nabi SAW di Mekah setelah pertemuan pertama di Mekah tidak membuahkan hasil kerana puak Auz menolak tawaran Nabi SAW untuk mengajar ilmu Islam kepada mereka sedangkan mereka mahukan kekuatan perang pada masa itu untuk menentang puak Khazraj. Dalam perjanjian tersebut juga terdapat wakil daripada puak Khazraj.

*Digelar Bai’atun Nisa kerana perjanjian ini tidak melibatkan peperangan tetapi menganjurkan kebaikan seperti jangan derhaka kepada Allah, jangan berzina, jangan mencuri dan sebagainya.

Oleh kerana tidak dipilih menjadi pemimpin, Abdullah bin Ubai menyimpan dendamnya dan membuat pergerakan bawah tanah untuk menghadapi pengaruh Nabi SAW.

Kaum Auz dan Khazraj tertarik dengan sifat Nabi SAW dan ajaran Islam. Nabi SAW melantik naqib-naqib (kaum Auz dan Khazraj yang terlibat dalam Perjanjian Bai’til Aqabatil Ula) untuk berdakwah selama 5 tahun di Madinah. Tahun ke-6, Nabi SAW disambut di Madinah oleh pengikut-pengikutnya dengan syair*.

Dalam surah Al-Imran ayat 18, Allah melarang umat Islam mengambil orang yang bukan dari kalangannya (mukmin) menjadi teman kepercayaan/memegang urusan dalaman islam kerana mereka akan mendatangkan kemudaratan. Ini kerana orang bukan mukmin suka perkara-perkara yang menyusahkan Nabi SAW dan islam.

Suaka politik (perlindungan politik) hendaklah diberi oleh kerajaan islam madinah pada masa itu. Sesebuah kerajaan seharusnya memiliki kedaulatan, kekuatan dan kewibawaan untuk melindungi seseorang itu beserta harta dan keluarganya. Maka ayat 6 surah At-Taubah ini akan sia-sia jika Nabi SAW pada masa itu tidak mempunyai kerajaan. Ini menunjukkan betapa pentingnya kerajaan islam diwujudkan agar firman Allah SWT dalam surah ini dapat dilaksanakan. Kerajaan itu melambangkan kekuasaan. Jika tiada kuasa maka semua perjanjian yang dibuat akan jadi sia-sia kerana akan senang-senang dikhianati.

Mereka yang berada dalam suaka politik hendaklah didakwah dan digalakkan untuk berdebat. Ini kerana mereka dilahirkan dengan tidak mempunyai pengetahuan tentang Allah. Jika mereka masih berpegang kepada ajaran lama, itu hak mereka dan mereka patut dilindungi dan dihantar ke tempat yang aman (luar dari kota suci Mekah). Jika mereka memusuhi Islam maka salahkan diri mereka sendiri jika menghadapi tindakan dari kerajaan Islam!

to be continued..

Related post(s):
  • Muhammad bin Idris
    Agak-agaknya siapa ye Muhammad bin Idris ini? Mungkin ada yang mengenali, atau mungkin pernah terdengar nama ini. Mungkin juga ada yang pernah menghafalnya ketika...
  • Death Experienced By Prophet Muhammad SAW
    When the Prophet’s infant son Ibraheem was ill, our Sayyida Mariyah, radi Allahu ‘anha, called for Allah’s Messenger to come quickly.  When Allah’s Messenger, sal...
  • Cemerlang Dunia & Akhirat. Bagaimana?
    Assalamualaikum warahmatullah. Anda inginkan petua-petua untuk menjadi muslim student yang cemerlang dunia dan akhirat? Apa kata kita renungkan kembali tips kejayaan yang telah Allah titipkan...

  • Comments (1)

    Assalamualaikum.

    Pertamanya jazakallah kepada sahabat yang telah meluangkan masa berkongsi ilmu di sini. Saya cuma nak tambah sedikit mengenai tafsir Surah At-Taubah Ayah 1 – 4 yang menerangkan mengenai peristiwa pengisytiharan Baraah. Peristiwa ini berlaku pada 10 ZulHijjah, 9 Hijrah iaitu selepas Perang Tabuk. Rasulullah menerima wahyu yang membawa pemutusan perhubungan perjanjian dengan musyrikin Makkah yang disampaikan melalui Saidina Ali Karamallahu Wajhu yang telah mengikuti rombongan haji yang diketuai oleh Abu Bakar As-Siddiq.

    Pengisytiharan Baraah ini berbunyi:

    1. Ketahuilah wahai sekalian manusia bahwa syurga itu tidak akan dapat dimasuki oleh orang-orang kafir.
    2. Maka selepas dari tarikh ini orang-orang musyrikin tidak dibenarkan mengerjakan haji di Makkah.
    3. Tidak dibenarkan sama sekali melakukan tawaf di Baitullah ini dari kalangan mereka yang bertelanjang bogel.
    4. Sesiapa jua dari kalangan kaum musyrikin yang mempunya perjanjian dengan Rasulullah s.a.w, maka ia akan tamat perjanjian tersebut pada tarikh yang termaktub di dalam perjanjian itu. Bagi orang musyrikin yang tidak mempunyai sebarang perjanjian dengan Rasulullah saw mereka diberikan tempoh sehingga 4 bulan.

    Selama tempoh empat bulan ini, orang musyrikin Makkah diberikan pilihan samada untuk memeluk Islam ataupun meninggalkan tanah Makkah.

    Wallahua’lam.

    Post a comment

    D.I.A