Filed Under (Uncategorized) by xfahmix on 29-02-2008
Assalamualaikum. Saya nak berkongsi dengan rakan-rakan semua kursus percuma yang ditawarkan di Islamic Online University. Antara kursus yang ditawarkan adalah Asas di dalam Pembelajaran Islam, Usul At-Tafsir, Usul Al-Hadeeth, Kursus Latihan Dakwah dan banyak lagi.
Saya telah pun mencuba kursus Usul At-Tafsir yang ditawarkan, terdapat 6 modul di dalam kursus ini dan untuk setiap module disediakan video, audio (mp3) kuliah untuk topik tersebut dan juga assigment yang perlu disiapkan. Di pengakhiran modul terdapat peperiksaan final yang boleh diambil secara online untuk menilai sejauh manakah pemahaman kita di dalam kursus tersebut. Di harapkan sahabat dan sahabiah sekalian dapat memanfaatkan peluang ini. Allahua’lam.
Filed Under (Uncategorized) by kalam hamba on 29-02-2008
Sistem Politik Dalam Islam bukanlah merupakan suatu matlamat, tapi sekadar suatu cara bagi mencapai objektif-objektif yang tertentu.
Ini kerana, dengan kuasa membolehkan ia melaksanakan perkara-perkara yang tidak mampu dilakukan oleh seorang individu Muslim. Lagi pula, Imam al-Ghazali menyatakan: “Dunia adalah ladang akhirat dan tidaklah sempurna agama tanpa dunia, sementara kerajaan & agama adalah 2 perkara berkembar. Agama adalah asas & pemimpin adalah pengawal. Sesuatu tanpa asas akan binasa dan sesuatu tanpa pengawas akan mudah sia-sia.”
Filed Under (Uncategorized) by xfahmix on 28-02-2008
Adapun larangan yang di keluarkan oleh pihak kerajaan kepada pelajar-pelajar supaya tidak terlibat dengan kempen bagi mana-mana parti samada pembangkang mahupun kerajaan, tetapi adakah wajar kita sebagai pelajar kita patut menutup mata, memekakkan telinga dan tidak mengambil tahu langsung mengenai perkembangan di Malaysia? Ingatlah segala keputusan yang bakal berlaku akan menentukan nasib sesebuah masyarakat dan masa depan untuk keluarga dan anak-anak kita.
Kita sendiri sedia maklum bahawa pilihanraya merupakan sebuah wadah yang mempunyai pengaruh yang besar dalam mengubah arah tuju sesebuah masyarakat. Jika kita selalu mengimpikan untuk mengubah dunia ke arah lebih adil dan sempurna maka kita perlulah bermula dengan pembentukan diri sendiri, keluarga dan seterusnya pembentukan masyarakat. Maka nak tak nak kita perlu mempelajari mengenai konsep politik dan siasah perlu diberikan penekanan jika kita mengidamkan untuk sampai ke peringkat masyarakat.
Filed Under (Uncategorized) by asraf ismail on 27-02-2008
Salah satu klip yang selalu saya gunakan
dalam menunjukkan Kebesaran Allah ialah
kisah hidup penguin. Walaupun klipnya
hanya sekitar 6 minit - tapi cukup menarik
perhatian para pendengar.
Penguin betina kelihatan menuju ke satu
destinasi…. untuk bertelur. Setelah
bertelur di berikan telornya itu kepada
si jantan (”suaminya”) untuk diramkan.
Si betina akan bergegas ke laut untuk
memburu dan makan selama 4 bulan. Selama 4
bulan jugalah si jantan akan menjaga
telor yang telah diamanahkannya itu - tanpa
meletakkan telor itu ke tanah walaupun
sesaat - kerana kalau terjatuh - anak
penguin akan mati.
Selama 4 bulanlah si jantan akan berdiri
tanpa rehat untuk memastikan telornya
itu menetas …mengikut komen klip filem
tersebut - si jantan tidak buat apa-apa
melainkan bersabar.
Bila tiba musim bunga - si jantan
kelihatan menatang seekor anak penguin. Pada
ketika itu jugalah sibetina akan balik
setelah puas memburu. Si betina akan
terus ke “suaminya” dan mengambil alih
tugas membesarkan si anak. Si jantan pula
akan terus ke laut untuk memburu.
Kehidupan mereka bahagia. Si jantan
tidak pernah mengeluh. Jika ditakdirkan
sibetina mati semasa dilautan - si
jantan juga akan mati kerana tidak ada yang
nak take-over!!!!
Mereka bahagia kerana hidup mengikut
fitrah yang telah ditetapkan oleh Allah.
Manusia pun begitu - apabila hidup
menurut fitrah… Sesungguhnya Islam itu
agama dari Allah dan secocok dengan
fitrah manusia. Manusia yang menjauhkan diri
dari Islam bererti menjauhkan diri dari
fitrah semula jadinya - akibatnya
manusia akan terjerumus dalam lembah
yang hina ….
Filed Under (Uncategorized) by asraf ismail on 27-02-2008
Secara keseluruhan,saya membahagikan artikel ini kepada 3 bahagian ;
Konsep Tauhid
Merangkumi kalimah “La Ilaha Illallah”- pengabdian mutlak kepada Allah dan “Muhammad Rasulullah”- pengabdian mengikut ajaran dan cara yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.
Menyedari konsep “Rabb” atau pengabdian dan melalui konsep ini, kita dapat memahami yang Allah berhak mengambil dan memberi sesuatu tanpa izin manusia, dimana sahaja,pada bila-bila masa dan dengan apa cara jua sekalipun.
Hati Dan Iman
Segala amalan hendaklah dimulakan dengan niat dan sesungguhnya amalan secara lahiriah tidak diterima oleh Allah SWT. Persoalan niat ini hanyalah urusan antara Allah dan peniat berkenaan dan sekiranya baik niatnya, maka Allah akan menerima amalannya.
Iman pula merupakan software kepada hati dan seseungguhnya iman seseorang itu dapat dinilai oleh orang lain melalui perbuatan seseorang itu. Iman yang mantao sudah semestinya tidak bersama amalan negatif seperti maksiat dan sebarang bentuk kejahatan.