Atap Hijau Rss

Pengisian Tajwid I – Pengisian Halaqah di Masjid Cork

7

Posted by xfahmix | Posted in Uncategorized | Posted on 31-01-2008

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Insya Allah saya cuba berkongsi pengisian daripada Halaqa yang diadakan pada ahad lepas, 3 Februari 2008 di Masjid Cork di bawah kelolaan Syeikh Saleem Al-Faituri. Secara umumnya halaqa ini dibahagikan kepada tiga sesi iaitu sesi tafsir Al-Quran, sesi sirah Sahabat Rasulullah s.a.w dan sesi tasmi’ bacaan Al-Quran dan tajwid.

Untuk tafsir Al-Quran, salah seorang sahabat membentangkan tafsir Surah An-Nazi’at, isitu surah yang ke 79, Ayat 1 hingga ayat 46 manakala di dalam sesi sirah Sahabat Rasulullah s.a.w sahabat yang lain membawa kisah Salman Al-Farisi.

Insya Allah saya akan cuba fokus kepada pengisian Al-Quran dan Tajwid dan saya akan tambah sedikit berdasarkan pemahaman saya di dalam ilmu Tajwid. Sesi dimulakan dengan bacaan Surah An-Nazi’at oleh setiap mereka yang hadir. Kemudian Syeikh Saleem mengulangkaji kembali empat hukum yang kerap kali kita temui dalam Al-Quran dan hukum ini katanya wajib diketahui oleh setiap muslim bagi mengelakkan kesalahan di dalam bacaan Al-Quran dan di dalam solat iaitu hukum nun mati dan tanwin.

Syeikh Saleem juga sempat memberikan peringatan mengenai kita ini kerap kali memberikan alasan mengatakan kita ketiadaan masa lapang untuk belajar Al-Quran sedangkan kita mampu untuk menatap television berjam-jam setiap hari? Maka tiada alasan lagi bagi kita untuk tidak belajar cara membaca Al-Quran yang betul.

Read the rest of this entry »

PPMC
PPIMI
puisi
FUIYO