Atap Hijau Rss

Isteri Teladan Igauan Seorang Suami (1998)

0

Posted by admin | Posted in Uncategorized | Posted on 21-10-2007

Front Cover Book Details
Habsah Md. Nor
Ikatan suami isteri merupakan janji kesetiaan cinta dan kasih yang diikrarkan melalui pernikahan. Dalam membina rumah idaman syurga impian, berteraskan rasa sayang dan bersulamkan rindu, membuai pasangan suami isteri di dalam arus gelombang rumahtangga
Isteri teladan adalah isteri yang menurahkan kemesraan dan kasih sayang untuk suami dan anak-anaknya dengan ikhlas kerana ingin memperoleh keredhaanNya. Ia hadir di samping suami sebagai seorang isteri yang taat dan patuh, rindu akan kebenaran dan selalu ingin berada di samping suami untuk menyuburkan benih kasih dan sayang
Kerelaan isteri untuk menikmati bahtera rumahtangga bersama suami dan mengandung janin keturunan mereka, merupakan pengorbanan setia dari seorang wanita solehah. Ia menghormati citarasa dan nurani suaminya serta menjadi igauan (dambaan) seorang suami. Semoga buku ini menjadi bimbingan dalam mengecapi keharmonian rumahtangga

Israel Kenapa Dunia Tidak Boleh Mengiktirafnya (2006)

0

Posted by admin | Posted in Uncategorized | Posted on 21-10-2007

Front Cover Book Details
Hafidzi Mohd Noor
Kini setelah HAMAS membentuk kerajaan, kuasa-kuasa barat yang diteraji Amerika cuba mempengaruhi seluruh dunia supaya mengenakan tekanan kepada HAMAS untuk mengiktiraf Israel. Seluruh dunia harus insaf bahawa mengiktiraf Israel bererti menghalalkan segala bentuk jenayah keji yang dilakukan oleh Yahudi Zionis yand didalangi oleh kuasa-kuasa besar ke atas rakyat Palestin. Adalah diharapkan buku yang amat sederhana ini dapat memberikan penjelasan kepada para pembaca, samada di kalangan umat Islam atau bukan untuk memahami duduk persoalan isu Palestin secara objektif tanpa dipengaruhi oleh propaganda barat yang dimuatkan dalam pelbagai media cetak, elektronik dan maya

Islam dan Dakwah (2002)

0

Posted by admin | Posted in Uncategorized | Posted on 21-10-2007

Front Cover Book Details
Dr. Abdul Karim Zaidan

insan teladan sepanjang zaman

1

Posted by admin | Posted in Uncategorized | Posted on 21-10-2007

Front Cover Book Details

golongan yang tercicir di sepanjang jalan dakwah

0

Posted by admin | Posted in Uncategorized | Posted on 21-10-2007

Front Cover Book Details

Fiqih Daulah dalam Perspektif Al-Quran dan Sunnah (1997)

0

Posted by admin | Posted in Uncategorized | Posted on 21-10-2007

Front Cover Book Details
Dr Yusuf Al-Qardhawy
Buku yang mengupas tentang fiqih daulah dalam perspektif Islam boleh dibilang masih langka. Akibatnya terjadi ketidaksinkronan antara undang-undang politik dengan hukum-hukum syariat. Selain kerana sedikitnya minat para fuqaha tempoh lalu dan hingga sekarang, juga disebabkan sedikitnya para fuqaha yang menampilkan manhaj syariat yang luas. Akibatya muncul kalangan Islam-fobia baik dari kelompok sekularis mahupun orientalis yang selalu menghentam Islam dan meletakkannya hanya di pojok-pojok masjid saja
Dr. Yusuf Al-Qardhawy selaku ulama yang dikenal luas dan luas wawasannya, menampilkan wajah fiqih daulah yang dikenal dengan istilah Al-Wasathiyatul-Islamiyah (Islam Moderat), yang luas, yang memadukan antara yang salaf dengan yang baru, yang membandingkan antara yang tetap dengan yang berubah, Islam yang memuliakan akal, memperbaharui pemikiran dan membuat pendekatan dengan tatanan modern dan menyaringkan antara yang bermanfaat dan yang tercela
Buku ini sarat dengan informasi mengenai daulah dalam Islam. Bagaimana kedudukannya? Apa ciri dan syaratnya? Bagaimana sikap daulah Islam terhadap multipartai, demokrasi, wanita dan non-Muslim? Dan masih banyak lagi isu penting lainnya yang sangat menarik dan perlu kita kaji bersama

Fiqh Keutamaan (2005)

2

Posted by admin | Posted in Uncategorized | Posted on 21-10-2007

Front Cover Book Details
Dr Yusuf Al-Qardhawy
Fiqh Al-Awlawiyyat mendedahkan kepada generase Islam akan perkara-perkara apakah yang patut diletakkan pada tangga pertama, di beri keutamaan dan keistimewaan serta hal-hal apakah yang seharusnya diletakkan sebaliknya dan dilakukan kemudian
Kegagalan mengetahui kaedah-kaedah tersebut akan mengakibatkan tindakan-tindakan menjadi tidak teratur dan tersusun rapi, sehingga memperlambatkan ummah untuk mencapai matlamat yang dicita-citakan
Umat Islam mesti bijak dan pintar menyusun perancangan kerja dengan efektif dan berkesan selari dengan tuntutan fiqh keutamaan dan prioriti kerja sesuai dengan pedoman dan panduan yang telah digariskan oleh Rasulullah s.a.w.
Oleh itu, perkara-perkara kecil, remeh-temeh dan pinggiran tidak seharusnya dibesar-besarkan kerena ia akan menghambat gerak perjuangan
Tiba masanya bagi ummah untuk melepaskan semua bentuk perselisihan pinggiran diantara sesama sendiri. sebaliknya berganding bahu dan bekerjasama untuk menyambut era kebangkitan dan kegemilangan Islam sebagai satu-satunya ‘Addin’ (cara hidup) yang paling sesuai untuk kebaikan dan kebahagiaan seluruh insan di planet bumi ini

D.I.A