Persediaan Asasi dalam Gerakan Islam (2005)

Filed Under (Uncategorized) by admin on 21-10-2007

Front Cover Book Details
Abu ‘Urwah
Risalah Usrah terdiri dari sembilan siri buku bertemakan dakwah dan gerakan Islam. Edisi baru Risalah Usrah ditujukan khas bagi program pembinaan du’at dan pembangunan gerakan Islam. Siri pertama buku ini ditulis 20 tahun lalu, iaitu pada tahun 1984 dan siri kesembilan disiapkan pada tahun 1989. Edisi sebelum ini telah diurusterbit oleh Pustaka Salam, Kuala Lumpur

Pedoman-pedoman Bermazhab dalam Islam (2000)

Filed Under (Uncategorized) by admin on 21-10-2007

Front Cover Book Details
Hafiz Firdaus Abdullah
Buku ini menghuraikan secara mendalam segala perkara dan persoalan yang berkaitan dengan mazhab-mazhab ahli sunnah yang empat, iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Shafie dan Hanbali, dari mula sejarah kelahirannya ia sehinggalah kepada persoalan-persoalan yang sering timbul di masa kini seperti memilih-milih mazhab atau bercampur-aduk dalam ikutan mazhab. Secara lebih luas ia juga membicarakan sebab-sebab perbezaan ajaran mazhab, sikap para imam mazhab menghadapi perbezaan sesama mereka, baik buruk bermazhab, dan pedoman serta teladan yang patut kita praktikkan dalam menghadapi perbezaan mazhab. Selain itu buku ini juga memberikan tumpuan khusus kepada usaha persatuan umat dan perukunan mereka, membuktikan bahawa ikutan mazhab seseorang itu tidak patut dijadikan alasan untuk berbeza atau berlainan dalam kehidupan sesama ikhwa, sesama umat.
Buku Pedoman-pedoman Bermazhab dalam Islam ini adalah sumber bacaan dan rujukan yang amat diperlukan oleh umat Islam masa kini dalam suasana mereka mencerna berbagai cabaran kehidupan dan zaman, samada yang berkaitan dengan agama ataupun dunia, samada di era ini atau yang akan datang. Buku ini insya-Allah dengan izin dan petunjuk Allah Subhanahu wa Ta’ala akan dapat meletakkan umat Islam dan mazhab-mazhab mereka kembali di landasan yang lurus lagi luas bagi membawa diri mereka ke arah kehidupan agama yang sebenar lagi syumul

Memahami Prinsip-Prinsip ‘Amal Islami (2006)

Filed Under (Uncategorized) by admin on 21-10-2007

Front Cover Book Details
Sa’id Hawwa

Konsep-konsep umum Islam (2004)

Filed Under (Uncategorized) by admin on 21-10-2007

Front Cover Book Details
Abu ‘Urwah
Risalah Usrah terdiri dari sembilan siri buku bertemakan dakwah dan gerakan Islam. Edisi baru Risalah Usrah ditujukan khas bagi program pembinaan du’at dan pembangunan gerakan Islam. Siri pertama buku ini ditulis 20 tahun lalu, iaitu pada tahun 1984 dan siri kesembilan disiapkan pada tahun 1989. Edisi sebelum ini telah diurusterbit oleh Pustaka Salam, Kuala Lumpur
Buku ini memberi gambaran menyeluruh dan kefahaman umum terhadap beberapa konsep penting Islam

Kesalahan-kesalahan terhadap fakta-fakta sejarah zaman bani umayyah yang perlu diperbetulkan semula 3 (2003)

Filed Under (Uncategorized) by admin on 21-10-2007

Front Cover Book Details
prof. dr. Ibrahim Ali Sya’wat
Buku ini menghidangkan kepada pembaca kesalahan-kesalahan fakta sejarah yang berlaku di zaman pemerintahan Bani Umayyah yang telah diperbetulkan semula oleh penulisnya. Kesalahan-kesalah fakta ini dilakukan samada kerana memenuhi perasaan dendan pihak tertentu kepada kerajaan Bani Umayyah atau kerana ingin mendapat tempat di sisi kerajaan Bani Abbasiyah. Malangnya kesalahan-kesalahan ini dilariskan oleh orang-orang Islam yang tidak mengetahui hakikat yang sebenarnya perkara-perkara ini. Akibatnya timbul slah faham sesetengah masyarakat terhadap pemerintahan Bani Umayyah. Antara kesalahan fakta yang dikemukakan oleh penulisnya ialah cerita bohong mengenai perintah khalifah Bani Umayyah kepada gabenornya supaya mencaci dan melaknat Sayyiduna Ali di atas mimbar masjid Madinah, Yazid membunuh al-Husain, Marwan al-Hakam menipu Uthman dan menjadi punca umat Islam berpecah sehinggalah sekarang ini, al-Hajjaj bin usuf al-Thaqafi adalah seorang yang suka menumpahkan darah dan lain-lain. Untuk menatapi pembetulan ini pembaca boleh menatapi buku ini dan pembaca akan membuat kesimpulan yagn kesemua fakta yang disebutkan di atas adalah tidak benar, malah sengaja direka bagi memburukkan kegemilangan pemerintahan bani Umayyah baik di Timur Tengah mahupun di Andalusia

Atap Hijau
Subscribe to Rss Feed : Rss