|
|
| Buku ini menghidangkan kepada pembaca kesalahan-kesalahan fakta sejarah yang berlaku di zaman pemerintahan Bani Umayyah yang telah diperbetulkan semula oleh penulisnya. Kesalahan-kesalah fakta ini dilakukan samada kerana memenuhi perasaan dendan pihak tertentu kepada kerajaan Bani Umayyah atau kerana ingin mendapat tempat di sisi kerajaan Bani Abbasiyah. Malangnya kesalahan-kesalahan ini dilariskan oleh orang-orang Islam yang tidak mengetahui hakikat yang sebenarnya perkara-perkara ini. Akibatnya timbul slah faham sesetengah masyarakat terhadap pemerintahan Bani Umayyah. Antara kesalahan fakta yang dikemukakan oleh penulisnya ialah cerita bohong mengenai perintah khalifah Bani Umayyah kepada gabenornya supaya mencaci dan melaknat Sayyiduna Ali di atas mimbar masjid Madinah, Yazid membunuh al-Husain, Marwan al-Hakam menipu Uthman dan menjadi punca umat Islam berpecah sehinggalah sekarang ini, al-Hajjaj bin usuf al-Thaqafi adalah seorang yang suka menumpahkan darah dan lain-lain. Untuk menatapi pembetulan ini pembaca boleh menatapi buku ini dan pembaca akan membuat kesimpulan yagn kesemua fakta yang disebutkan di atas adalah tidak benar, malah sengaja direka bagi memburukkan kegemilangan pemerintahan bani Umayyah baik di Timur Tengah mahupun di Andalusia |
|