Atap Hijau Rss

Kesalahan-kesalahan terhadap fakta-fakta sejarah zaman bani abbasiyah fatimiyah dan mamalik yang perlu diperbetulkan semula 4 (2003)

0

Posted by admin | Posted in Uncategorized | Posted on 21-10-2007

Front Cover Book Details
prof. dr. Ibrahim Ali Sya’wat
Buku ini memaparkan tentang kesalahan-kesalahan fakta yang berlaku kepada sejarah pemerintahan Bani Abbasiyah, Fatimiyah dan juga Mamalik. Kesalahan ini dilakukan oleh para penulis yang mempunyai tujuan-tujuan yang tidak sihat seperti memburukkan kerajaan Abbasiyah, Fatimiyah dan jugak Mamalik. Ketiga-tiga buah kerajaan ini telah berjaya mencatat rekod gemilang dalam memberikan perkhidmatan kepada umat Islam khususnya dan dunia umumnya. Kerajaan Islam Abbasiyah berjaya membina kegemilangan ilmu dan teknologi di zamannya. Kerajaay Fatimiyah dan Mamalik juga tidak kurang hebatnya dari segi perkembangan ilmu dan rekod cemerlangnya dalam mempertahankan wilayah-wilayah Islam dari pencerobohan tentera Mongol dan juga salib. Umat Islam mengenang jasa yang ditinggalkan oleh ketiga-tiga buah kuasa Islam ini sehinggalah ke hari ini. Malangnya sesetengah penulis Islam mengemukakan fakta-fakta yang mengelirukan masyarakat dan mengeruhkan kegemilangan ketiga-tiga buah kerajaan ini. Penulis buku ini menjawab ke semua tuduhan yang ditujukan kepada ketiga-tiga buah kerajaan ini. Misalnya tuduhan yang mengatakan khalifah Harun al-Rasyid seorang yang suka berpoya-poya, khalifah Fatimi tidak sampai keturunannya kepada sayyiduna Ali dan juga tuduhan khalifah al-Mu’iz dari kalangan khalifah Mamalik telah murtad dari Islam

No related posts.

Post a comment

PPIMI
puisi