Atap Hijau Rss

Jalan Da’wah-Antara Qiyadah dan Jundiyyah (2001)

0

Posted by admin | Posted in Uncategorized | Posted on 21-10-2007

Front Cover Book Details
Mustafa Masyhur
Keruntuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah menandakan bermulanya zaman kehilangan kalifah Islam di muka bumi ini. Kini, walaupun agama Islam mempunyai penganut yang ramai, tidak ramai yang sedar bahawa mereka tidak disatukan di bawah naungan satu kerajaan Islam sedunia. Maka, menjadi satu tuntutan, terutama apa yang dimestikan oleh tabiat marhalah sekarang untuk mendirikan kerajaan Islam kembali. Di sana tidak mungkin tujuan ini tercapai dengan kerja secara perseorangan tanpa kerja berpasukan. Persoalannya sekarang, apakah ciri-ciri pemimpin yang diperlukan dalam jama’ah? Apakah pula tuntutan-tuntutan yang perlu dipenuhi oleh pengikut dalam jama’ah? Bagaimana pula dengan hubungan antara pemimpin dan pengikut dalam menjayakan tujuan berjama’ah? Buku ‘Jalan Da’wah – Antara qiyadah dan jundiyyah ini’ ditulis dengan tujuan untuk membentang mengenai pemimpin dan amanahnya, para pengikut dan kewajipan mereka di sepanjang dakwah untuk menegakkan Islam menurut perspektif amal jama’i. Antara yang menarik:1. Tanggungjawab dan amanah pemimpin
2. Perkara-perkara yang dapat membantu dalam menjalankan amanah kepimpinan
3. Akhlak dan sifat-sifat bagi pemimpin
4. Bentuk kerja dan bidang-bidangnya
5. Perkara-perkara asasi yang mesti dihasilkan oleh pengikut
6. Tingkah laku pengikut
7. Adab-adab antara pemimpin dan pengikut
dan banyak lagi….

Buku ringkas ini amat sesuai dibaca bagi menambah pengetahuan mengenai pergerakan jama’ah dan cara pengendaliannya. Buku ini juga boleh dijadikan sebagai rujukan dalam pergerakan sesebuah organisasi dan dalam melatih kepimpinan sesebuah pertubuhan.

Antara buku-buku yang berkaitan dalam koleksi:
1. Penjelasan di Sekitar Risalah Ta’alim
2. Memahami Prinsip-prinsip ‘Amal Islami

Related post(s):
  • Facebook: Antara Pro dan Kontra
    “Ustaz, do you have any networking account?” tanya Saeb kepada saya. “You mean, like Friendster and Myspace?” saya meminta kepastian. “Yes. But in the...

  • Post a comment

    D.I.A